Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Menjawab Tok Ti, Santesh Bagi Alasan Tak Cukup Masa? Hanbyul Rilek Je Gelek Lagu Dangdut!

17-9-2019 11:51 AM|Oleh: LilRose| Komen: 46

Kredit foto: IG


"Dah mula menyampah dengan perangai Santesh!"

Dah, kenapa pula nama Santesh teruk dihentam di media sosial sejak Minggu kelima program realiti Big Stage 2019, baru-baru ini?

Rupanya, ramai yang tidak senang dengan sikap Santesh yang menjawab ketika dikritik juri.

Pada minggu kelima program itu, Santesh membawakan lagu dari Korea 'Gangnam Style'.



Bagaimanapun, persembahannya dikatakan biasa saja. Salah seorang juri tetap Big Stage 2019, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui persembahan Santesh pada malam itu menghiburkan.

Namun, Siti ingin penyanyi itu membawa lagu berkenaan dalam versinya sendiri, sesuai dengan tema lagu minggu kelima, ‘Cannot Brain’.



Santesh bagaimanapun disifatkan biadab apabila menjawab komen Siti dengan mendakwa tidak mempunyai masa yang cukup.

Menurut Hangat.com, Santesh mendakwa sudah mempunyai perancangan untuk membawakan lagu tersebut dengan versinya tersendiri namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana kekangan masa.

Dek kerana sikapnya itu, ramai warganet meluahkan rasa menyampah terhadapnya kerana dilihat semakin besar kepala dan telalu 'over' dalam persembahannya.


Kredit foto: Twitter/IG

Pun begitu, ramai juga membela penyanyi berkenaan. Malah, Santesh dilihat tetap dengan pendiriannya untuk 'menggunakan hak bersuara'.

Berikutan kedegilannya itu, segelintir pihak membandingkan dirinya dengan peserta dari Korea, Hanbyul yang bergelek menyanyikan lagu dangdut 'Yang Sedang Sedang Saja'.


Kredit foto: Twitter/IG

Patut atau tidak Santesh menerima kecaman berjemaah warganet? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 46
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : Haneesya Hanee Menangis-nangis Dalam Kedai, Sempat Pula Ambil Handphone Nak Rekod

Cara Simpan Bukti Perbualan WhatsApp Bagi Kegunaan Mahkamah, Bukan Semberono Je!
Hutan Hujan Tropika Tertua Dunia - Royal Belum Masih Kekal Dara
Usia Sekadar Nombor, Penyelam Skuba Tertua Di Dunia Pecah Rekod Sendiri!
Ingin 'Food Hunting' Di Pulau Pinang? Kunjungi 10 Kafe Ini Yang Harus Anda Cuba!
Kes Doktor Belasah Bekas Isteri Dan Mertua - Issey Diserang Bawangrangers
Sekolah Terpaksa Buang Jam Berjarum Sebab Pelajar Tak Reti Baca
Wan Maimunah Terharu, Sebak Terima Sumbangan RM4000
Che Ta Tak Nak Muka Bersepah Merata, Hanya Boleh Lihat Di Majlis Berbayar Saja
Haneesya Hanee Menangis-nangis Dalam Kedai, Sempat Pula Ambil Handphone Nak Rekod
"Dia Luar Biasa Di Mata Saya" - Nazim Othman Ada Kekasih Baru Ke Tu?
Budak 11 Tahun Diliwat Beberapa Pelajar Tahfiz
"Kerja Asyik Nak Complain Pada Mama Dia Je!" - Suami Elfira Loy
Wanita Tertelan Cincin Tunang Ketika Mimpi Dikejar Orang Jahat
Siapa Sebenarnya Yang 'Kenyang'?-Pelakon Paskal Sampai Sekarang Tak Dapat Bonus
Tak Serik Hutang Ah Long, Mak Ayah Putuskan Hubungan Dengan Anak
5 Tanda Pasangan Panas Baran Dan 'Abusive', Periksa Pasangan Anda!
Sering Dituduh Kononnya Gila, Tasha Shilla Kembali Aktif Dalam Industri
"Dah Jadi Isteri Pakailah Elok Sikit, Serabut Tengok Ardell Aryana!"
"Aku Nak Tengok Siapa Kecam!" - Fiza Halim Buka Tudung?
Haziq Putera Band Nyaris Dipotong Kaki Kanannya, Linda Eva Minta Bantuan Orang Ramai
Tahniah, Jamal Abdillah Timang 'Bayi Azura' Di Usia 60 Tahun
Sambung Legasi Arwah Ayah - Alif Johan Masuk Mentor Guna 'Cable'?

Komen Terbaru

Quote ekselen 23-9-2019 09:50 AM
Edited by ekselen at 23-9-2019 09:51 AM
jayjazz replied at 23-9-2019 01:26 AM
yea betul..pengalaman i jugak..segala mende nak voice out...banyak alasan.


Ngan org mcm ni mmg kena sound je sekali...sbb mmg kerjanya suka memberi alasan dan suka ckp putar belit utk nampak diri tu bagus walhal sembang je lebih....

Lain-lain Komen

Quote sokmogitu 17-9-2019 12:01 PM
Aku sebenarnya suka je ada sesi soal jawab dua hala bila sesi komentar juri tu. Baru dpt dengar reasoning from both sides. Tapi kena jawab soalan dgn cara yg bijak la, dan takde soalan bodoh juri "awak tak sihat ke hari ni?".
Quote BicaraHatiku 17-9-2019 12:07 PM
Edited by BicaraHatiku at 17-9-2019 12:21 PM

Apa kaitan komen Tok Tie dengan alasan tak cukup masa itew?

Tok Tie tak berkenan ikut sejibik original singer tu je kot. Yang si kicap alagapas ni defensive sangat dah kenapa? Memang tak pergi jauh la dalam industri kalau camni. Awal2 dah nampak ada sejenis unsur kepoyoan disitu.
Quote LadyCarefree 17-9-2019 12:13 PM
BicaraHatiku replied at 17-9-2019 11:07 AM
Apa kaitan komen Tok Tie dengan alasan tak cukup masa itew?

Tok Tie tak berkenan ikut sejibik or ...

Setujoooooo. Klau dia nk menjawab pun kena bijak bsradab dn relevan. Tp dia jawab mcam nak salahkn orng lain dn juga sbb alasan xmunasabah
Quote RatuDunia94 17-9-2019 12:22 PM
Kan ada sesi PC. Soal jawab kat situ je lah... hila juri bg ktitikan. Dengar dan hadam. X payah nk justifikasi sangat...
Quote MadameOnion 17-9-2019 12:22 PM
tak silap i ada dengar 'santes' kata dia ada try buat arrangement lain tapi mcm tak buleh lawan arrangement asal..pastu baru dia cakap nak buat lain tak cukup masa 5 hari tu
#bukan teamsantes
#alhamdulillahcadarterkeluar
Quote jijilaaa 17-9-2019 12:23 PM
nak ubah persembahan pun ko kata x cukup masa... si hanbyul tu elok je hapal bahasa plus ada taranum lagi...adoiii ada ke dia tiru sebijik2 mcm vc iwan dulu santesh oiii

alasan ko tak leh diterima sbb ada contestant lain y mampu perform well without copy penyanyi asal
Quote sukacactus 17-9-2019 12:24 PM
Ye la
Masa dia bagi alasan xcukup masa, ada 5 hari je, eh! Bleh plak camtu
Abis peserta2 lain tu ada 5 bulan ke nak prepare utk konsert?
Quote kodoksilver 17-9-2019 12:26 PM
acah bagus santesh ni, cepat la terkeluar, nyampah dah tengok
Quote minime88 17-9-2019 12:29 PM
LadyCarefree replied at 17-9-2019 12:13 PM
Setujoooooo. Klau dia nk menjawab pun kena bijak bsradab dn relevan. Tp dia jawab mcam nak salahkn ...

to be fair, kenapa tok ti tak ckp peserta lain yg pun never change arrangent utk lagu dorang persembahkan. ada aku tgk dari mula big stage, mmg takde effort to make the song different pun. cuma setakat vokal peserta tu sedap. tak pulak tok ti tegur. at least suntest ni ada jugak dalam minggu minggu lepas cuba tukar arrangment.
i think dia bukan marah suka suka nak menjawap. he is just saying, he wants to do more tapi masa takde. kalau aku contestant pun aku bingit. ada tu yg langsung takde effort buat any perubahan to tge original song tapi ttp juri puji.
not fairlah
Quote rose_weedy 17-9-2019 12:48 PM
minime88 replied at 17-9-2019 12:29 PM
to be fair, kenapa tok ti tak ckp peserta lain yg pun never change arrangent utk lagu dorang perse ...

i think i have to agree on this. I bukan peminat Santesh and I pun tak tahu kenapa I tgk BS dari season 1&2. tp pilih kasih have to seriously stop. kalau x sampai bila la agaknya. jury put so much hope kat certain peserta sampai pressure. tp yang lain drg diamkan. macam han byul pun drg kasi pressure sebenarnya. tp tgk yang sesendu macam irfan macam chaleeda tu... nyanyi mendatar pun markah kemain tinggi. rasanya markah juri jemputan setiap minggu lagi telus.
Quote LadyCarefree 17-9-2019 01:04 PM
minime88 replied at 17-9-2019 11:29 AM
to be fair, kenapa tok ti tak ckp peserta lain yg pun never change arrangent utk lagu dorang perse ...

Hehehe isunya dh lari. Ni psl santesh menjawab dgn alasan merepek

Tp iols tetap rasa semua juri bagus tetap atau undangan.
Quote sleepandream 17-9-2019 01:21 PM
santesh tu memang jadi diri dia sendiri... cakap lepas main bedal je..
iols dah agak dah akan ramai yang annoying nanti..
iols okey je heols jawab balik.. bukannya heols jawab kasar ke apa..

kalau dalam kelas kuliah ke apa mesti heols ni yg jenis banyak tanya soalan kat lecturer while yang lain bisu jah... pastu nanti adalah yg annoying... typical
Quote rhea85 17-9-2019 02:17 PM
santesh chuols kena tone down sikit, sbb dah ramai nitizen2 yg meluat yahhh. nampak over confident di situ
Quote wordlife 17-9-2019 02:42 PM
rose_weedy replied at 17-9-2019 12:48 PM
i think i have to agree on this. I bukan peminat Santesh and I pun tak tahu kenapa I tgk BS dari s ...

dek Ipang tu mmg vokal haus tp dr segi persembahan dan kreativiti dia mmg tip top. Tiap2 minggu konsep dia lain2.. menari la, rap la. Kalau cik Edah tu ye sama dari week 1 sampai la terkeluar duk tahap tu je
Quote Kambeng_Gurun 17-9-2019 02:54 PM
alasan tak cukup masa tu mmg tak perlu mention pun..
nama pun pertandingan..
take it as a challenge la santesss
Quote dewi_rina 17-9-2019 02:54 PM
Alamak dia ni, annoying lah
Banyak je alasan dia
Acah2 jawapan dia bagus
Benci laaa
Quote dewi_rina 17-9-2019 02:55 PM
wordlife replied at 17-9-2019 02:42 PM
dek Ipang tu mmg vokal haus tp dr segi persembahan dan kreativiti dia mmg tip top. Tiap2 minggu ko ...

Cik Edah tu i nak tunggu persembahan dia habis punya lah lama Ya ampun
Boring gilaaa

Quote MadameOnion 17-9-2019 03:03 PM
minime88 replied at 17-9-2019 12:29 PM
to be fair, kenapa tok ti tak ckp peserta lain yg pun never change arrangent utk lagu dorang perse ...

itulah sis..tokti pun demand lelebih pulak kat 'santes'
nak kelainan la..itu la..ini la..masa adzrin ke laut tu elok je dipujinya

Quote awexgaban7 17-9-2019 03:34 PM
Try hard sgt santeh ni.... cepat sikit keluaq

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.119420s Gzip On
To Top