Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

ISIS Terdesak Rekrut Lembu Jadi Pengebom Bunuh Diri

Tukang Tulis|16-9-2019 08:40 AM Komen: 9
Lembu turut digunakan oleh ISIS untuk melancarkan serangan di Iraq. Kredit foto: Mirror
Kumpulan militan ISIS nampaknya semakin terdesak sehingga tergamak menggunakan lembu sebagai pengebom bunuh diri di Iraq.

Memetik laporan Mirror, taktik itu dikesan dalam satu insiden di pusat pemeriksaan tentera di bandar Jalawla yang bersempadan dengan Iran.

Dua ekor lembu yang dipasang dengan bahan letupan dibiarkan merayau-rayau di lokasi berkenaan.

Walau bagaimanapun, beberapa penduduk menyedari tentang bom berkenaan dan bertindak segera memaklumkan kepada anggota-anggota tentera yang berkawal.

Anggota-anggota tentera kemudian melepaskan tembakan dan bom pada dua ekor lembu terbabit seterusnya meletup sehingga mengakibatkan seorang penduduk cedera serta beberapa bangunan rosak.

Salah satu serangan pengebom bunuh diri yang dilancarkan oleh ISIS di Iraq. Kredit foto: Carian Google
Serangan itu dikaitkan dengan saki-baki kumpulan militan ISIS yang masih meneruskan pertempuran di timur Iraq.

Seorang pegawai, Sadiq Hussein memberitahu media bahawa ISIS semakin terdesak untuk melancarkan serangan baharu.

"Ini menunjukkan bahawa mereka sudah tidak lagi berupaya merekrut golongan muda untuk dijadikan pengebom bunuh diri. Sebaliknya, mereka menggunakan lembu," katanya.

ISIS dikatakan tidak lagi mampu merekrut golongan muda untuk dijadikan pengebom bunuh diri. Kredit foto: Carian Google
Insiden itu bukan kali pertama kumpulan militan ISIS menggunakan haiwan untuk melancarkan serangan terhadap musuh mereka kerana sebelum ini, mereka menggunakan anjing yang dipasang dengan bom. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:15 PM
Isis bodoh macam lembu

Lain-lain Komen

Quote natrahn 16-9-2019 11:37 AM
Kesian kat lembu... 😭
Quote Dwdrum 16-9-2019 11:52 AM
wujud lagi isis....ingat kan semua sudah insof
Quote CiliPadiSedap 16-9-2019 12:33 PM
lembu punya susu isis dapat nama
Quote Foxey 16-9-2019 02:36 PM
Kesian pulak kat lembu, dipergunakan oleh manusia untuk kebinasaan
Quote giyomi 16-9-2019 02:44 PM
apa lah dosa lembu2 tu...fuki2 yg kesana tuk puaskan nafsu jantan2 isis ni apa citer agaknya.
Quote armin 16-9-2019 05:30 PM
Askar2 tu pergi tembak lembu tu dah kenapa. Matikan je la bom tu. Sah2 la bom tu meletup.
Quote cHimo 16-9-2019 07:07 PM
Gila dah puak2 pengganas.... kejahatan memang sentiasa akan kalah
Quote Boomibulat 16-9-2019 08:22 PM
Semoga lembu tersebut mendapat syahid...
Quote Ina8895 6-10-2019 09:15 PM
Isis bodoh macam lembu

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.229693s Gzip On
To Top