Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Boboiboy Movie 2 Meletup Di Panggung, Monsta Umum 2 Lagi Siri Animasi Baru!

16-9-2019 07:48 PM|imrancak| Komen: 28

Selepas kejayaan Boboiboy Movie 2 yang berjaya menarik lebih dua juta rakyat Malaysia menonton, Monsta kembali lagi dengan rancangan untuk menyambung penceritaan di dunia Boboiboy.

Baru-baru ini, pihak produksi animasi Boboiboy, Monsta telah mengumumkan dua siri baru yang bakal dihasilkan di laman Facebook mereka. Dikatakan dua siri ini sejajar dengan hala tuju watak Boboiboy dan rakan-rakannya di masa akan datang.

Dengan kutipan mencecah RM27.7 juta dalam masa 26 hari, tidak mustahil bagi Monsta untuk menerima sambutan hangat dari peminat untuk menghasilkan lebih banyak karya. Dua siri yang diumumkan boleh dikatakan spin-off kepada siri Boboiboy sendiri, iaitu MechAmato dan Papa & Pipi.

Kredit Foto: Facebook BoBoiBoy
Setakat ini tidak ada sebarang sinopsis jelas berkenaan MechAmato selain gambar promo yang disiarkan, memberi audiens sedikit gambaran tentang dunia watak utamanya, Amato yang ditemani robot-robot comel dan unik. Ada teori yang mengatakan bahawa MechAmato mungkin mempunyai talian dengan Boboiboy, kerana mempunyai warna rambut yang sama.

Kredit Foto: Facebook BoBoiBoy
Manakala Papa & Pipi pula merupakan spin-off daripada filem Boboiboy Movie 2, menampilkan watak Papa Zola dan anak kecilnya Pipi Zola yang comel serta lucu. Siri Papa & Pipi berkemungkinan menyasarkan audiens dari kalangan kanak-kanak dan awal remaja, berbeza dengan siri Boboiboy Galaxy dan MechAmato yang menyasarkan golongan remaja.

Masih tidak ada sebarang tarikh rasmi untuk kedua-dua siri ini, tetapi sama-samalah kita nantikan kemunculan dua siri menarik ini, sekaligus mendokong industri animasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
28
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 28
Komen

Previous : Sebak! Trailer Dokumentari 'M for Malaysia'

Next       : Berkisar Daripada Kisah Benar, Telemovie 'Insan Terpilih' Turut Sentuh Hati Penonton Bukan Muslim

Komen Terbaru

Quote palmolive 18-9-2019 03:46 PM
aku tunggu Ejen Ali tak muncul2

Lain-lain Komen

Quote damian_lee 16-9-2019 07:52 PM
Ho My Goshhhh
Papa Zola ada animasi tersendiri
Kena tengok niiiiiiiii
Quote sarah82 16-9-2019 07:57 PM
Aku suka papa zolaaa.. Yezaaa..
Quote Lelli 16-9-2019 08:11 PM
{:iwant{:iwant{:iwant
Quote CiliPadiSedap 16-9-2019 08:31 PM
kenapa akak rasa jd budak2 kalau tgk cerita ni ye?
Quote rayray28 16-9-2019 08:34 PM
Papa zola ni g kt MAPS ipoh pn layan je anak2 dgn keletah dia..best bwk if anak mmg peminat boyboiboy
Quote epuepy 16-9-2019 09:01 PM
Oh. Suka pipi. Comel {:love
Quote Cable 16-9-2019 09:04 PM
da tua2 pn tngk katun..malu le ngn generasi bbnu
Quote cap_ayam 16-9-2019 09:22 PM
Papa zola letak nama anak panjang berjela
Quote anastasia7 17-9-2019 12:45 AM
Menarik ni. Tak sabar nak tengok kebenaran
Quote Perawankota 17-9-2019 12:47 AM
Dah agak dah mesti ada citer papa zopa nanti
Quote s@me@ne 17-9-2019 01:26 AM
Cable replied at 16-9-2019 09:04 PM
da tua2 pn tngk katun..malu le ngn generasi bbnu

ape nak heran. mak aku yang dah warga emas pun layan dragon ball dengan detective conan. kalo dia tengah tengok jangan sesekali tukar channel
Quote danieladam 17-9-2019 01:40 AM
Pipi Zola

P uteri
I ntan
P ayung
I ndah

Z ulaikha
O delia
L adasyia
A bsyari
Quote HannahMontana 17-9-2019 01:56 AM
SILA AMBIL TINDAKAN ,PANGGUNG WAYANG TELAH MELETUP DENGAN SENGAJA.
Quote LautBiru52 17-9-2019 02:10 AM
rayray28 replied at 16-9-2019 08:34 PM
Papa zola ni g kt MAPS ipoh pn layan je anak2 dgn keletah dia..best bwk if anak mmg peminat boyboibo ...

Yeke. Pernah pegi MAPS ni tahun lepas. Masa tu weekend and cuti umum. Dapat masuk yg bahagian aerospace tu je. Yg lain kena beratur panjang 30 min setiap 1. Mengarut sungguh la
Quote Nenolen 17-9-2019 02:47 AM
Lama betuii kaka tak main game papa zola
Quote amyza 17-9-2019 07:13 AM
Papa zola watak dia sengal sikit tapi tanpa boboiboy & kwn2 best ke?? Nak tau kena pegi panggung lah.

Gambar laki atas tu, nizam tu ke?
Quote puanbintang 17-9-2019 08:42 AM
papa zola..yessssss!!
Quote stormcloud 17-9-2019 09:06 AM
Cable: da tua2 pn tngk katun..malu le ngn generasi bbnu

Tak payah malu...tiada peraturan yang dewasa tak boleh layan animasi. Pedulila apa orang kata.
Quote stormcloud 17-9-2019 09:08 AM
Aku Boboiboy ni tak layan sangat. Lebih minat Rimba Racer dan satu animasi dari Perancis.

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.080319s Gzip On
To Top