Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Terpaksa Ikat Perut, Minum Air Kosong' - Pemuda OKU Gigih Cuci Tandas Sara Ibu, Abang Sakit

26-9-2019 10:43 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 25

Seorang pemuda kurang upaya (OKU) membuktikan bahawa kecacatan bukan penghalang untuk mencari rezeki halal.

Muhammad Helmi Firdaus Abdul Halid, 22, menghidap penyakit besar kepala sejak lahir, kini bekerja sebagai pencuci dan penjaga tandas di Puchong Perdana. 


Kredit foto: Harian Metro

Beliau mendapat pendapatan sekitar RM600 sebulan dan sudah melakukan pekerjaan sama sejak empat tahun lalu, lapor Harian Metro. 

Kerana kecacatan tersebut, Helmi terpaksa menggunakan kerusi roda untuk melalukan tugasannya. 

Bagaimanapun, beliau tidak pernah menjadikan kepayahan itu sebagai alasan, malah beliau keluar rumah seawal jam 5 pagi kerana terpaksa menolak kerusi roda sejauh empat kilometer dari LRT Bandar Kinrara untuk sampai ke tempat kerjanya.


Kredit foto: Youtube

Tanggungjawab beliau sememangnya berat kerana turut menanggung ibunya yang mengidap pelbagai komplikasi penyakit jantung dan buah pinggang dan perlukan rawatan serta abangnya yang juga seorang OKU kategori lembam dan autism.

Oleh itu, walaupun mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, perbelanjaan keluarga mereka tidak pernah cukup. 


Kredit foto: Harian Metro

'Semasa balik kerja, saya pungut besi buruk dan tin untuk dijual sebagai pendapatan sampingan' kata beliau.

'Kadang kala, saya terlalu penat jadi saya akan tidur di bilik stor bersebelahan,' katanya.


Kredit foto: Youtube

Kerana pendapatan yang tidak seberapa dan tanggungan yang berat, Helmi berkata beliau sering mengikat perut, kadang kala hanya makan sekali sehari atau minum air kosong.

Bagi sesiapa yang membantu Muhammad Helmi, bolehlah menyumbang melalui akaun BSN 1013129000075371 (Muhammad Helmi Firdaus) atau menghubungi keluarga itu di talian 011-61947550 Hasazila Mohamed Hashim (ibu). - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Previous : "Antara Atlet Terkaya Dunia Tapi Tetap Solat" - Khabib Nurmagomedov Jadi Imam, Buat Netizen Tersentuh!

Next       : Lelaki Ini Kahwin Dan Cerai 23 Kali Dalam Setahun! Nak Cipta Rekod Guinness Ke?

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 23-10-2019 01:52 PM
Neh melayu ker cinaaaa

Lain-lain Komen

Quote LadyCarefree 26-9-2019 11:04 AM
Kenapa dia tak dibayar gaji minima?
Quote Kurex 26-9-2019 11:08 AM
Siapa kata melayu pemalas???? Orng buat  2-3 kerja sebab utk keluarga.
Quote Biabetik 26-9-2019 11:17 AM
Semoga dilimpahkan rezeki utk pemuda ni. Walaupun ada kekurangan, gigih cari rezeki halal siap jaga emak lagi. Kisah orang tua kt kelantan umur dekat 60 hari tu patut malu dgn dia ni. Keje malas , buat ank rajin. Kaki tangan semua cukup, akal ada x nk guna.
Quote haryatie 26-9-2019 11:21 AM
hebat nya dia
semoga Allah berikan dia kesihatan yg baik, permudahkan segala urusan nya
dn luaskn rezeki nya
Quote Artemesiaa 26-9-2019 11:23 AM
Thread dah pernah disiarkan
Quote Sang_Pencinta 26-9-2019 11:24 AM
hebat, semoga beroleh rezeki , hai anak muda
Quote Foxey 26-9-2019 12:57 PM
Those yang sihat tubuh badan tapi mengharap belas ikhsan orang instead of bekerja sendiri patut malu pada dia ni. Walaupun kekurangan dari segi fizikal, masih lagi rajin bekerja, tak berharap semata dengan elaun yang diberikan JKM. Semoga dipermudahkan untuknya segala urusan dan dilimpahkan rezeki olehNya.
Quote ananyaperfume 26-9-2019 01:34 PM
Kurex: Siapa kata melayu pemalas???? Orng buat  2-3 kerja sebab utk keluarga.

Betul,ramai oRang melayu buat 2 3 kerja
Quote ananyaperfume 26-9-2019 01:38 PM
Edited by ananyaperfume at 26-9-2019 01:40 PM

Dia yang oku pun boleh jaga mak ngan abng dia,mulia hati dia tk duduk saja,sanggup bgun pagi2 pergi kerja walhal gaji dia kecik saja..yg sis sedih msa dia dan mak dia nngis crita kadang orang tendang moto dia,rompak beg,pukul dia sampai mata berdarah tapi semngt dia kuat ut ke kerja nk sara family
{:cryrun.hebat la dia ni..tetiba sis rasa bersyukur yg ada org lebih susah tapi masih hidup dengan sempurna.
Quote giyomi 26-9-2019 07:26 PM
yg cukup sifat lak(bukan semua), tak reti jaga mak ayah, kerja lepak menghabiskan boreh, merompak meragut dan mentuuuuttt.
Quote bungarose 26-9-2019 07:31 PM
Semoga Allah limpahkan rezeki yang halal kepada anak muda gigih ini
Sedih lak raser...
Quote MissCarcosa9753 26-9-2019 07:32 PM
Ya Allah sedih Dan sebaknya
Quote Siti_Muhaymin 26-9-2019 09:42 PM
kuat betul semangat
Quote airmineral 27-9-2019 08:54 AM
kesiannya
semoga tuhan beri syurga kepada awak
dan permudahkan segala urusan awak
Quote rain2169 27-9-2019 08:58 AM
Ya Allah...
Permudahkan urusan anak muda ini..
murahkan rezekinya dan berkatilah dia di dunia dan akhirat.
Quote alaa 27-9-2019 09:29 AM
hebat nya dia
semoga Allah berikan dia kesihatan yg baik, permudahkan segala urusan nya
dn luaskn rezeki nya

aamiin
Quote Cpkay 27-9-2019 12:27 PM
Alhamdulilah.. rezeki tu halal dan berkat dik.
Insyallah Allah permudahkan
Quote chicozinn 27-9-2019 12:41 PM
Artemesiaa replied at 26-9-2019 11:23 AM
Thread dah pernah disiarkan

dah pernah tapi takde no acc bank untuk hulurkan sumbangan
Quote Meiizu 27-9-2019 12:48 PM
rajinnyerr dia..daapat bantuan pun keje..
kalau baca posting syed azmi sakit ati okehhh- ada jaaa yg dpt bantuan duk rumah, katanya nanti ada keje bantuan stop -- geram wehhh, baik laaa duit tu bagi bantuan makan kat binatang dlm zoo

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083978s Gzip On
To Top