Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Filem Tempatan Kurang Laku, Salah Siapa Sebenarnya?

21-9-2019 09:00 AM| Komen: 39

Jika kita masih ingat, pada tahun lepas filem One Two Jaga arahan Nam Ron berjaya merangkul sehingga enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke 30 termasuklah kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik. 

Filem itu juga berjaya merangkul dua anugerah di peringkat benua, iaitu di ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) dalam kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.

Namun begitu, filem ini tidak menerima sambutan yang begitu menggalakkan. Malah ada sesetengah penonton tidak jelas pun akan kewujudan filem tersebut, ada juga yang mengatakan promosi yang dilancarkan terhadap filem tersebut tidak begitu menggalakkan.

Pada tahun ini pula, filem Fly By Night arahan Zahir Omar juga diraikan dan ditayangkan di festival-festival filem antarabangsa seperti di Santa Barbara Film Fest 2019 dan New York Asian Film Fest 2019, namun tetap tidak mendapat kutipan yang memberangsangkan di pasaran tempatan. Kedua-dua filem Fly By Night dan One Two Jaga kini boleh ditonton melalui laman strim online, Netflix.

Kredit Foto: Facebook One Two Jaga & Fly By Night
Pernahkah kita terfikir, apa yang menyebabkan filem-filem tempatan yang hebat seperti ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan? Adakah kerana wujudnya mentaliti bahawa kesemua filem tempatan tidak berkualiti dan tidak berbaloi untuk ditonton di pawagam? 

Jika begitu, agak mustahil untuk filem-filem seperti Munafik 2 dan Sangkar menerima sambutan yang hebat, bermakna masyarakat tidaklah seharusnya seratus peratus dipersalahkan.

Mungkin kaedah promosi juga salah satu kelemahan filem-filem tempatan yang datangnya bukan dari produser-produser gergasi seperti Astro Shaw dan media Primeworks. Ada betulnya, kerana berapa kali saja kita dapat lihat iklan One Two Jaga atau Adiwiraku dimainkan di televisyen atau di papan tanda gergasi di tepi lebuh raya? 

Berbeza dengan Boboiboy Movie 2 dan Sangkar, cara promosinya agak hebat dan meluas bukan saja di media televisyen, namun di media-media sosial juga rancak. Dengan itu, penonton lebih peka dengan kewujudan filem tersebut, juga menarik minat mereka untuk menontonnya.

Namun ada satu lagi faktor yang mungkin kita terlepas pandang dalam perkara ini. Bagaimana dengan tempat dan waktu tayangan filem-filem ini? Adakah filem tempatan ditayangkan seadilnya jika dibandingkan dengan filem-filem inggeris? Adakah tempoh dan waktu tayangannya bersesuaian, atau filem Hollywood diberi keutamaan dalam perkara ini? 

Telah banyak kali kita dengar filem tempatan dimainkan tak sampai dua minggu tayangannya, dan ini bukanlah sesuatu yang aneh lagi. Selain itu, terdapat juga kes di mana filem-filem tempatan hanya dimainkan pada waktu-waktu yang tidak bersesuaian. Ada yang dimainkan hanya pada waktu pagi saja, dan itu merupakan satu-satunya waktu tayangan yang ada.

Contoh terkini ialah filem Suatu Ketika yang ditayangkan bermula 12 September lepas. Filem ini menerima respons yang sangat positif dari para penontonnya, sekaligus menarik perhatian orang lain untuk pergi menonton. Namun tidak sampai seminggu dimainkan, telah keluar senarai beberapa pawagam yang telah menghentikan tayangan filem tersebut. Ia seakan-akan syarikat pawagam tidak sabar untuk berhenti memainkan filem tempatan, sekaligus menyuap kita dengan filem-filem Hollywood.

Kes yang hampir sama terjadi kepada filem Dendam Pontianak yang turut ditayangkan pada tarikh yang sama, 12 September. Waktu tayangan yang kurang bersesuaian iaitu sama ada pagi sebelum jam dua belas atau tengah malam. Ini merupakan respon yang menekankan isu ini.

Diharapkan agar pihak pawagam lebih berlaku adil terhadap filem-filem tempatan kerana bulan ini merupakan bulan yang gemilang bagi filem-filem tempatan yang hebat. Kita ada Sangkar, Suatu Ketika, Dendam Pontianak, Wangi, M for Malaysia dan akan datang, Motif. 

Selaku penonton, kita patut sedar bahawa kualiti filem kita bukan lagi di tahap filem rempit, hantu komedi dan kahwin paksa. Industri filem Malaysia kian berevolusi, dan jika bukan kita yang menyokongnya, siapa lagi? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 39
Komen

Previous : Siapa Sebenarnya Yang 'Kenyang'?-Pelakon Paskal Sampai Sekarang Tak Dapat Bonus

Next       : "Walaupun Ada Fazura Dan Remy Ishak, Tetap Terrible Movie" - Dendam Pontianak Dikritik Tak Seram

Komen Terbaru

Quote jetonkepoh 23-9-2019 01:12 PM
GSC setia alam xde tayang dah dendam pontianak time weekend lepas...

Lain-lain Komen

Quote aleesyasofia 21-9-2019 09:08 AM
ntahlah.. iolss cerita melayu kurang ckit feel nak tgk.. tp, kalau best iolss tgk jer..
Quote Bungalily19 21-9-2019 09:40 AM
Meols tengok trailer pun dh boleh agak cerita tu best ke tak
Quote Sang_Pencinta 21-9-2019 09:45 AM
Good thread
Quote Sang_Pencinta 21-9-2019 09:45 AM
Good thread
Quote Beribear 21-9-2019 09:48 AM
Mmg tak minat nak tengokk.. Maaf katalah ye.. Iolss tengok paskal tu pon mcm citer gerak2 khas.. Cuma tambah sikit gerak khas the movie.  Tang mana yg best pon iolss tak tahu. Igt kan citer paskal tu tunjuk lah kehebatan paskal mengawal perairan laut antarabangsa.. Ini citer pasal di khianat je.. Alahai, fail citer tu. Cgi pon masih kurang di kuasai ye. Nasib tengok kat tv je

Lepas ni nak tengok polis evo.. Best ke tidak
Quote AppropriateNick 21-9-2019 10:57 AM
Beribear replied at 21-9-2019 09:48 AM
Mmg tak minat nak tengokk.. Maaf katalah ye.. Iolss tengok paskal tu pon mcm citer gerak2 khas.. Cum ...

polis evo aku respek sebab sound effect camera effects semua tak memalukan! sedih siot cite tu
Quote bambimo 21-9-2019 11:14 AM
Boboiboy aku tgk masa dia quite logik lah..pas office hour..lepas  maghrib..ke dia based on sambutan baru akan ubah schedule tayangan??
Quote MentariSenja 21-9-2019 11:45 AM
Banyak jer filem melayu yg berkualiti....antaranya one two jaga (namron), setem ( khabir bathia), susuk (amir muhammad), kaki bakar, buai laju2, hanyut ( u wei),  polis evo 2, red kebaya, ola bola, lee chong wei... and the list goes on....tapi ada satu persamaan antara filem2 ni (kecuali polis evo), promosi tak kuat disebabkan budget yg ciput....dan satu lagi, hanya segelintir saja dlm masyarakat kita yg suka tengok filem 'heavy' dan berpikir ni....kebanyakkannya suka filem yg lawak ringan (cam hantu kak limah) or lawan2 ( macam sangkar). Pawagam pula nak untung, kalau rasa filem tu sendu, tayangan ikut syarat sajer...mereka tak nak rugi. Tapi masalah ni bukan di mesia sajer....di amerika pun sama ..bandingkan sambutan filem 'berpikir' dgn filem iron man for example, majority pilih iron man. Dulu ada satu filem 'horseman on the roof'....tentang revolusi di italy....antara filem termahal di europe tapi tak pulang modal...kat America tak laku sebab no 'cheap sex' and 'mindless violence'....majority americans ni citarasa mereka sama jer macam marhaen kat mesia ni....tengok filem for fun, malas nak pikir lebih2.....european movies generally more 'sophisticated', tapi tak ramai yg pandai appreciate....so in the future, utk filem2 heavy tapi berkualiti ni, mereka kenalah pandai promote..poster pun biarlah menarik sikit.....kalau tak kutip juta2 pun....pulang modal pun dah cukup baik.
Quote Sazida 21-9-2019 12:15 PM
Beribear replied at 21-9-2019 09:48 AM
Mmg tak minat nak tengokk.. Maaf katalah ye.. Iolss tengok paskal tu pon mcm citer gerak2 khas.. Cum ...

Thk barisan pelakon paskal pun dh membosankan apatah lagi kalau menonton. Iols xphm apesal member2 duk kasi 20bintanh cite paskal tu wlhal aku tgk teaser pun nk termuntah.
Quote diggerr 21-9-2019 12:55 PM
Promotionnn
Quote giyomi 21-9-2019 01:16 PM
napa akak tak pernah dgr cite2 diatas tu ek...nmpak sgt promosi tak ada langsung. cam sangkar, tiap hari kuar kat tb3, promosi besar2an gitu, tp ttp akak tak tgk.
Quote inspiro92 21-9-2019 01:17 PM
One Word only to describe this situation. FOR THE LOVE OF GOD! iT'S ALL ABOUT PROMOTION!
Jangan salahkan penonton kalau promosi ala kadar.
Quote superwhy 21-9-2019 01:31 PM
yup definitely marketing kena padu..citer so-so kalo marketing n promo kow kow sure laku
si tokhans ngan mat degham buat apa..goyang telur je ke..since FFM apa keja dia buat
Quote Cicisweets 21-9-2019 01:44 PM
Satu lagi retis yg dok berlakon ni muka hari hari boleh tengok kat ig,penonton dah bosan,tu belum buat drama sebabak kat ig
Quote nadie90 21-9-2019 02:03 PM
Rsany da msuk bpa plh thread dok bcg psl isu ni...xpun isu psl lmbkan drama adaptasi cnta kwin pksa dan sbgnya

Komen ceq:
Truskan bikin film smpai dpt trik penonton utk tgk film yg brkualiti

Tgk cth film Dukun...tu film yg dh lm shoot lps 11 thn br tyg kt pggung kot....tp dpt kutipan tinggi...marketing/promotion btul2 mainkan peranan yg pntg.....xbleh dinfikan wlpun prlu ad bajet utk itu...
Quote rotijohanz 21-9-2019 02:08 PM
its all about marketinggggggg strategiess and promotionnnnnnnnn...........byk dh cth filem sume A lister tp sendooooooo.kcuali filem ucophaslam sbb dh rmai followerr heols dk mnunggu karya production heols......
Quote ninja boy 21-9-2019 02:17 PM
Takdak masa,  film taun lepas pun xabis tgk
Quote September14 21-9-2019 02:21 PM
Filem bajet rendah lpstu tyg lak kt malaysia je, bape juta je pun org melayu nk p tgk.. saing lak dgn flem2 oversea yg bjet beratus juta. So klu x laku xyh la buat flem pg buat biz lain.
Quote YomiuriLandMae 21-9-2019 02:27 PM
promotion beb.. invest la sikit duit utk promotion tu.. take a risk sikit jgn nak play safe je pstu put the blame on others.. lahanat sgt perangainyaa..

lg satu movie2 yg perlu critical thinking ala2 oscar ni mmg x ramai org minat.. byk bg alasan nak tgk movie utk release stress bkn nak berpikir di luar kotak kekdahnyaa..

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.467638s Gzip On
To Top