Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Trend Shopping Online Bunuh Mall Dan Kedai Runcit, Tak Boleh Buat Apa Dah

Shimmer Shine|6-9-2019 04:10 PM Komen: 76



Industri akan sentiasa berubah,  begitu juga dengan habit pengguna kala berbelanja, turut berubah.  Semuanya tidak akan sama dengan yang dahulu. 

Lebih ramai yang suka membeli dalam talian berbanding secara tradisional. Kita tidak mampu menghalangnya. Satu demi satu pusat beli-belah ditutup kerana tidak dapat bersaing dengan 'hub shopping' moden seperti Shopee dan sebagainya. 

Jika yang gergasi pun ditutup,  apa lah lagi kedai yang kecil-kecil anak kan? 

Kredit foto:

Lebih ramai yang membeli dalam talian bermakna pendapatan bagi kedai ofline akan mengecil dan mungkin juga bungkus akhirnya.


Walaupun pendapat tersebut betul,  sebenarnya trend 'shopping online' inilah membunuh industri kecil.


Bagaimanapun masih ada cara yang boleh diselamatkan jika syarikat-syarikat ini mengikuti trend semasa,  misalnya mengadakan penghantaran online.

"They need to do delivery service. Tesco & Jaya Grocer ada delivery service. So I buy mostly from Tesco and JG."

Untuk kekal relevan dalam business, syarikat-syarikat ini sepatutnya mengubah cara operasi mereka demi menghadapi cabaran perniagaan masa kini.

Jadi,  anda orang yang mana?  Beli online atau offline? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 76
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote missinpiece 7-9-2019 07:29 PM
matchstick replied at 7-9-2019 06:02 PM
Tesco online tu selain suka ganti dgn barang lain, suka lebih kan quantity barang yg jual ikut t ...

Haah kan. Ganti pon dengan barang yg lagi mahal

Lain-lain Komen

Quote yuki812 6-9-2019 04:22 PM
ye..duduk umah mereput je pon leh perabih duit..
Quote crazybeach 6-9-2019 04:29 PM
nan hado yach membunuh la hapa bagai. dah ko tak mampu nak bersaing tawarkan harga lagi rendah, selayaknyalah business kau bakalan sendu melingkup. kalau retail kat mall2 besar ada buat  big sale bersesak jua ummah hadap datang sebab boleh dapat diskaun murah. tengok jah uniqlo ioi puchong bebaru nih
Quote kucingitam 6-9-2019 04:31 PM
yuki812 replied at 6-9-2019 04:22 PM
ye..duduk umah mereput je pon leh perabih duit..

hahah..betul. dulu2 org kata duduk rumah je, duit tak habis.. sekarang dok rumah duit pun blh abis

Quote sukacactus 6-9-2019 04:38 PM
Eh baru je lps beli tanah dgn pasu kat shopee td.
Selagi ada pilihan, salah ke pengguna memilih
Quote zach2008 6-9-2019 04:47 PM
Tak tau la orang lain..
Kalau aku, beli online utk barang yg tak dapat dibeli kat kedai, kecil, ringan, murah dan tak urgent.
Kalau nak selamat, kedai2 ni pun boleh buat dua2 sekali.
Byk yg buat mcm tu...

Quote kualibesi 6-9-2019 05:08 PM
sebenarnyaaa rakyat mesiaaaa termasuk akak suka membeli brg2 yg murahh. sedar2 habis beratus
Quote supermum 6-9-2019 05:14 PM
crazybeach replied at 6-9-2019 04:29 PM
nan hado yach membunuh la hapa bagai. dah ko tak mampu nak bersaing tawarkan harga lagi rendah, sela ...

Ada sale ke Uniqlo sana? Demit aku missed.
Quote misuke 6-9-2019 05:15 PM
la ni nk beli kopi dgn gula pn tgk shopee je.. tapi sudahnya berderet jugak oder sampingan

just nk puji servis j&t memang superb... kalah la pos laju
Quote becir 6-9-2019 05:16 PM
Poplook Tu Dari online bukak jugak physical store. Sama Gak ngan Sometimes.
Quote matchstick 6-9-2019 05:26 PM
Yg meniaga kt shopee tu pun byk yg ada physical stores or pharmacies jugak..aku beli skincare, ubat kt shopee tgk address seller tulis nama farmasi, kedai dari jerantut lah, KB, dan macam2 lah
Quote passwork 6-9-2019 05:27 PM
sukacactus replied at 6-9-2019 04:38 PM
Eh baru je lps beli tanah dgn pasu kat shopee td.
Selagi ada pilihan, salah ke pengguna memilih {:1 ...

nak mntak link kedai pasu & tanah boleh?
Quote crazybeach 6-9-2019 05:29 PM
supermum replied at 6-9-2019 09:14 AM
Ada sale ke Uniqlo sana? Demit aku missed.

iols baca thread kat cari ni hah

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1172512
Quote umbut 6-9-2019 05:34 PM
zaman dolu2 takda online.. kemain mahal mall jual mainan barang kanak2 dan lain3 yek.. lupanya online murahhhj je.. kat mall 3 x ganda ko mark up..
Quote misc 6-9-2019 05:37 PM
Skrg Shopee ada free shipping voucher Min spend RM9. Rugi ooo tak shopping.
Quote Muntz 6-9-2019 05:39 PM
Kalau benda mcm kasut, pakaian, aku masih belum confident beli online. Sbb dulu2 pernah beli online, end up tak muat, besar sangat etc. Pastu kalau kedai yg ada servis, masih relevan lagi. Contohnya repair handphone, PC, tinted kereta, etc. Jadi bagi aku masih ada keperluan utk physical shops utk jenis2 barang tertentu.
Quote CiliPadiSedap 6-9-2019 05:43 PM
untuk berforum kaka masih prefer offline
Quote senahitam 6-9-2019 05:50 PM
bisnes pun kena la berubah seiring dengan trend semasa. offer la delivery service. jgn jd mcm nokia n kodak. sebab xnak berubah maka terus terkubur....
Quote jazaa100 6-9-2019 06:06 PM
kualibesi replied at 6-9-2019 05:08 PM
sebenarnyaaa rakyat mesiaaaa termasuk akak suka membeli brg2 yg murahh. sedar2 habis beratus

Cukup kan sbb nk dpt free shipping...

Memula order rm30...klu above rm40 blh dpt freeshiping...pilih lg satu, terus jd rm55
Quote CikB 6-9-2019 06:08 PM
pernah beli kt shoppee serbuk telur masin, dpt yg sebulan lagi nak expire.  nyesal dah la mahal.  nk masak apa dlm masa sebulan serbuk tu 1kg....masak setiap hari pun x sempat nak habis!  Baik la keluar beli sendiri kt supermarket blh pilih expiry date yg  lambat lagi...x semua brg blh beli online!

Lihat semua komen(76)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.104257s Gzip On
To Top