Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Dia Pandai Ambil Hati, Jaga Ayah' - Elly Mazlein Tak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

4-9-2019 01:31 PM|Oleh: Akasha| Komen: 60

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein baru-baru ini, ada mendedahkan kepada media mengenai usia bakal suaminya yang 10 tahun lebih muda daripadanya.


Kredit foto: Instagram

Elly ditanya ketika muncul pada majlis jualan Bazar Merdeka Habib di Habib Ampang Point, Kuala Lumpur.

Menurut Elly atau dikenali sebagai Kak Lina, biarpun perbezaan usia dirinya dan bakal suami mencecah 10 tahun, kematangan yang ada pada diri lelaki itu yang buatkan Elly tertarik padanya.

"Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara asbab cinta saya pada kekasih hati.

"Selain itu, dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang selalu menjaga ayah sekarang dan senang dengan kehadirannya. Ciri-ciri inilah kenapa saya pilih dia," ujar Elly

Tetapi, bila disoal tentang nama dan siapakah jejaka tersebut, Elly mahu ianya menjadi rahsia sehingga berasa cukup bersedia untuk mendedahkannya kepada umum.


Kredit foto: Instagram

"Saya nak berterima kasih kepada bakal suami kerana akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia kami nanti.

"Akan bermula dengan upacara merisik, ia diikuti dengan majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding serta majlis menyambut menantu di Kelantan kelak," katanya teruja.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama tersohor, Azmi Hatta.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly masih hamil empat bulan.

Semoga semua urusan dipermudahkan dan hubungan kali ini berkekalan hendaknya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 60
Komen

Previous : Sering Dituduh Kononnya Gila, Tasha Shilla Kembali Aktif Dalam Industri

Next       : Punyalah Romantik, Sampai Ke Australia Ainul Aishah Sambut Hari Jadi Kekasih

Komen Terbaru

Quote aliaa 11-9-2019 02:21 PM
belum dapat macam tu lah kak lina ooooiiii
bila dah dapat macam2 pulak lah kak lina oooiii
baik dok diam2 dulu ...
jangan cepat nak pong pang2

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 4-9-2019 01:53 PM
Bape kali nk buka benang pasal bakal laki kak lina ni?? Nikahnya tak juga.
Quote Kurex 4-9-2019 01:59 PM
Cerita je lebih, kawennya tak..
Quote Cumi2 4-9-2019 02:01 PM
Yelaa kak lina pompom
Quote umbut 4-9-2019 02:05 PM
Wowwww 10 tahun muda... untungler... aummmm
Quote awanysss 4-9-2019 02:35 PM
bagitau awal la kak lina.. senang netizen nak selidik.. baru boleh decide helok ke idokkk
Quote ketambangkang 4-9-2019 02:39 PM
sek2 kito ko? hmmm jago molek la kak lina deh
Quote ikanmasin 4-9-2019 02:39 PM
seronoklah kak lina pom2 ..5 majlis utk dia di rai kan
pandai dia simpan dl bakal suami dia.tkt kang kene
caras hah gituu
Quote Atata 4-9-2019 02:40 PM
Aah. Skrip biasa sebelum kawen. Lepas kawen 2 tahun......
Quote acikbajuhijau 4-9-2019 02:45 PM
janji kau bahagia noks! kiteorg ok jer. jangan pulak dah kawin nanti meroyan. weols doakan yang terbaik.
Quote TerataiMelur02 4-9-2019 02:53 PM
Semoga yg kali ni berbahagia sampai syurgaaa
Quote iena_aries86 4-9-2019 03:55 PM
Wow.. Muda 10 tahun.. Untungla kak lina pom pom
Quote Lelli 4-9-2019 04:09 PM
Sek2 kito jange pecoh kebanyakkn muka herlokk..
All the best k.lina pom pom,semoga smpai ke jinjang pelamin dan berbahagia hingga ke jannah.
Quote notsospecial007 4-9-2019 04:14 PM
semoga dipermudahkanlah yee kak lina pompom..
Quote minahmanja 4-9-2019 04:29 PM
apa keje bakal laki kak lina ni...
Quote hzln 4-9-2019 04:31 PM
Set budu ko? Sampai 5 mejlis ko tapau, ni mesti ensem mcm amir raja lawak
Quote BlueRose99 4-9-2019 04:43 PM
10 tahun lebih muda?! Lebih kurang je kita Kak Lina pom2..

Untong ke?! No comment!
Quote samshik 4-9-2019 05:39 PM
Takat ni cikta ngn nanny rosnah mat aris masih brjaya ungguli carta.. Nek a. aida pun xmampu
Quote PEPPERMAN 4-9-2019 05:43 PM
Jangan puji lelebih sangat,
nanti hujung2 kau juga melalak di medsos
Quote giyomi 4-9-2019 06:56 PM
masa tgh hangat bercinta mmg camne, tp adakah ianya akan berterusan selepas berkahwin nnt? sekadar bertanya

Lihat semua komen(60)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.118409s Gzip On
To Top