Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wartawan BH Dapat Emel Ugutan Bunuh

10-9-2019 12:55 PM Komen: 14
Wartawan Berita Harian dilaporkan menerima ugutan bunuh menerusi emel susulan laporan pendedahan dikeluarkan akhbar itu beberapa hari lalu.

Menurut Khaidir A Majid, Pengarang Kumpulan BH menegaskan bahawa mereka tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan.


Foto: BH Online

Setiap laporan disiarkan BH adalah berdasarkan bukti diperoleh oleh wartawan kami.

Jika ada pihak yang tidak puas hati terhadap mana-mana laporan BH, akhbar ini sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan.

Tindakan membuat ugutan adalah satu perbuatan pengecut dan tidak akan meluntur semangat kami untuk mengejar kebenaran, katanya.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Khaidir berharap polis dapat mengesan penghantar emel berkenaan dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pelaku.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengugut wartawan itu yang boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang negara ini.

NUJ menerima laporan daripada cawangan New Straits Times Press (NSTP) mengenai seorang ahlinya yang juga wartawan menerima ugutan bunuh menerusi emel pada 8 September lalu.

Polis harus menyiasat siapa dalang di sebalik tindakan ini dan heret mereka ke muka pengadilan secepat mungkin, katanya.


Foto: the Star

Berkongsi pandangan sama dengan Khaidir, Sung Chew menggesa orang ramai membuat aduan menerusi saluran sepatutnya sekiranya tidak berpuas hati mengenai sebarang siaran berita.

Beliau meminta ahli dan wartawan yang bernaung dengan NUJ untuk tidak melayan sebarang bentuk ugutan, sebaliknya terus melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote GuaSayangMelaka 11-9-2019 07:59 PM
nazzse replied at 10-9-2019 12:31 PM
Ehh silap, sebenarnya dekat selangor, bukit beruntung..
Dok teringat bukit beruang..

patutla.....Gua dok Melaka pn x taw citer

Lain-lain Komen

Quote NBM 10-9-2019 01:16 PM
laporan pendedahan pasal kes apa?
Quote Skuau 10-9-2019 01:17 PM
ni pasal ceroboh tanah tu ka???
Quote Cable 10-9-2019 01:18 PM
x nk kaitkn ngn pmrintahan kerajaan parti ape ke? sllunye macai pkr akn kata psl gomen bn
Quote Foxey 10-9-2019 01:59 PM
Berita apa yang dilaporkan sampai terima ugutan bunuh ni?
Quote aku_best 10-9-2019 02:02 PM
Pendedahan tentang pencerobohan  kebun haram tu ker..?
Quote fushimi 10-9-2019 02:04 PM
sekarang dah berani main ugut ugut pulek
Quote nazzse 10-9-2019 04:41 PM
Pasal kebun kat melaka tu kan? BH je dapat berita ekslusif te..
Quote tagas 10-9-2019 04:53 PM
kamon kata rules of law

dedah sket kena ancam jadah nye
Quote GuaSayangMelaka 10-9-2019 04:57 PM
nazzse replied at 10-9-2019 08:41 AM
Pasal kebun kat melaka tu kan? BH je dapat berita ekslusif te..

kebun kat Melaka ?kes apa ?

sorry dh lama x tntn berita n bc papers.........
Quote AbukRokok 10-9-2019 06:26 PM
pengugut ni kalut....org skrg dah xbaca sokabau
Quote dino 10-9-2019 06:29 PM
Cable replied at 10-9-2019 01:18 PM
x nk kaitkn ngn pmrintahan kerajaan parti ape ke? sllunye macai pkr akn kata psl gomen bn

salah najib la kata bodohgemok
Quote nazzse 10-9-2019 08:31 PM
GuaSayangMelaka replied at 10-9-2019 08:57 AM
kebun kat Melaka ?kes apa ?

sorry dh lama x tntn berita n bc papers.........

Ehh silap, sebenarnya dekat selangor, bukit beruntung..
Dok teringat bukit beruang..
Quote precious_chicas 11-9-2019 07:53 PM
mmg patut kes2 ugutan macam ni kena kasi viral, barulah pengugut tu takut sket nak teruskan niat jahat bila org dah tahu.
Quote GuaSayangMelaka 11-9-2019 07:59 PM
nazzse replied at 10-9-2019 12:31 PM
Ehh silap, sebenarnya dekat selangor, bukit beruntung..
Dok teringat bukit beruang..

patutla.....Gua dok Melaka pn x taw citer

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.161849s Gzip On
To Top