Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jangan Makan Guna Tangan! Hadam 8 Pantang Larang Ini Sebelum Travel Ke Negara Berikut

5-9-2019 05:56 PM|Oleh: LilRose| Komen: 17

Setiap negara semestinya mempunyai fakta menarik seperti adat resam dan budaya tersendiri menjadikan sesebuah negara itu unik. Dan yang pastinya, setiap negara juga mempunyai 'pantang larangnya'.


Kredit foto: Kellogg Insight - Northwestern University

Anda perlu tahu antara beberapa pantang larang ini untuk menjadi tetamu yang bagus dan peka jika berada di negara berikut.

Jom lihat, apa pantang larangnya seperti dikongsikan portal Brightside.


1. Rusia - Beri bunga dalam jumlah genap

Manalah tahu anda nak mengorat sesiapa di Rusia. Pastikan jangan memberi bunga dalam jumlah genap kerana ia bererti anda mengharapkan seseorang itu meninggal dunia.


Kredit foto: YouTube

Bunga dalam jumlah genap hanya diberikan ketika pemakaman.

Banyak juga negara Eropah tidak memberi bunga dalam jumlah genap kerana ia dianggap tidak sesuai dan menjengkelkan.


2. China - Hubungan mata


Kredit foto: Pixabay/Brightside

Janganlah bermain mata dengan orang di tanah besar China kerana ia dianggap tidak menghormati seseorang.

Orang China hanya melakukan eye contact hanya jika sedang marah terhadap seseorang sahaja.


3. Norway - Gereja


Kredit foto: Pixabay/Brightside

Elakkan bertanya penduduk tempatan jika mereka pergi ke gereja kerana hanya segelintir kecil saja mengunjungi gereja.

Jadi, agak biadab kalau anda bertanya kepada mereka.


4. Jerman - Ucapan selamat hari lahir


Kredit foto: wallpapers.ae

Orang Jerman percaya, mengucapkan selamat hari lahir lebih awal sebelum hari kejadian akan membawa nasib malang.

Negara maju, tapi kuat kepercayaan karut juga mereka ya?


5. Amerika Syarikat - Jaywalking


Kredit foto: Business Insider

Berjalan kaki di jalan raya tanpa menghiraukan lalu lintas di AS adalah menyalahi di sisi undang-undang walaupun laluan benar-benar kosong!

Jadi, gunakan lorong pejalan kaki sebaiknya kalau tak nak mengundang masalah.


6. Perancis - Etika meja makan

Orang Perancis sangat bangga dengan masakan mereka.

Jadi, jika anda hanya memesan satu jenis hidangan di mana-mana restoran di negara itu, ia seolah-olah satu penghinaan buat mereka.


Kredit foto: Pixabay/Brightside

Malah, cef juga akan berasa terhina jika anda meninggalkan sisa makanan di atas pinggan.


7. Chile - Makan dengan tangan

Ia sangat biadab menggunakan tangan untuk makan di hadapan khalayak walaupun makan kentang goreng!


Kredit foto: New York Post

Selain itu, Chile sangat mementingkan etika di meja makan. Tangan hendaklah sentiasa berada di atas meja!


8. Brazil - Isyarat 'OK'


Kredit foto: Deposit Photos/Brightside

Di Brazil, isyarat tangan OK sama maksudnya dengan memberi isyarat jari tengah.

Ada lagi fakta menarik dari negara lain yang anda ingin kongsikan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 17
Komen

Previous : Hutan Hujan Tropika Tertua Dunia - Royal Belum Masih Kekal Dara

Next       : -

Komen Terbaru

Quote mata.kail 11-9-2019 01:39 PM
Boomibulat replied at 5-9-2019 06:28 PM
Info tambahan...

9.Malaysia - Masjid

Hahahaha ini padu...

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 5-9-2019 06:28 PM
Edited by Boomibulat at 5-9-2019 06:31 PM

Info tambahan...

9.Malaysia - Masjid

Elakkan bertanya penduduk tempatan jika mereka tidak pergi ke masjid kerana hanya segelintir kecil saja mengunjungi masjid.
Jadi, agak biadab kalau anda bertanya kepada mereka.
Quote isseliparjepun 5-9-2019 08:24 PM
Adoiii boomibulat ni. Hahaahahah terkekek aku gelak
Quote fliphair8 5-9-2019 08:26 PM
Hahhahaha biadab boomibulat oii
Quote Perawankota 5-9-2019 09:14 PM
Boomibulat:    Edited by Boomibulat at 5-9-2019 06:31 PM  Info tambahan...9.Malaysia - MasjidElakkan bertanya penduduk tempatan jika mereka tidak pergi ke masjid k ...


Adoii....
Quote matbad 5-9-2019 10:16 PM
10. Jangan bunyikan hon di Malaysia
Ini adalah dianggap biadap sbb hon digunakan untuk menegur org atau kawan yg kenal sahaja..jadi berhati hatilah jika ke Malaysia jgn guna hon jika ada kesalahan lalu lintas..bahaya bakal menanti anda
Quote Itzy 6-9-2019 02:53 AM
matbad: 10. Jangan bunyikan hon di MalaysiaIni adalah dianggap biadap sbb hon digunakan untuk menegur org atau kawan yg kenal sahaja..jadi berhati hatilah jik ...


Aku akan hon juga sebab dah hampir meragut nyawa aku. Pernah jadi kes ni. Nak pergi kerja tengah rush tetiba kereta lain hampir nak langgar kereta aku. Tekan hon kuat juga sebab bahaya gila kot.
Quote pokaibanktokyo 6-9-2019 06:07 AM
Boomibulat replied at 5-9-2019 10:28 AM
Info tambahan...

9.Malaysia - Masjid

Betul gak. Dia akan jawab lu dah tau aku tak pergi apa lancau mau tanya lagi
Quote pokaibanktokyo 6-9-2019 06:11 AM
Tak payah layan sangat pantang larang itu semua. Orang negara berkenaan bukan takde otak nak kondem terus pelancong kalo kita tak tau adat tempatan yang pelik pelik.
Quote KIM.K 6-9-2019 06:34 AM
Boomibulat:    Edited by Boomibulat at 5-9-2019 06:31 PM  Info tambahan...9.Malaysia - MasjidElakkan bertanya penduduk tempatan jika mereka tidak pergi ke masjid k ...


I saw this coming from miles
Quote kualibesi 6-9-2019 09:56 AM
ahaahha kisah plk. akak makan fries dengan tangan
Quote r_innalif 6-9-2019 11:00 AM
He he he.. on point
Quote Dewa19XKangen 6-9-2019 02:38 PM
manakala d malaya king no 1 satu adalah sepet..
Quote CikB 7-9-2019 12:19 PM
mcm2 ye...
Quote diggerr 7-9-2019 10:24 PM
Nice sharing
Quote ketambangkang 8-9-2019 10:03 AM
Malaysia -

signal : harga lampu signal di malaysia sama dengan harga sebiji banglo di london..sebab itu org malaysia sgt sayangkan lampu signal mereka sbb kalau rosak dan perlu diganti, mereka & keturunan mereka akan muflis..itulah sebabnya org malaysia tidak menggunakan signal utk menukar lane atau membelok
Quote Artemesiaa 8-9-2019 12:18 PM
Info menarik.  Lain negara lain adat dan peraturannya kenalah pandai2 sesuaikan diri bila ketempat mereka
Quote mata.kail 11-9-2019 01:39 PM
Boomibulat replied at 5-9-2019 06:28 PM
Info tambahan...

9.Malaysia - Masjid

Hahahaha ini padu...

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089247s Gzip On
To Top