Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Sep
03

Cantiknya! Jom Berkunjung Ke Pesta Pangkor 2019

3-9-2019 03:19 PM| Komen: 39

Pesta Pulau Pangkor ialah pesta pertama di Malaysia yang menggabungkan keindahan pulau dan budaya komuniti. Tahun ini menandakan pesta yang kelima di pulau ini. Pesta ini dianjurkan oleh Oriental Art & Cultural Centre (OACC) dengan tajaan Elken Foundation dan kerjasama Persatuan Usahawan Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. 

Pesta ini juga diiktiraf oleh kerajaan negeri seperti Tourism Perak. Malah, pesta ini juga disokong dan ditaja oleh Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei di Malaysia.


Pesta Pulau Pangkor 2019 akan disambut selama 3 hari mulai 13 hingga 15 September bertemakan Dialog Pulau: Pesta Gabungan Budaya dan Seni Kepulauan.

Oleh itu, buat julung kalinya pesta ini akan menyaksikan dialog dan lawatan sambil belajar artis-artis dari negara-negara kepulauan seperti Taiwan, Macau, Jepun dan Korea ke Pulau Pangkor. 



Antaranya, pesta ini turut mengundang Kumpulan Teater Getdol dari Korea yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang persembahan budaya rakyat, Jun Sakima artis Sanshin (sejenis alat muzik tradisional Jepun) dariOkinawa, Jepun.

Kali ini, pasukan artis dari Taiwan akan memberi tumpuan kepada budaya Orang Asli, seperti Siva9 Band yang terdiri daripada orang asal Amis di Taiwan, artis seni pemasangan Mei-Yi Liou dan Anchi Lin dari Taiwan. 



Di samping itu, pasukan Festival Kesenian Pulima Aboriginal juga akan berkongsi pengalaman mereka di festival seni kebudayaan. Bagi Macau, Persatuan Tarian Ieng Chi yang berpakar dalam kegiatan tarian dan teater kontemporari, dan Macao Heritage Ambassadors Association dan Creative Links yang mempromosikan warisan budaya dan industri kreatif tempatan akan hadir pada hari tersebut. 

Artis-artis Malaysia yang menyertai pesta ini termasuk Orang Orang Drum Theatre, Yap Hong Ngee, Lee Mok Yee, Kim Teoh dan kumpulan penduduk tempatan yang pernah mewakili Malaysia untuk mempersembahkan Tarian Ikan Pangkor di Taiwan, Macau dan Korea.

Selain persembahan seni, para pengunjung Pesta Pulau Pangkor 2019 juga dapat mengalami cara hidup tempatan seperti menikmati masakan tempatan, mengenali industri perikanan dan pembuatan kapal di pulau ini. Dengan kata lain, pesta ini merupakan interaksi pelbagai budaya kepulauan untuk membina persefahaman.


Tambahan lagi, pihak penganjur, para peserta dan perwakilan juga akan turut menandatangani Memorandum Pelan Gabungan Pesta Pulau yang bermatlamat meningkatkan pertukaran seni dan budaya antara negara-negara kepulauan, mendalami perbincangan mengenai pembangunan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar untuk mewujudkan ekologi sosial yang lebih berciri lokal, mesra alam, berbagai-bagai dan seimbang. 

Pesta Pulau Pangkor 2019 akan tertumpu di kawasan Sungai Pinang Kecil untuk memudahkan para pengunjung. Kebanyakan aktiviti dan lokasi tarikan terletak dalam jarak beberapa minit perjalanan kaki. Aneka acara dan aktiviti menanti para pengunjung, termasuk seni pemasangan yang menarik, pameran, persembahan muzik, tayangan filem, bazar kreatif, bengkel dan lain-lain lagi. 

Malah, pihak penganjur juga bekerjasama dengan Go Kaki, sebuah kumpulan yang berpengalaman dalam pemelihara warisan komuniti, telah mengumpul dan mencatatkan rekod sejarah perkembangan perusahaan tradisional Pulau Pangkor seperti kilang ikan bilis, kilang ais dan kilang pembuatan kapal untuk tatapan para pengunjung. 


Pesta Pulau Pangkor 2019 ialah suatu inisiatif usaha sama seniman, aktivis seni dan pertubuhan komuniti yang melangkaui sempadan negara untuk mengeratkan jalinan sesama insan dan menyerlahkan keistimewaan Pulau Pangkor, sebuah pulau, komuniti dan warisan negara kita.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mangobubble 7-9-2019 04:16 PM
sofiazara replied at 4-9-2019 04:12 PM
dah nak siap bangunan duty free tu kan?

Ya ka... kat mana bangunan nya tu? Best la..Tak yah dah pergi ke langkawi. Last ke pangkor 2 tahun lepas.

Lain-lain Komen

Quote sofiazara 3-9-2019 03:48 PM
pangkor banyak monyet
Quote watie79 3-9-2019 03:56 PM
lah..tak nampak banner kat area manjung ni pon pasal pesta pangkor neh ?
Quote kaklong32 3-9-2019 04:45 PM
biasa pesan kat kawan je beli bilis pangkor ni
tak penah sampai pon
insyaAllah one day
Quote Artemesiaa 3-9-2019 04:48 PM
Bila ada product pelancongan baru pasti ramai yang nak datang semula
Quote harkktuih 3-9-2019 04:56 PM
X penah jejak lg pulau pangkor.. Hmm
Quote kentel 3-9-2019 04:58 PM
bkn kampung @bellaa ke???
Quote bellaa 3-9-2019 05:47 PM
kentel replied at 3-9-2019 04:58 PM
bkn kampung @bellaa ke???

sendu la pangkor.
Quote VioletsAre_Blue 3-9-2019 05:57 PM
Perhentian lagi best
Quote epis 3-9-2019 06:31 PM
Dah lama betul tak g pangkor.. last 2012... 7 thn gak hah...
Quote kentel 4-9-2019 09:08 AM

sendu ke rindu? kan tempat detim dgn israk?
Quote mangobubble 4-9-2019 09:27 AM
Sblm ni pangkor di war2 kan utk jadi free duty zone. Skrg tak dengar cerita dah.
Quote BlueRose99 4-9-2019 09:39 AM
Baru balik Sitiawan raya haji hari tu.

Memang tak balik lah kali ni nampaknya..
Quote bellaa 4-9-2019 10:01 AM
kentel replied at 4-9-2019 09:08 AM
sendu ke rindu? kan tempat detim dgn israk?

apa ig dia? meh meh..
Quote BlueRose99 4-9-2019 10:05 AM
Edited by BlueRose99 at 4-9-2019 10:32 AM

Betul! Last time balik kampung pastu saja stay kat Anjungan ni..
Masa mandi kat swimming pool saja bukak pintu bilik sebab bilik betul2 depan swimming pool tu je. Sekali banyak gila monyet datang siap masuk bilik ambil makanan..
Quote jofizo 4-9-2019 10:14 AM
best ka pangkor? blm penah jejak lg
Quote grouper 4-9-2019 10:21 AM
Cuti hujung minggu pun nak naik feri kena beratur panjang n lama..belum public holiday. Kesian kat org tua n bdk2 punya lama nk tggu nk naik feri klau nk balik lumut.
Quote Pink_Purple 4-9-2019 10:28 AM
BlueRose99 replied at 4-9-2019 10:05 AM
Betul! Last time balik kampung pastu saja stay kat Anjungan ni..
Masa mandi kat swimming pool sa ...

wah monyet2 kat Taman Tasik Taiping dah berpindah ke sana ke
Quote kentel 4-9-2019 10:31 AM

aritu kan da follow dia...motep???
Quote BlueRose99 4-9-2019 10:34 AM
grouper replied at 4-9-2019 10:21 AM
Cuti hujung minggu pun nak naik feri kena beratur panjang n lama..belum public holiday. Kesian kat o ...

Kami tak pernah naik dari Jeti Lumut.. sana memang sesak. Naik dari Jeti Marina je.. dekat pun dekat. Tak sampai pun 10 minit.

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080272s Gzip On
To Top