Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Komando Maut Ketika Gimik, Jangan Buat Spekulasi - Mat Sabu

Mo Firdaus|4-9-2019 05:38 PM Komen: 23

Foto: MalaysiaKini

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat kes kematian anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya diselesaikan bagi menghormati keluarga Allahyarham.

Mohd Zahir merupakan anak kepada pelakon veteren A.R Badul, meninggal dunia ketika gimik penubuhan Divisyen Kelima Infrari Malaysia (5 DIV) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Ketika kejadian, mangsa memakai baju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak oleh anggota majlis kira-kira jam 8.30 pagi.
Mangsa dilaporkan rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan.

Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng dibuka dan mukanya berlumuran darah.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth jam 9.20 pagi.



"Saya merakamkan simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Saya berharap keluarga Allahyarham tabah hadap situasi pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat simpati atas kesedihan ini," tulisnya di Instagram.

Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada hasil perkahwinan terdahulu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote yuki812 5-9-2019 12:28 PM
tersasar tembak ni..
nak tembak kat dada kot..
tp kat muka yg kena..

Lain-lain Komen

Quote KIM.K 4-9-2019 05:45 PM
Mana boleh tembak muka kan.. Illuminati sangat..
Quote RatuDunia94 4-9-2019 05:50 PM
SOP mana SOP???
Quote RatuDunia94 4-9-2019 05:51 PM
SOP mana SOP???
Quote hoztu 4-9-2019 05:52 PM
lawak nye
Quote msdummy.2018 4-9-2019 05:54 PM
aku still xfhm kenapa perlu guna peluru hidup? buantnya tersasar kat org awam xlagi naya ker?
Quote Rogue98 4-9-2019 06:22 PM
Suh org jgn speculate tapi menteri sendiri taknak explain detail kejadian sebab kenapa peluru hidup di guna dlm training.
Wahai menteri PH tolonglah cerdik sikit... belum apa2 nak point kan kesalahan kpd rakyat.
Quote 7th 4-9-2019 06:51 PM
signature 'YB' tu agak aneh. ke dia memang guna signature tu
Quote matamata 4-9-2019 06:55 PM
sambung je lah thread yg ada
Quote Xim 4-9-2019 07:35 PM
Bile bace brita ni baru aku sedar tetibe mcm fishy plak kes ni . Gune peluru hidup siot
Quote nusaraya 4-9-2019 07:59 PM
Seharusnya hanya sebuah sinetron ..maut bohong-bohongan..tetapi  hasilnya maut ..betol-betol maut.  Tahniah atas kehebatan dan kejayaan ATM melakukan latihan military yang betol-betol realistic....
Quote sehirkedi 5-9-2019 12:47 AM
Sayang.. . Gugur seorang pahlawan yg berkebolehan tinggi (bukan semua org boleh tahan dengan latihan komando), oleh kerana kecuaian pihak tertentu. Kenapalah guna peluru betul digunakan gimik.. Kalau gimik buatla cara gimik, tak perlu pakai peluru betul. Al Fatihah utk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Quote hoztu 5-9-2019 12:56 AM
sehirkedi replied at 5-9-2019 12:47 AM
Sayang.. . Gugur seorang pahlawan yg berkebolehan tinggi (bukan semua org boleh tahan dengan latihan ...

kat atm ade uji ilmu kebal peluru
Quote albedah 5-9-2019 01:07 AM
Rogue98 replied at 4-9-2019 06:22 PM
Suh org jgn speculate tapi menteri sendiri taknak explain detail kejadian sebab kenapa peluru hidup  ...

Kan dia kata tunggu selesai dulu siasatan.  Kang Mat Sabu salah cakap kang korang jugaaaaaaaak hentam dia... Hadoiiii sabau laaaaaa korang...
Quote Rogue98 5-9-2019 01:39 AM
albedah replied at 5-9-2019 01:07 AM
Kan dia kata tunggu selesai dulu siasatan.  Kang Mat Sabu salah cakap kang korang jugaaaaaaaak hen ...

Takkan sop pun kena tunggu siasatan.
Quote sarah82 5-9-2019 08:39 AM
Mesti ada BOI la lps ni..
Quote DollahRepek 5-9-2019 09:31 AM
Guna peluru hidup tu mmg amalan biasa pasukan komando sbb itu beza antara pasukan elit dgn pasukan biasa.
Quote kualibesi 5-9-2019 09:45 AM
ada mat sabu.. heheheh
Quote mizruncing 5-9-2019 09:55 AM
naseb la yg kena tu anak AR Badul. so org knl la n bukak mata sikit. klu kena kt org yang tak berapa nk femes ni mau senyap2 je kes ni. tp kesian laa. bini dia tgh sarat pregnant kan klu tak silap
Quote Remyda 5-9-2019 09:57 AM
[fbp]https://www.facebook.com/640313212654127/posts/2642235082461920?sfns=1[/fbp]

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.344106s Gzip On
To Top