Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi! Kalau Boleh Radhi OAG Nak Yang Berpurdah

20-9-2019 10:05 AM|Myeonir| Komen: 93

Umum mengetahui bahawa Radhi OAG telah dua berkahwin namun perkahwinannya tidak mampu dipertahankan.

Isteri pertamanya Nur Shazlin telah diceraikan pada tahun 2010 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun iaitu Muhammad Rifdhi Muslim. Penceraian keduanya bersama Nur Syahira berlaku pada Mac lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Walaupun perkahwinannya asyik gagal, lelaki itu tidak serik untuk berkahwin lagi, lapor Gempak yang menemuinya pada sidang akhbar Malam Amal Pengasih.

Kredit foto: Blog
"Sebenarnya untuk jatuh cinta lagi bukan suatu perkara yang mudah. Namun jika ditakdirkan saya berkahwin sekali lagi kalau boleh saya mahu yang lebih baik dan kuat pegangan agama serta berpurdah.

"Saya tahu bukan mudah nak cari wanita berpurdah pada masa kini, tapi kalau boleh saya memang nak wanita berpurdah sebab saya tak nak dedahkan dia kepada umum.

"Tapi apa-apa pun yang penting, saya harap jika saya berkahwin lagi, ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya tak nak perkara sama berulang lagi," katanya kepada Gempak.

Wow! Siap ada kriteria pilihan lagi. Walaupun sebelum ini ada ura-ura dia mahu kembali rujuk dengan isterinya tapi mungkin hajatnya itu tidak kesampaian.

Harap Radhi berjumpa jodoh yang sesuai selepas ini -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 93
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : 'Berlima' - Fasha Sandha Sahkan Hamil

Komen Terbaru

Quote sukacactus 22-9-2019 10:19 PM
iqbalriad replied at 22-9-2019 09:10 PM
Cinta tu buta yang, pada pempuan kekadang status tak penting. Kaki kacip ke, kaki pukul ke, dah ke ...

Yg buta kerana cinta tu mmg xberapa cerdik hahaha
Elok la padan sgt

Lain-lain Komen

Quote harubom 20-9-2019 10:13 AM
Engko pergi masuk pusat pemulihan dulu baru kahwin lgi kesian anak org kena aniaya hoh
Quote sarah82 20-9-2019 10:14 AM
Ang la kena berubah.. Ni asyik lalok saja.. Sapa nak.
Quote helicornia 20-9-2019 10:15 AM
kasi ilang kacip dulu.taste tak agak2
Quote msdummy.2018 20-9-2019 10:21 AM
ni br betul kelakorr.....hahahhahhahhhhaa..xhagak2..perangai buruk, pas tu nk yg perfect2....bnyk chantekkk
Quote Lelli 20-9-2019 10:26 AM
Hamboiii...bkn main ciri2 bakal isteri hang nk tu Radhi..
Selagi hang xberubah,xsoh wt nanya kt ank org la..
Quote Kurex 20-9-2019 10:28 AM
Semoga radhi oag ni dapat apa yg dia nak.. Yg pasti bukan kurex
Quote MelahJanda 20-9-2019 10:28 AM
fynn jamal
Quote sapeka 20-9-2019 10:32 AM
Ko memang tak serik
Tapi siapa yang sanggup menjadi calon tu pikir la panjang dalam
Quote BoongaKertas 20-9-2019 10:34 AM
make sure hang tak lalok dulu baru ckp psl nak kawen lg. choi! buat rosak anak dara org jer. eh mrh iols lelaki spesis ni
Quote cikatilia 20-9-2019 10:34 AM
nak jadi imam
tup2 nak suruh wife bimbing

hanatt
ke nak suruh bini payung dadah?
Quote SherryZass 20-9-2019 10:35 AM
Tak hagak2 statement pon, tak pandang kiri kanan dulu ka? Pi masuk pusat pemulihan dulu naa
Quote qusairy 20-9-2019 10:48 AM
dok asyik lalokkk mendadih je ingt ada pompuan muslimah ke nak kt ko...choyyy..
Quote Meiizu 20-9-2019 10:50 AM
tapi heran nohhhh ada je makpak bagi anak depa kawin dgn pendadih, tak halang kaaa..tu salem, jamaldillah, radhi ni pun 2kali kawin dah kan-
Quote xtahumenahu 20-9-2019 10:56 AM
iols nak aminnkan jahhhh
Quote fliphair8 20-9-2019 11:00 AM
hakak nak berkata kejam dulu sebelum tu, ciki2 diluar sana...jauhkanlah diri dari puak2 mendadih melainkan anda bercita2 nak jadi pembela bewak....

dek radhi oiiii....motip ko nak berpurdah segala sedangkan ko mendadih dek...sangat konpiden ko yer....
Quote Acikgomen 20-9-2019 11:05 AM
Tak sadar diri betul
Mesti tgh stoned masa intebiu dgn reputz tuh
Quote MadameOnion 20-9-2019 11:06 AM
janganlah aniaya anak org
Quote nsmy 20-9-2019 11:13 AM
ubah diri sendiri jadi lebih baik...
insyallah dapat la pasangan yang baik juga nanti
Quote TerataiMelur02 20-9-2019 11:13 AM
X mustahil akan ada golongan bepurdah sanggup terima dia... Atas dasar "manusia boleh berubah", lgpun radhi ni ada rupa jugak.. Tunggu dan lihat je ni

Lihat semua komen(93)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
3.937367s Gzip On
To Top