Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Hamil Di Usia 42 Tahun, Abby Abadi Ditahan Di Hospital Kerana Tekanan Darah Tinggi

27-9-2019 03:18 PM|Sang_Pencinta| Komen: 8

Pelakon Abby Abadi, 42, yang baharu sahaja mengumumkan kehamilannya pada bulan Jun lalu terpaksa ditahan di hospital kerana masalah kesihatan ketika mengandung. Abby Abadi telah berkahwin kira-kira empat tahun lalu dengan Faizal Zakaria.



Kredit Foto: Instagram


Sebelum ini, Abby pernah hamil  dua tahun dahulu (2017) tetapi kandungannya itu gugur ketika mencecah bulan kelima kehamilan. Abby juga mempunyai beberapa orang cahayamata hasil perkahwinan terdahulunya dengan pelakon Norman Hakim.

Berita penahanan Abby di hospital itu dikhabarkan di kedua-dua Instagram suami dan bekas suaminya Menurut Norman, Abby ditahan selepas dirujuk ke hospital dan doktor mengesahkan bekas iserinya yang sedang sarat mengandung itu mengidap penyakit tekanan darah tinggi.



Kredit foto: Instagram


Dalam sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagramnya, Norman Hakim menulis bahawa keluarganya akan mengadakan solat hajat untuk kesembuhan Abby. Turut kelihatan dalam gambar itu ialah isteri dan anak Norman bersama Abby.

Walaupun sudah mempunyai dua orang anak angkat bersama Faizal, difahamkan Abby dikatakan teringin untuk menimang zuriat sendiri hasil perkahwinan keduanya itu.


Kredit foto: Carian Google

Peminat yang membaca coretan Norman turut mendoakan kesihatan Abby dan berharap impiannya itu akan menjadi kenyataan dan semoga kandungannya tidak terjejas dengan masalah kesihatan ini.

Kredit foto:


Marilah kita sama-sama doakan kesihatan Abby. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : Aishah Bengang 'Haters' Hodoh Gelar Dirinya 'Sakai'

Komen Terbaru

Quote Pamelaloba 28-9-2019 10:07 PM
Salute dengan norman and memey nampak ikhlas benar menjaga abby ni

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 27-9-2019 03:22 PM
Semoga semua ya baik2 aja
Quote natrahn 27-9-2019 03:46 PM
hypertensi semasa pregnant memang bahaya...akan beri kesan pada ibu dan baby.. semoga urusan Abby kelak Allah mudahkan. Amin
Quote Boomibulat 27-9-2019 04:58 PM
Abby lahir bayi lelaki pramatang
Syafil Syazwan Jefri

ABBY sentiasa ditemani suaminya, Muhammad Faizal di Hospital Sungai Buloh. FOTO Instagram Jaiezzany

SUAMI kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria, memaklumkan, isterinya yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Muhammad Faizal, 45, ketika dihubungi berkata, bayi lelaki yang dilahirkan ketika usia kandungan enam bulan itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut.

"Alhamdulillah, Abby dan bayi kami selamat. Bayi kami sekarang ditahan di NICU untuk rawatan lanjut sehingga keadaannya stabil dari segi berat dan sebagainya," katanya kepada Harian Metro.

Pagi ini, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, dikejarkan ke dewan bedah Hospital Sungai Buloh selepas ditahan sejak empat hari lalu.

"Abby dimasukkan ke wad sejak empat hari lalu untuk menjalani pemeriksaan tekanan darah. Hari ini, tekanan darahnya naik sehingga bacaannya mencecah 190 dan berlaku pendarahan.

"Jadi, pagi ini dia dibawa ke dewan bedah untuk selamatkan nyawa kedua-dua ibu dan bayi," katanya.

Abby sebelum ini berkongsi berita kehamilannya dengan menunjukkan foto imbasan kandungannya pada 15 Jun lalu. Ini adalah kehamilan kedua buat pasangan itu selepas Abby mengalami keguguran pada 2017.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2015 serta mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 3:55 PM
Quote ikanmasin 27-9-2019 05:51 PM
alhamdulillah kedua2 selamat.semoga cpt sembuh dan dipermudahkan..
syukur dpt jg dia lahirkan anak nya dgn selamat..
Quote wanokakaka 27-9-2019 05:54 PM
alhamdullilah dua2 selamat.
Quote MelahJanda 27-9-2019 06:12 PM
dahla cukupla tu sampai merisikokan diri sendiri
Quote Sang_Pencinta 27-9-2019 06:31 PM
Teringin sangat dia nak bagi zuriat sendiri kpd suami baru kan? Sampai sanggup ambil risiko
Quote Pamelaloba 28-9-2019 10:07 PM
Salute dengan norman and memey nampak ikhlas benar menjaga abby ni

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top