Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tribute Untuk Basis Lagenda, Puluhan Artis Ternama Bersatu Demi Konsert Kenangan Kelly

1-10-2019 02:18 PM| Komen: 6

Pada 4 Mei lepas kita dikejutkan dengan pemergian basis ternama tanah air, Wan Kelly Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Kelly akibat serangan jantung ketika sesi latihan sempena sebuah Malam Kasih Amal di MAPS, Ipoh. 

Difahamkan bahawa Kelly rebah secara tiba-tiba pada petang tersebut, sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Buat yang tidak mengenali arwah Kelly, beliau merupakan seorang pemain bass yang sering kelihatan di pelbagai pertunjukan berskala besar, juga pernah bekerjasama dengan ramai artis-artis ternama seperti Dato' M Nasir, Amy Search dan Ella.

Kredit Foto: Astro Awani
Tarikh 28 September menyaksikan barisan-barisan artis ternama bersatu tenaga demi menjayakan sebuah konsert tribute semperna mengingati jasa-jasa arwah, serta mengumpulkan dana yang akan disumbangkan kepada ahli keluarga arwah. Konsert yang diberi nama "Konsert Kenangan Kelly" itu diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya bermula jam 8.30 malam

Kredit Foto: Instagram
Antara artis-artis yang membuat persembahan termasuklah Dato' Afdlin Shauki, Aizat Amdan, Hazama, Adibah Noor, Innuendo, Dato' Khadijah Ibrahim, Misha Omar, Dato' M Nasir, Man Bai, Noh Salleh, Ruffedge, Dato' Sheila Majid, Dato' Zainal Abidin, Tomok, Syamel dan ramai lagi. Berikut merupakan antara pesanan dari artis-artis yang menyertai Konsert Kenangan Kelly.




Harga tiket dianggap sebagai sumbangan, dan diberikan sepenuhnya kepada ahli keluarga arwah. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : Diperkosa Isteri Sendiri! Hafidz Roshdi Buat Ramai Bengang

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-10-2019 07:35 PM
Moga dia tenang Di sana..

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 1-10-2019 03:00 PM
Dah siap pun konsertnye{:hero
Quote TabletSusu 1-10-2019 04:06 PM
mungkin boleh bt konsert tribute utk arwah yazid search pulak
Quote CikNano 1-10-2019 04:19 PM
Entah laa.. Bg meols buat konsert mcm ni mcm sia je
Quote mizruncing 1-10-2019 04:44 PM
bg la btol2 veteran n legends yg nyanyi. ni nk jgk aizat amdan, syamel, jac mcm takde retis lain
Quote nono86 1-10-2019 06:26 PM
Bab hiburan, laju bebenor.. tapi tak kan nak buat bacaan yasin pulok kan..
Quote Perawankota 1-10-2019 07:35 PM
Moga dia tenang Di sana..

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.121183s Gzip On
To Top