Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Mira Filzah Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 32! Berikut Adalah Senarai Penuh Pemenang

23-9-2019 09:20 AM|Mat| Komen: 24

Malam tadi kita menyaksikan berlangsungnya anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 yang bertempat di PICC, Putrajaya. Sejak beberapa bulan lepas, para artis telah menjalankan kempen di media sosial untuk menarik minat para peminat supaya mengundi mereka. Turut tidak terlepas, fan club artis yang giat mengundi mereka di laman web Berita Harian.

Sumber Gambar: mysumber
ABPBH kali ini hadir dengan barisan pencalonan artis yang sangat besar jumlah peminatnya seperti Zizan Razak, Hael Husaini, Khai Bahar, Siti Nordiana dan Janna Nick. Seperti yang dijangka, nama-nama besar ini berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi dan ada juga yang memenangi beberapa anugerah lain.

Sumber Gambar: BHOnline
Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ini menampilkan beberapa penerima anugerah baru seperi Adam Lee, Haneesya Hanee dan DJ Lin. Tambah istimewa lagi, edisi kalini ini menampilkan dua kategori baru iaitu Artis Indonesia Popular dan Artis Korea Popular yang masing-masing dimenangi oleh Laudya Cynthia Bella dan BTS.

Sumber Gambar: BH Online
Pemenang Anugerah Utama ABPBH kali ini bakal membawa pulang hadiah kereta Nissan X-Trail edaran Tan Chong Motor beserta trofi. Syabas buat Mira Filzah!


Buat anda yang terlepas ABPBH 32 semalam, berikut adalah senarai pemenang Kategori Utama pada malam tadi!

Sumber Gambar: mysumber
Kategori Online ABPBH pula menyaksikan Haqiem Rusli berjaya merangkul dua anugerah.

Sumber Gambar: mysumber

Untuk Anugerah Khas iaitu Pencapaian Sepanjang Hayat, anugerah ini dimenangi oleh kumpulan nasyid Raihan.

Sumber Gambar: mysumber
Tahniah buat penggiat seni yang memenangi anugerah di ABPBH 32! - CARI 




Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 24
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : Tahniah! Zamani Selamat Bernikah Akhirnya..

Komen Terbaru

Quote niena90 26-9-2019 10:36 AM
Nana ni mengacara rancangan apo??? Setahu aku dia xde pun mengacara full tv show, sekadar jemputan gantikan lopak kat meletop je. Tu pun jarang2 yang amat

Lain-lain Komen

Quote fliphair8 23-9-2019 09:32 AM
baru ku tahu banyaknya category....ngarut sungguh
Quote nazzse 23-9-2019 09:39 AM
Makin mengarut Abp nih
Quote Boomibulat 23-9-2019 09:40 AM
Fattah amin blakon filem ape uolss..mcm x pnh dgr je..
Quote RatuDunia94 23-9-2019 09:44 AM
Boomibulat: Fattah amin blakon filem ape uolss..mcm x pnh dgr je..


KL Special Force
Quote RatuDunia94 23-9-2019 09:48 AM
Buruknya baju mira
Quote natrahn 23-9-2019 09:59 AM

Tu la meleret-leret...susah tengok nak jalan..

Si ara johari punya seluar pendek sangat pulak. Mira Filza sapu abis buat kain
Quote LadyCarefree 23-9-2019 09:59 AM
Patut la ada retis gigih cetus kontroversi dn isu2 bangang sbb ada kategori retis sensasi

Nmpaknya berjaya jugak qiekepampropa menang award atas diri sndiri. 1st time kot dia menang.

Paling xleh hadam si dakitam. Tp ye la dia pon bnyak sngat negatif publisiti. Bak kata diorang bad publicity is publicity all the same.
Quote xtahumenahu 23-9-2019 10:37 AM
xtau pon anugerah ni smlm
best ke?

mmmm...x suke mira filzah....k bai
Quote kucingitam 23-9-2019 10:48 AM
soalan 1
fattah ngn mira berlakon filem apa?

Soalan 2
Siti nordiana mengacara rancangan apa?

Soalan 3
Kenapa ada anugerah utk artis korea?

Soalan 4
Siapa pompuan yang amik anugerah utk artis korea tu? (aku tgk dia popular kat fb dah)
Quote Nurza 23-9-2019 11:34 AM
MF ni berlakon entah kemana.. Suara kemain gedik yg dibuat buat.. Tapi ramai nau org suka.. Apa je bakat dye ni ada x tahu lah..
Quote mawar_mustika 23-9-2019 11:44 AM
kucingitam replied at 23-9-2019 10:48 AM
soalan 1
fattah ngn mira berlakon filem apa?

i tgk abph semalam pun soklan2 ni bermain dipikiran i huhuhuu
fattah i taulh kl special force tp rsnye mcm xlayak kut sbb 1 filem je
yg bts tu lg xleh blah...entah sape2 yg p ambk award tu...mcm syok sendiri je..rsnye xperlu kut anugerah utk artis luar



Quote kucingitam 23-9-2019 11:52 AM
mawar_mustika replied at 23-9-2019 11:44 AM
i tgk abph semalam pun soklan2 ni bermain dipikiran i huhuhuu
fattah i taulh kl special force t ...

aku tak tgk..cuma nampak lalu di newsfeed fb la, terus tertanya..retis korea..jadahnya?

Quote aleesyasofia 23-9-2019 12:03 PM
hauk abpbh smlm.. nsb baik tgk acuh tak acuh jer.. kosserlah.. tahniah ler mira oiii.. tp, idokler iolss suka.. kayu jer brlakon..
Quote diss69 23-9-2019 12:45 PM
Undian peminat.. Yg xdijangka menang, yg kita suka kalah.. Tp xkesah laa, terhibur jugak mlm td..
Quote lailahanna88 23-9-2019 01:09 PM
Nana tu pengacara rancangan apa je selain host gantian kat meletop?


Anyway congratz miraa..
Quote prettyuglybabe 23-9-2019 01:51 PM
abpbh ke? bukan anugerah alpa alfa timbang kilo?
Quote iznanaziz 23-9-2019 05:11 PM

best sgt ke filem tu?
aku mcm tak rasa dia layak menang.

Quote iznanaziz 23-9-2019 05:13 PM
aleesyasofia replied at 23-9-2019 12:03 PM
hauk abpbh smlm.. nsb baik tgk acuh tak acuh jer.. kosserlah.. tahniah ler mira oiii.. tp, idokler i ...

tak fokus sgt pun smlm.  sibuk kat dapo.
mungkin sebab tu aku rasa tak best.
mungkin sebab undian peminat, ko menang mira.
bagi aku berlakon tak le hebat mana.
Quote iznanaziz 23-9-2019 05:14 PM
LadyCarefree replied at 23-9-2019 09:59 AM
Patut la ada retis gigih cetus kontroversi dn isu2 bangang sbb ada kategori retis sensasi

Nmpakn ...

sapa prompa dan dakitam tu?

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
1.967827s Gzip On
To Top