Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Usia Sekadar Nombor, Penyelam Skuba Tertua Di Dunia Pecah Rekod Sendiri!

18-9-2019 10:14 AM|Oleh: natrahn| Komen: 6

Woolley seorang veteran Perang Dunia Kedua berbangga dapat meneruskan aktiviti tersebut pada usia 95 tahun. - Reuters

Ray Woolley, 95, seorang veteran Perang Dunia Kedua memecahkan rekod sendiri pada ulang tahun hari lahirnya selepas membuat selaman di sebuah lokasi kapal karam di perairan Cyprus. 

Beliau menyelam selama 44 minit pada kedalaman 40.6 meter, menandingi rekod sebelumnya iaitu 41 minit dan 38.1 meter, ketika berusia 94 tahun. Selaman ini turut menjadikan beliau sebagai pemegang rekod penyelam skuba tertua dunia yang masih aktif.


 Woolley sudah 58 tahun aktif menyelam skuba, dan dia berhasrat dapat meneruskannya pada tahun akan datang. - Reuters

"Kita berjaya lakukannya. Saya rasa hebat. Sangat istimewa apabila dapat memecahkan rekod sekali lagi dan saya harap jika saya terus cergas, saya akan pecahkan rekod lagi bersama anda tahun depan," ujar Woolley yang sudah menyertai aktiviti itu selama 58 tahun seperti dipetik  Astro Awani.

Rekod terbaharu itu dicatat ketika membuat penerokaan ke atas bangkai kapal kargo Zenobia yang tenggelam bersama sebuah trak di perairan Larnaca pada 1980 yang juga lokasi menyelam terkenal. 

Woolley yang berasal dari Port Sunlight, England dan kini bermastatutin di Cyprus berkata, dia pernah mengunjungi lokasi selaman itu pada tahun 1982. 




Dokumentari kisah hidupnya 'Life Begins at 90', bakal ditayangkan di festival filem Bosnia-Herzegovina bulan ini.

"Saya enggan menerima hakikat yang saya sudah tua. Saya sekadar mahu membuktikan pada diri saya, dan juga orang lain bahawa bersenam itu amat penting terutamanya apabila sampai ke lingkungan usia seperti saya," ujarnya.



Umur hanya sekadar nombor. Bersenam secara tetap boleh mencegah atau melewatkan daripada menghidap sesetengah jenis penyakit apabila umur meningkat. Woolley adalah buktinya! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 6
Komen

Previous : Awas! Payudara Lelaki Boleh Membesar Jika Gemar Ambil Makanan Segera

Next       : "Ada Syurga Di Kelasku" - Anak Murid Selamatkan Guru Depresi

Komen Terbaru

Quote ikanmasin 25-9-2019 10:30 AM
hepinya tgk..sihat dan aktif ...

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 18-9-2019 12:52 PM
Wah seronok tengok orang yang masih aktif pada usia sepertinya
Quote ketambangkang 18-9-2019 04:00 PM
terbaik la atok
Quote Farnor 24-9-2019 12:58 PM
{:run so amazing..kalah orang muda. Sangat inspirasi. Ingatkan baru umur 60+
Quote pakderis 24-9-2019 01:59 PM
wah terbaikkkk
Quote Pink_Purple 25-9-2019 10:00 AM
jaga kesihatan, jaga pemakanan..

ni umur baru 43 dah ada penyakit 3 serangkai..dah tahu ada keturunan sakit tu..berjaga2 lah
Quote ikanmasin 25-9-2019 10:30 AM
hepinya tgk..sihat dan aktif ...

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.071366s Gzip On
To Top