Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Perlu Ke Pakaian Atlet Gimnastik Ditukar Kepada Patuh Syariah?

9-9-2019 09:00 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 40

Menurut sebuah artikel di Free Malaysia Today, kerajaan negeri Terengganu sedang dalam proses untuk mereka pakaian patuh syariah dan kod etika kelakuan untuk atlet.

Bagi merealisasikan perkara itu, mereka telah menjemput beberapa pereka fesyen di negeri itu untuk memberikan cadangan rekaan baru berkenaan.


Kredit foto: Free Malaysia Today

Portal tersebut juga melaporkan bahawa kerajaan negeri akan menarik diri daripada beberapa acara sukan yang tidak mematuhi etika tersebut. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.



Kredit foto: Carian Google

Garis panduan tersebut akan menekankan bukan sahaja terhadap kelakuan, tetapi pakaian yang bersesuaian ketika acara sukan. 

Bagaimanapun, Jawatankuasa itu dikatakan akan menimbangkan pendapat daripada pelbagai pihak.


Kredit foto: Bernama

'Bagaimanapun tiada kompromi untuk acara sukan gimnastik wanita kerana acara itu mempamerkan pakaian mendedahkan dan gerakan yang melampau, kecuali penonton wanita sahaja yang dibenarkan barulah ia akan dipertimbangkan,' tambah beliau.

Sehingga cadangan pakaian dan kod kelakuan itu siap dan diluluskan, para atlet di negeri tersebut dibenarkan untuk memakai pakaian standard sedia ada.


Kredit foto: Bernama

Bagaimana pula pendapat anda? Perlukah pakaian ahli sukan ditukar? Adakah ianya akan mempengaruhi prestasi mereka? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 40
Komen

Previous : Boleh Buat Pembayaran, WhatsApp Bakal Lancar Ciri Terbaru Menjelang 2020!

Next       : 'Wow, Hebat!' - Bilik Asrama USM Bakal Dinaiktaraf, Cantik Macam Hotel

Komen Terbaru

Quote angelawoosh 11-9-2019 02:25 AM
lkick2113 replied at 9-9-2019 04:22 PM
Kalau dah kepercayaan kita mintak pompuan berbungkus badan, tak payah lah kita nak masuk sukan. Elok ...

khennn.. brilliant comment inihhh

Lain-lain Komen

Quote merrissa 9-9-2019 09:36 AM
tak perlu....kos baju akan membebankan negara - Tun M
Quote Itzy 9-9-2019 09:42 AM
Perlu untuk beri atlet muslim peluang beraksi join sukan bersama. Nanti kata muslim tak sumbang pada sukan pulok{:run
Quote sarah82 9-9-2019 09:58 AM
Kalau berjaya cipta pakaian mesra muslimah utk atlit gimnastik.. Kerajaan negeri Terangganu boleh paten kan dan pasarkan.. Boleh menjana pendapatan kepada kerajaan negeri. Pasaran org muslim besar.. Kalau tak jenama besar mcm Nike tak perkenalkan pakaian suka mesra muslimah.

Quote ieta_86 9-9-2019 10:36 AM
Perlu bagi org islam {:teatime
Quote RatuDunia94 9-9-2019 10:48 AM
Bagi merealisasikan perkara itu, mereka telah menjemput beberapa pereka fesyen di negeri itu untuk memberikan cadangan rekaan baru berkenaan.


Hahaha.. ko panggil pereka fesyen buat pe la haiii.. panggil la ahli gymnas, jurulatih, pakar sukan gynmast suruh bg cadangan. Ko hengat Kemaman Fesyen Week?
Quote Artemesiaa 9-9-2019 11:00 AM
Betul tu ia bukan berkenaan fahion tapi kesesuaian pakaian dengan pergerakan wajib yang mereka kena lakukan dan memudakan para juri untuk menilai mereka.  
Quote eizarz 9-9-2019 11:03 AM
tak payah la masuk gimnastik..masuk sukan lain la...satu hal plak ko nak design baju baru..kan ada pilihan nak masuk atau tak
Quote oranjes 9-9-2019 11:08 AM
atlet2 dh boleh la start behijrah ke negeri lain.tak pun berenti je la main sukan pegi ngaji lg bagus
Quote Sang_Pencinta 9-9-2019 11:09 AM
Siapa tahu bagaimana pengadilan sukan ni dibuat? Adakah urat dawai otot menonjol sedikit sebanyak mempengaruhi penilaian juri?
Quote Kurex 9-9-2019 11:42 AM
RatuDunia94: Hahaha.. ko panggil pereka fesyen buat pe la haiii.. panggil la ahli gymnas, jurulatih, pakar sukan gynmast suruh bg cadangan. Ko hengat Kemaman Fesye ...


Pastinya baju tu nanti akan jdi kekampungan.. Tetiba aku teringat sekumpulan tukang jahit bajet designer muslimah, yang pakai baju tido masa satu event dekat putrajaya, pedajal aku dgn kawan2 lain. Bila turn kitaorang punya collection, tetiba muzik takde. Mula2 nak berhusnuzon, sebab dorang muslimah kan dari kemaman.. Sekali memang betul, dorang berpakat dgn orang pa system taknak baju org lain tengok part show kitaorang. Collection dorang tersangat kampung & senang didapati dekat pusat pakaian hari2 @RatuDunia92
Quote sapeka 9-9-2019 01:20 PM
Apa salahnya
Pakai bj yg lebih sopan
Quote M5 9-9-2019 01:38 PM
Suruh je la lobai pi duduk kat surau mesejid sesambil melayan bini2 muda dan tua di rumah. Yg gigih nak ke stadium tu pasal apa?
Quote lkick2113 9-9-2019 04:22 PM
Kalau dah kepercayaan kita mintak pompuan berbungkus badan, tak payah lah kita nak masuk sukan. Elok pompuan ni layan mengangkang je tunggu giliran untuk didatangai lobai2 beriman
Quote akumak 9-9-2019 04:23 PM
Edited by akumak at 9-9-2019 04:25 PM

Dah ada dah hijabi gymnast ni. Pakaian mmg dah sopan. Tp aksi gymnastic ni yg perlu dinilai semula kot
Quote gideoncross 9-9-2019 04:39 PM
Sang_Pencinta replied at 9-9-2019 11:09 AM
Siapa tahu bagaimana pengadilan sukan ni dibuat? Adakah urat dawai otot menonjol sedikit sebanyak me ...

Trgelak iols baca komen ni.
Quote gideoncross 9-9-2019 04:40 PM
RatuDunia94 replied at 9-9-2019 10:48 AM
Hahaha.. ko panggil pereka fesyen buat pe la haiii.. panggil la ahli gymnas, jurulatih, pakar su ...

Kna pkai lagu yg ssuai ketika acara catwalk kat runaway d jln kn.
Quote gideoncross 9-9-2019 04:41 PM
merrissa replied at 9-9-2019 09:36 AM
tak perlu....kos baju akan membebankan negara - Tun M

Yg ni lawak rabak.
Quote helicornia 9-9-2019 04:46 PM
nk patuh syariah mungkin susah sikit dlm sukan gimnastik ni. term lebih tepat ialah pakaian sopan tak mencolok mata
Quote Skuau 9-9-2019 05:11 PM
eizarz replied at 9-9-2019 11:03 AM
tak payah la masuk gimnastik..masuk sukan lain la...satu hal plak ko nak design baju baru..kan ada p ...

kisah monyet ngn cili...."Aku nak itu...aku nak itu...aku nak itu jugak....(kihkihkih...)

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.081716s Gzip On
    To Top