Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sah! White Rabbit Gula-Gula Kesukaan Ramai Diisytihar Mengandungi DNA Babi

Sang_Pencinta|13-9-2019 10:28 AM Komen: 80
Gula-gula White Rabbit yang sudah sinonim sebagai makanan kesukaan zaman kanak-kanak di Malaysia telah diisytihar mengandungi DNA babi oleh Fuiziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mengumumkan dalam satu kenyataan kepada TV Alhijrah, Rabu lalu.


Kredit foto: The Rakyat Post

Pengumuman itu menjawab banyak persoalan daripada orang ramai sejak dahulu lagi apabila pelbagai spekulasi muncul mengenai status gula-gula tersebut di media social.

Menurut kenyataan itu lagi, satu ujian telah dibuat oleh Jabatan Kimia bulan Mei lalu berikutan permintaan daripada JAKIM. Hasil daripada ujian itu mendapati gula-gula tersebut mengandungi protein daripada haiwan dan ujian susulan mengesahkan penemuan DNA babi dan lembu.



Kredit foto: Twitter



Gula-gula manis berkrim kesukaan ramai itu berasal daripada negara China dan diimport ke negara ini oleh sebuah syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur. 

Khabar angin mengenai status gula-gula itu tercetus apabila syarikat itu didedahkan tidak pernah memohon sijil halal selama ini.



Kredit Foto: Suara TV



Tambahan pula, negara Brunei Darussalam baru-baru ini turut membuat pengumuman rasmi menyatakan status tidak halal gula-gula tersebut.




Kredit foto: kheu.brunei



Bagaimanapun, sumber memberitahu The Rakyat Post bahawa gula-gula yang berasal dari China tersebut akan terus kekal di pasaran Malaysia untuk pasaran bukan Muslim. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
6
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 80
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aku_best 14-9-2019 10:08 AM
ra5101 replied at 13-9-2019 11:10 AM
Tak pernah makan. Yg pernah makan waktu budak2 yang cap udang.

Ya betuil..cap udang jer yg pernah iols makan masa kecik2 dulu..

Lain-lain Komen

Quote Miss.H 13-9-2019 10:33 AM
Kenapa aku rasa badan yang berkaitan di malaysia lambat sikit buat kerja berbanding negara singapore dan brunei. Contoh terdekat adalah produk kesihatan dan kecantikan yang ada bahan merbahaya. Dekat Brunei dah keluar memo tapi dekat malaysia elok je jual
Quote aleesyasofia 13-9-2019 10:50 AM
aduiii.. mse kecik jenuh mkn.. {:cryrun
Quote Sang_Pencinta 13-9-2019 10:54 AM
Memang dia licin licin sikit berminyak kan??
Quote sarah82 13-9-2019 11:01 AM
Mujur aku x makan
Quote azlinaaz 13-9-2019 11:09 AM
hmmm....dah banyak termakan......sedap weh
Quote ra5101 13-9-2019 11:10 AM
Tak pernah makan. Yg pernah makan waktu budak2 yang cap udang.

Quote koko2 13-9-2019 11:15 AM
ra5101 replied at 13-9-2019 11:10 AM
Tak pernah makan. Yg pernah makan waktu budak2 yang cap udang.

Gula2 ni manis ya amat..
Yang cap udang pun sama manis.. Sakit gigi kalo Makan.. Mujur aku tak teringin Sgt nak beli zaman budak dulu
Quote tobby 13-9-2019 11:15 AM
Sbb tu pentingnya BMF
Quote Sang_Pencinta 13-9-2019 11:19 AM
ra5101 replied at 13-9-2019 11:10 AM
Tak pernah makan. Yg pernah makan waktu budak2 yang cap udang.

Ini made in Malaysia ke?
Quote Hizert 13-9-2019 11:20 AM
dah pernah termakan dah masa kecik...
Quote mieymiey 13-9-2019 11:21 AM
Ya Allah, dah bertahun-tahun makan baru tau ada DNA babi
Patut la sedap
Quote Orix 13-9-2019 11:25 AM
so ??????

ada yg mati/jd cacat ke sebab termakan babi ??
Quote RatuDunia94 13-9-2019 11:30 AM
Kat kedai RM2 berlambak jual gula2 ni..
Quote liton 13-9-2019 11:34 AM
Lepas ni cek kopok kulit ikan pulak. ..

Dahlah mahal, klaim kulit ikan salmon, padahal timbang kilo kulit ikan keli dari vietnam.

Quote ra5101 13-9-2019 11:35 AM

Boleh check kat sini  https://shhkm.com.my/   taktaulah buatan Malaysia atau diimport.
Quote LostStar 13-9-2019 11:42 AM
oh malaysiaku.. mengapalah begini.. baik lagi NZ yg lebih aware halal haram ni..
Quote stormcloud 13-9-2019 11:48 AM
Cap udang tu macam yang ada garis tu kan?
Quote Asdan 13-9-2019 11:49 AM

tanya sikit, macamana jika roti canai ada dna manusia ?
Quote ikanmasin 13-9-2019 11:55 AM
alahai makanan jajan kecik2 dl..sedap rupanya ada
campuran babi pl..

Lihat semua komen(80)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.237974s Gzip On
To Top