Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Dengan Gaji RM500, Wanita Ini Kongsikan Bagaimana Dia Urus Kewangan

Mat|16-9-2019 08:46 AM Komen: 409
Modal untuk berkahwin semakin lama semakin mahal, sehingga ada yang berpendapat jika si lelaki masih tidak mempunyai simpanan yang mencukupi, mereka tidak digalakkan untuk berkahwin. Namun, ada juga mereka yang berpendapat bahawa rezeki pasti akan tiba selepas berkahwin, meskipun semasa berkahwin itu status kewangan si suami dan isteri masih tidak stabil.

Lain pula yang terjadi bagi seorang wanita ini, Nur Ami Roslee yang berkongsikan bagaimana dia dan suami berjaya menguruskan keluarga yang mempunyai dua anak dengan hanya gaji RM500.

Sumber Gambar: FB Nur Ami Roslee
Menurut Ami, dia seorang suri rumah manakala suaminya pula mengajar di tahfiz dan tukang azan di masjid. Meskipun gaji suaminya nampak tidak cukup untuk menampung mereka sekeluarga, Ami merasakan bahawa perbelanjaan mereka sekeluarga sudah lebih daripada cukup. 

"Gaji kecil tapi jika ianya berkat dan datang dari sumber yang halal, nikmatnya tak terhingga", tambah Ami.


Ami turut berkongsikan majlis nikahnya yang hanya memakan modal sebanyak RM500. Menurutnya, meskipun ada mulut-mulut jahat yang merendahkan suaminya, dia tidak menghiraukan mereka.

Sumber Gambar: FB Nur Ami Roslee

Statistik menunjukkan masalah kewangan merupakan salah satu punca utama berlakunya penceraian di Malaysia. Bagaimana sesebuah keluarga itu mahu kekal harmoni dan bahagia jika kewangan mereka tidak stabil. Namun, jika kedua-dua pasangan bijak dalam berbelanja dan disiplin dalam menabung, pasti tiada masalah buat mereka.

Jadi pada pendapat anda berdasarkan isu di atas, perlukah pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga mengukuhkan dahulu kewangan mereka ataupun mereka boleh bersusah-susah dahulu dan mengumpul duit selepas berkahwin? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
5
Bosan
1
Komen: 409
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-10-2019 09:26 PM
Rm 500 bujang pun xcukup dik

Lain-lain Komen

Quote ninja boy 16-9-2019 08:52 AM
Duda ka janda, tup2 anak dah sekolah
Quote nisako 16-9-2019 09:08 AM
aik baru kahwin anak dah dua?....
Quote misuke 16-9-2019 09:14 AM
bagus la... berbelanja ikut kemampuan.. yg jadi susah hidup tu bila hutang lebih dr kemampuan
Quote ffbeauties 16-9-2019 09:17 AM
Senang nye jadi lelaki.. duda gaji rm500 pon ada yang mauu
Quote orkid_amani 16-9-2019 09:24 AM
Macam tak logik ja..rumah sendiri Ka?
Minyak kereta rm200 sebulan gerak p mana ja? Tol tak bayaq Ka? Bil letrik Tu aii ok ja sbb tau rumah dia Ada basic TV..peti ais ja tapi xlogic income rm500 Ada extra income tak declared NI. SPRM sila siasat!
Quote Pamelaloba 16-9-2019 09:24 AM
Diorang ni tak payah bayar duit rumah dgn kereta ke. Macam confuse
Quote aechae 16-9-2019 09:26 AM
ffbeauties replied at 16-9-2019 09:17 AM
Senang nye jadi lelaki.. duda gaji rm500 pon ada yang mauu

Tp klu iols nk duda pn biar lh gaji 5k... lg2 klu duda ada ank..tu pn ntah2 nk dpt sebulan 3,4ratus pn blum tntu
Quote jee72 16-9-2019 09:29 AM
Mcm tak logik je tpi kalau btul alhamdulillah la
Quote eyansss 16-9-2019 09:30 AM
rasanya haritu kat sini gak, tepek kisah camne dia kawen dengan rm500...

aku tak menidakan keberkatan gaji, cuma kena la declare betul2...  dia ni ada buat online business gak...  pastu suami dia ada mengajar budak tahfiz tiga orang  gak...  dan kebiasaannya tahfiz ni selalu dipanggil event dan diberikan sedekah...

declare la semua tu dengan ayat yang menampakkan betapa murahnya dan mudahnya dapat rezeki bila dekat denganAllah swt...  bukan ayat konon2 terrer beno la boleh hidup ngan rm500, seumpama nak cakap orang gaji lebih besar tak berkat...
Quote eyansss 16-9-2019 09:31 AM
aechae replied at 16-9-2019 09:26 AM
Tp klu iols nk duda pn biar lh gaji 5k... lg2 klu duda ada ank..tu pn ntah2 nk dpt sebulan 3,4ratu ...

dia janda kawen bujang...
Quote bezita60 16-9-2019 09:33 AM
Memanglah gas tak pernah habis spjg kahwin. Kau baru kahwin 5 bulan. Kutuk kang marah..
Quote Kurex 16-9-2019 09:34 AM
Kelmarin tips nak gemukkan badan, semalam tips nak kurus, harini tips nak hidup dgn 500..
Quote aechae 16-9-2019 09:36 AM
eyansss replied at 16-9-2019 09:31 AM
dia janda kawen bujang...

Oh cmtu klu iols nk yg bujang pn idok lah yg bergaji ratusan gini...koman2 pn kna setara gaji iols gtu...realistik lh kn
Quote berusjamban 16-9-2019 09:38 AM
Apahal cite tetibe lam dompet ada duit? Xlogic lgsg
Quote insulin 16-9-2019 09:42 AM
aechae replied at 16-9-2019 09:36 AM
Oh cmtu klu iols nk yg bujang pn idok lah yg bergaji ratusan gini...koman2 pn kna setara gaji iols ...

Bujang bergaji 3k ni realistik atau x?
Quote sarah82 16-9-2019 09:45 AM
Aku tak percaya. Nampak sangat ada duit tepi
Quote gummiebear 16-9-2019 09:56 AM
Iols bukan tak percaya keberkatan rezeki.. tapi itulah zaman sekarang ni, semua benda harus dibayar dengan duit. Suami sheols kan mengajar budak2 tahfiz dan tok bilal. Mesti ramai yang suka sedekah kan. Itu yang duit cam beranak tu
Quote Austranesia 16-9-2019 09:59 AM
harapnya si laki bini ni tak duduk rumah mak ayah.dan mak ayah yang keluar segala duit dapur bayar rumah duit belanja cucu.tak logik laki bini plus 2 anak.
Quote vespa_oren 16-9-2019 09:59 AM
bezita60 replied at 16-9-2019 09:33 AM
Memanglah gas tak pernah habis spjg kahwin. Kau baru kahwin 5 bulan. Kutuk kang marah..

rumah aku 3 bulan tukar baru, dok bertiga jer

Lihat semua komen(409)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
7.160836s Gzip On
To Top