Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Semua Konsep Pedas Sekarang Kan" - Mcshaker Fries Kini Kembali, Hadir Dengan Perisa Pedas!

20-9-2019 02:49 PM|Mat| Komen: 29

Jika anda masih ingat pada suatu ketika dahulu, McDonald's pernah hadir dengan menu McShaker Fries yang menjadi kegilaan para pelanggan. Menu ini nampak mudah tapi amat menyelerakan, anda hanya perlu memasukkan kentang goreng dan serbuk perisa ke dalam beg kertas, dan goncangkan beg kertas tersebut sehingga serbuk perisa itu sebati bersama kentang goreng.

Berita baik buat anda, McDonald's kini kembali dengan McShaker Fries yang didatangkan bersama perisa pedas! 

Semuanya bermula apabila McDonald's memberi petunjuk di laman Twitter mereka untuk mengembalikan menu 'legend' ini. Tweet ini mendapat reaksi positif pelanggan yang teruja untuk merasa semula menu ini selepas sekian lama tidak dijual di McDonald's.


Anda hanya perlu menambah seringgit untuk menaik taraf daripada kentang goreng biasa kepada Spicy McShaker. Murahnya!


Bukan itu sahaja, McDonald's juga tampil dengan dua perisa ais krim baru iaitu Salted Caramel Sundae dan Salted Caramel McFlurry, namun dikatakan menu ini hanya dijual dalam masa yang terhad.

Korang tunggu apa lagi? Serbu McDonald's cepat! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 29
Komen

Previous : Ingin 'Food Hunting' Di Pulau Pinang? Kunjungi 10 Kafe Ini Yang Harus Anda Cuba!

Next       : Siapa Kata Kopi Berkualiti Mahal? McCafe Bagi Iced Latte RM1.99 Je!

Komen Terbaru

Quote sudahlah 3-10-2019 03:58 PM
lama tak makan mcD

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 20-9-2019 03:18 PM
kaka dah brhenti makan mcdonald dekat 2 tahun. kaka sekarang makan solid food sebab tengah bina sixpack.

cuma jangan bagi kurex tengok nanti dia melting
Quote Meiizu 20-9-2019 03:24 PM
da try semlm ..bukak je terbersin bau cam maggi kari, dah makan sedap jerrr tak delah cam maggi
Quote babynina30 20-9-2019 04:02 PM
Yg salted caramel tu sdp. Tp ada time2 . 2thn ke stahun skali je hadir . Nape tak buat slma nyaaaa je
Quote KIM.K 20-9-2019 04:58 PM
CiliPadiSedap replied at 20-9-2019 03:18 PM
kaka dah brhenti makan mcdonald dekat 2 tahun. kaka sekarang makan solid food sebab tengah bina sixp ...

Kaka ni wanite berkerjaya yang berilmu. Mesti thighs lagi hot dari mekdi kek atas ni ken. Kalahlah jejantanz yg duk puji iols cantik bergetah tu. Desi girl sangat nak compare

Serapat2 rahsia negara, rapat lagi simpuhan kaka yeseh
Quote Artemesiaa 20-9-2019 05:04 PM
Tak ada yang nak bagi review yang lagi dua tu ke
Quote ladybugz 20-9-2019 05:28 PM
Hmm mengidamnya nk makan salted egg fries mcdonald. I know how bad it is for my body tp huhuhu.. seriously sgt sedap for me.
Quote Perawankota 20-9-2019 05:57 PM
Alaa.. dah lah tgk elak fast food.. tp salted caramel ice-cream tu looks tempting laaaa
Quote rayriff 20-9-2019 06:35 PM
kentang kfc cam lagi sedap aku rasa
Quote natrahn 20-9-2019 09:27 PM
salted caramel ice cream je ade ke... salted caramel chocolate pie ade tak?
Quote Bungalily19 21-9-2019 01:57 AM
Yessssss my fav{:love
Quote Bungalily19 21-9-2019 01:57 AM
Diet start tomorrow (maybe..not) {:run
Quote fairy_fairy 21-9-2019 02:52 AM
Strawberry and custard pie tu sedap. Fish burger tu, tak payahlah makan. Menyesal tak ambil spicy chicken mcdeluxe. Dah lah my one and only meal for the day!
Quote Sang_Pencinta 21-9-2019 08:06 AM
Macam sedap. Nak try lah
Quote cik_sssara 21-9-2019 10:11 AM
Edited by cik_sssara at 21-9-2019 10:13 AM

Sebelum start carbo load & sambung strict diet untuk SCKLM minggu depan (tapi macam akan batal je sebab jerebu) I dah awal-awal pulun menu promo McD ni.
1. McShaker
Kali ni pedas. Yang few years back tu tak pedas. I lagi suka yang dulu, shake dengan rencah dia tambah black pepper powder.

2. Strawberry Custard Pie
Portion strawberry jam lagi banyak dari custard, I lagi suka kalau banyak custard atau balance, taklah manis sangat. Tapi memang sedap makan panas/suam. Crispy crust. Yummm.

3. Salted Caramel Mcflurry
Yangni memang juara. Kalau takeout I biasa sekali beli 2. Kacau rata aiskrim, caramel & crumble tu. Lepastu simpan dalam freezer. Makan 2-3 sudu je sekali lepas workout/lari. Nasib baik iman kuat. Baguslah dia buat seasonal menu, kalau permanent memang tiap-tiap minggu lah angkut. My all time favourite icecream ada 2 je, cookie dough & this one.

Untuk burger sweet chili ke apa tu tak sempatlah pulak nak cuba sebab dia cakap kena tunggu. Hari khamis tu rushing nak balik berbuka.
Quote Sazida 21-9-2019 12:06 PM
CiliPadiSedap replied at 20-9-2019 03:18 PM
kaka dah brhenti makan mcdonald dekat 2 tahun. kaka sekarang makan solid food sebab tengah bina sixp ...

Yeke kaka dh berhenti mkn mekdi 2 tahun? Bkn ke dlm pantang haritu kaka tibai big mac
Quote sleepandream 21-9-2019 03:05 PM
memang rasa macam perencah maggi kari pun kan?
iols lg suka letak serbuk cheese
Quote missus_meow 21-9-2019 03:16 PM
sedapke mcfries ni?

anything salted caramel i like
Quote CARI-MAMS 23-9-2019 10:36 AM
mcm rasa serbuk megi kan hehe
Quote kakayam 23-9-2019 10:36 AM

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083938s Gzip On
To Top