Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lim Guan Eng Terkedu, Muka Kelat Kena Marah Dengan Pengundi PH

Tukang Tulis|19-9-2019 04:22 PM Komen: 62
Lim Guan Eng (bulatan merah) terkedu apabila diterjah dan dimarahi seorang wanita (bulatan kuning) semasa sidang media berlangsung. Kredit foto: Facebook
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kelihatan terkedu apabila dimarahi oleh seorang wanita dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) dalam sidang media semasa menghadiri satu majlis di Butterworth, Pulau Pinang pada 15 September lalu.

Berdasarkan kepada status dalam laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 September, wanita tersebut dipercayai menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang ketika di bawah pentadbiran Guan Eng selaku Ketua Menteri atas kematian seorang ahli keluarganya akibat kanser.

Wanita berkenaan mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika itu membenarkan pembinaan menara telekomunikasi berdekatan dengan rumahnya.

Isu pembinaan menara telekomunikasi dipercayai menjadi punca Lim Guan Eng dimarahi oleh seorang wanita (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Dalam rakaman video insiden tersebut yang turut dikongsi oleh Najib, dapat dilihat wanita berketurunan Cina itu berterusan meluahkan perasaan kecewanya kerana aduannya selama ini tidak dilayan oleh pihak bertanggungjawab.

Malah, dia enggan beredar dari lokasi sidang media walaupun setelah dipujuk oleh beberapa anggota polis dan diberi jaminan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa beliau sendiri akan meneliti aduan yang dibangkitkan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hanya terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh wanita berkenaan secara terbuka di hadapan khalayak ramai terhadap pentadbirannya dahulu.


Najib pula tidak melepaskan peluang untuk memulangkan paku buah keras kepada DAP yang dikatakan menghasut rakyat untuk mempercayai bahawa radiasi dari menara telekomuikasi adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kanser.

Beliau mendakwa strategi DAP itu bertujuan menanam kebencian supaya rakyat akan marah kepada Barisan Nasional (BN) setiap kali menara telekomunikasi diluluskan untuk dibina oleh kerajaan terdahulu.

"Nampaknya hasutan dan propaganda penipuan DAP sekali lagi memakan diri," katanya.

Insiden ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan agar memberi perhatian yang serius terhadap setiap permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
9
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
5
Bosan
2
Komen: 62
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:11 PM
Nobita manyak stupid

Lain-lain Komen

Quote natrahn 19-9-2019 04:27 PM
Zaman kerajaan PH semua rakyat berani macam ni..zaman dulu takda pun..takut kena simen kot
Quote sarah82 19-9-2019 04:38 PM
natrahn replied at 19-9-2019 04:27 PM
Zaman kerajaan PH semua rakyat berani macam ni..zaman dulu takda pun..takut kena simen kot

Bukan setakat simen.. Takut tiba2 hilang.. Hahahaha.. Skrg.. Nah ambik kau jebon PH
Quote natrahn 19-9-2019 04:39 PM
sarah82 replied at 19-9-2019 04:38 PM
Bukan setakat simen.. Takut tiba2 hilang.. Hahahaha.. Skrg.. Nah ambik kau jebon PH

hihihi...kan
Quote sarah82 19-9-2019 04:39 PM
natrahn replied at 19-9-2019 04:39 PM
hihihi...kan

Hahaha.. Nasib la PH kena paku buah keras balik
Quote R2D2 19-9-2019 04:43 PM
ada beza sikit dgn zaman PH
zaman PH, yg edar video ni yg kena siasat dulu
Quote natrahn 19-9-2019 04:46 PM
R2D2 replied at 19-9-2019 04:43 PM
ada beza sikit dgn zaman PH
zaman PH, yg edar video ni yg kena siasat dulu

sarah cam video lain je ko maksudkan ni hahahaha


saya setuju ja rakyat macam amoi ni jumpa face to face cakap kat LGE...

Harap LGe bantu la amoi tu...
Quote julia5094 19-9-2019 04:46 PM
natrahn replied at 19-9-2019 04:27 PM
Zaman kerajaan PH semua rakyat berani macam ni..zaman dulu takda pun..takut kena simen kot

Ha...orang berani sebab masing2 dah tau selama ni kena tipu..bukan setakat sekali...berkali2 pulak tu..sudah tak boleh nak percaya lagi...
Quote natrahn 19-9-2019 04:54 PM
julia5094 replied at 19-9-2019 04:46 PM
Ha...orang berani sebab masing2 dah tau selama ni kena tipu..bukan setakat sekali...berkali2 pulak ...

kena tipu?
Quote hatikudus 19-9-2019 04:56 PM
Terkebil-kebil nobitah sambil fikir sijil apa lagi nak tambah pasni
Quote R2D2 19-9-2019 05:08 PM
mujur la LGE tak ckp pasal titik perpuluhan
kalau tak meraung la nyonya tu dgr jawapan
Quote EmaAsmadi 19-9-2019 06:19 PM
Padan muka nobita
Quote Skuau 19-9-2019 06:30 PM
"ini semua salah menara tu"-No Bi Ta.
Quote mizzmimi 19-9-2019 06:37 PM
Terkedu terus..

Adan uke nobita
Quote tripleid 19-9-2019 06:52 PM
natrahn replied at 19-9-2019 04:27 PM
Zaman kerajaan PH semua rakyat berani macam ni..zaman dulu takda pun..takut kena simen kot

Hahaha..winnn
Quote Bedah.Cun 19-9-2019 07:03 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 08:38 PM
Bukan setakat simen.. Takut tiba2 hilang.. Hahahaha.. Skrg.. Nah ambik kau jebon PH

Tu si Lim Guanjing ok jer sihat jer jd menteri skarang. Klo kna simen xde lar heshe jd mentri kencing
Quote Bedah.Cun 19-9-2019 07:04 PM
Sei pok kai ar lei
Quote jazaa100 19-9-2019 07:06 PM
natrahn replied at 19-9-2019 04:54 PM
kena tipu?

Kena tipu lahhh....

Dulu bila bn nk buat menara telekomunikasi dituduh mcm mcm...dihasutnya raykat....

Tapi pastu dorang pulak buat....
Quote Kurex 19-9-2019 07:14 PM
Pengundi pee esh, jangan sentuhan kurex!!!
Quote natrahn 19-9-2019 07:19 PM
jazaa100 replied at 19-9-2019 07:06 PM
Kena tipu lahhh....

Dulu bila bn nk buat menara telekomunikasi dituduh mcm mcm...dihasutnya ray ...

owh kisahnya....

Lihat semua komen(62)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.363931s Gzip On
To Top