Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Adi Putra 'Si Genius Matematik' Buka Kisah Lama

Oleh: Myeonir|5-9-2019 10:51 AM Komen: 120
Kita pernah dikejutkan pada suatu ketika dahulu apabila seorang kanak-kanak kecil mempunyai ilmu matematik luar biasa. 

Kalau anda terfikirkan Adi Putra, memang betullah jawapan itu. Bukan sahaja menggemparkan negara, bahkan namanya turut disebut-disebut sehingga ke luar negara. 

Adi Putra yang berusia 20 tahun kini membuka kisah hidupnya.


Loading FB Post...

Menurut Adi, walaupun baru berusia empat tahun ketika diperkenalkan subjek matematik oleh ibunya, dia tertarik dan seronok mempelajari subjek tersebut. Siap boleh mempertikaikan formula yang telah diguna pakai sejak sekian lama.


Kredit foto: Blog

"Masuk umur 6 tahun, Adi dah mula buat soalan sekolah menengah. Masuk darjah 1 dah tahu buat soalan universiti. Semuanya berlaku secara kebetulan.

"Adi masuk Darjah 1 selama empat bulan sahaja. Lepas tu berhenti dan dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dari Perak, kami sekeluarga pindah ke Gombak. 

"Ramai yang mempertikaikan Adi tak masuk sekolah. Tak ada degree, master dan lain-lain. Tapi, pandangan mereka berubah dengan ilmu matematik yang Adi buat. Adi tunjuk pada mereka yang matematik Adi ini lain. Pergilah universiti mana pun, memang takkan jumpa macam yang Adi buat," ujarnya.


Kredit foto: Blog

Lelaki bijak itu juga menjelaskan bahawa dia ada menerima tawaran belajar ke luar negara daripada univeristi ternama semasa kecil. Tapi, terpaksa ditolak kerana dia masih kanak-kanak dan keluarganya tidak dibenarkan ikut bersama.

Dah besar ya Adi ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 120
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 5-12-2019 04:35 PM
SayaSayangMama replied at 5-12-2019 04:17 PM
Kome org jantut. Tp duk Kl la. 13 tahun okay sgt dah . Tp bukan budak skrg sibuk nk belajar ckp ko ...

Korea easy peasy, dengar je lagu blackpink

Lain-lain Komen

Quote be-keng 5-9-2019 10:59 AM
itu jer. now berjaya tak? if not siapa bertanggung jwb atas kegagalan beliau? kesian talent wasted
Quote judicata 5-9-2019 11:00 AM
sudah la adi. stop living in the past.nak kata ko je yg terlebih pintar... ramai lagi yg bijak pandai daripada ko tapi willing to follow the system. amik upsr, pmr/pt3 pastu spm & a levels... ko je nak hype lebih but bagi condition.. nak belajar maths je. pls la.

even tho ko bijak in maths, luaskan minda ko utk terima ilmu lain. ko boleh je asah bakat maths ko tu.. tp jangan hadkan pada tu je. without proper guide & system... sampai bila minda ko nak berkembang takat tu je?
Quote kucingitam 5-9-2019 11:08 AM
ye ko bijak maths, takde org lain yg boleh buat maths macam yang adi buat TAPIIII maths ko tak membantu adik Ainul Mardhiah macam yang Dr Amalina buat.. tu betul org bijak pandai...
Quote Sazida 5-9-2019 11:10 AM
Kagum dgn kelebihan dia tp menyampah dgn parents yg tak reti nk atur pendidikan ank. Umur 20 tp no upsr,pmr spm etc. Just bijak in maths only tak cukup nk survive dik oi. Btw kelas tuisyen math ko tu letupss lg ke
Quote kualibesi 5-9-2019 11:13 AM
so now apa die buat? belajar mne? kerja apa sekarang?
Quote sarah82 5-9-2019 11:13 AM
Ingatkan dia ada spm.
Quote mizzmimi 5-9-2019 11:45 AM
Balik2 keluar cerita sama juga. Pi mai pi mai tang tu..
Quote harkktuih 5-9-2019 11:47 AM
Ni je la citer dia mampu ulang tayang bangga smp kiamat..
Quote Madel 5-9-2019 12:05 PM
Selain bijak maths, apa lagi ?
Setakat masuk Sek, U kasi ceramah itu je la kan.
Quote fliphair8 5-9-2019 12:08 PM
walopun ko pandei dek, ego ko melangit gak ye dek, parents adek pun sama ikut membongak, ujung2 ulang cite sama sampai bam jamil mam....
Quote RatuDunia94 5-9-2019 12:08 PM
Skrg heshe buat pe je??
Mcm xde fucntion pon?
Quote Kurex 5-9-2019 12:18 PM
Comel adi.. Semoga adi dapat ajar kurex math sebelum tido sebagai ganti dodoi
Quote awanearisu 5-9-2019 12:19 PM
Adi ni patut dibimbing oleh seorang professor bidang matematik dan buat penyelidikan dalam bidang tersebut.
Kalau beliau selesa dengan arithmetik, boleh sahaja fokuskan penyelidikan ke arah itu dan kemudiannya beroleh PhD.

Masih belum terlambat untuk memulakannya.
Quote awanearisu 5-9-2019 12:22 PM
Lebih baik beri peluang pada adi ni dari pesalah pedofilia yang dikatakan genius matematik itu.
Quote apedehal 5-9-2019 12:41 PM
apo yg bijaknya..wat malu ja aku pernah nonton youtube mat salleh ni p jelajah dunia caroli bdak genius..bila mamat ni interview adi mngecewakn sgt buang masa dia je..da la claim boleh ckp bnyk bhsa
Quote harubom 5-9-2019 12:47 PM
The prents tried really hard to milk him when he was discovered genius lepastu demand lelebih padahal tau anak pandai maths je. Subject lain okay ke x? Kalau okay nape xnak ambk spm? Now kenapa xnak ambk spm balik? Kata genius? Shouldnt be a problem for you, no? Stop living in the past. Xde sapa nak tau result upsr pmr  unless you are somebody that can make significant contribution mcm dr amalina, in which to become like her, one MUST have spm.  Ni sekolah pun xnak. Tamak in the past
Quote meah_kelabu 5-9-2019 12:48 PM
kesian dia ni..tapi tu la sbb ddk msia kan n ego plak tu..
mampu throwback je la smpai bile2
Quote Artemesiaa 5-9-2019 12:49 PM
Masih muda masih belum terlambat untuk belajar.  Kisah lama usah diulang cerita fikirkan masa kedepan adalah lebih baik lagi.
Quote crazybeach 5-9-2019 12:54 PM
so dekk?? balik raya tiap2 tahun tetap jua kena hadap pertanyaan pokcik mokcik buat ape sekarang? dah habis belajar ke belum? dah keje ke belum?

Lihat semua komen(120)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.225013s Gzip On
To Top