Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki Dicekup Pakai Seragam Tentera Umpan, Tipu Wanita Cantik Di Internet

Sang_Pencinta|18-9-2019 10:30 AM Komen: 25
Awas untuk para wanita yang teringin berjodohan dengan anggota tentera, berhati-hati ketika berkenalan dengan mereka yang berseragam di media sosial kerana ada kemungkinan mereka memakai pakaian tersebut tetapi bukanlah anggota pertahanan sebenar.


Itulah yang berlaku di negara jiran, Indonesia.


Kredit foto: Tribun News


Menyedari ramai wanita kini meminati lelaki yang bekerja sebagai anggota tentera, seorang lelaki sanggup menyamar dengan membeli pakaian tersebut walaupun beliau bukanlah anggota pertahanan. 


Lelaki itu, Angga Deri Klana, kemudian berkenalan dengan gadis-gadis dan janda di Facebook dan menipu wang ringgit mereka.




Kredit foto: Facebook



Bagaimanapun, menurut Tribun Timur, Angga kemudiannya berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa berikutan aduan beberapa orang wanita yang menjadi kekasihnya kemudian meminjamkan wang yang tidak dibayar semula.


Facebook Info Milter Indonesia kemudian mengesahkan penangkapan lelaki tersebut.


Kredit foto: Facebook


Minews.id dalam portal beritanya kemudian memberikan panduan kepada wanita supaya mengikuti beberapa langkah dalam mengelakkan tertipu lelaki sedemikian. 


Kredit foto: Facebook



Antara langkah tersebut termasuklah jangan mudah percaya, cek data kad ketenteraan, hubungi majikan atau pejabatnya dan meminta bukti foto dan dokumen jika didekati oleh lelaki yang menggunakan pakaian seragam untuk berkenalan.


Kredit foto: Facebook


Semoga kisah ini menjadi teladan kepada ramai wanita di luar sana yang teringin berlakikan seorang askar kerana tak mustahil perkara seperti ini juga berlaku di negara kita.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 18-9-2019 09:07 PM
Laku juga abang2 askar

Lain-lain Komen

Quote cikkilata 18-9-2019 10:38 AM
Kalau kat seberang boleh la.. kat sini, kurang2 kena pakai uniform pilot baru awek cair...
Quote sarah82 18-9-2019 10:43 AM
Tu diaa.. Yap kena pakai uniform TUDM tu baru awek2 cair..
Quote fliphair8 18-9-2019 10:43 AM
alahai dek sedih beno muka kamu yer.....adan uke!
Quote AyaqMeloSuam 18-9-2019 10:45 AM
Nak jd askar sgt..  bg dia jd betul2..
Bru tau langit tinggi rendah... acah2 jual ayt manis muka slebet jah pn ppuan pcaya??
Quote RatuDunia94 18-9-2019 10:50 AM
cikkilata: Kalau kat seberang boleh la.. kat sini, kurang2 kena pakai uniform pilot baru awek cair...


Kat sini x payah kot.. just jd ummah kokesen or negro yg caring dh cukup..
Quote Rainrein 18-9-2019 11:35 AM
Kemain lagi gi dating pun pakai uniform.
Quote ifanonline 18-9-2019 11:36 AM
bapaknya mau burit juga
Quote sukacactus 18-9-2019 11:49 AM
Sebab ada permintaan la dia gigih beruniform bagai...
Quote rospinki 18-9-2019 11:51 AM
naif betul yg kena tipu buta2 ngan mamat ni..tgk baju dan muka pun dh nmpk tak seiringan
Quote slavehunter 18-9-2019 11:56 AM
Fetish beruniform ker?
Quote ctaz 18-9-2019 12:04 PM
pakai baju pangkat lans koperal pun awek indon cair...
giler rrrr.......
senag giler awek indon kena tipu....


hahahaha
Quote Artemesiaa 18-9-2019 12:06 PM
Mendapat sudah gigih sangat nak jadi sojar
Quote Boomibulat 18-9-2019 12:09 PM
Klu kat msia thn 80an mmg abg askar aka mat terap menjadi pojaan hati gadis2 melayu..
Quote MissLana 18-9-2019 12:11 PM
Rainrein replied at 18-9-2019 11:35 AM
Kemain lagi gi dating pun pakai uniform.

Hahahaha panas laa takpun bau kepam hikss
Quote arm_band 18-9-2019 12:53 PM
kahkahkahhhhhh...... gigih betul
Quote Yustan 18-9-2019 01:16 PM
Kat mesia kurang2 pkai uniform paskal baru awek2 pecah ovari
Quote Foxey 18-9-2019 01:45 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 10:43 AM
Tu diaa.. Yap kena pakai uniform TUDM tu baru awek2 cair..

Uniform navy pun smart. Warna putih, bersih je
Quote Foxey 18-9-2019 01:47 PM
Daripada berlakon je jadi tentera, semata menipu duit wanita, baik dia masuk jadi tentera betul. Rezeki pun halal. Tengok sihat je, bukan kurang sifat pun
Quote sarah82 18-9-2019 01:49 PM
Foxey replied at 18-9-2019 01:45 PM
Uniform navy pun smart. Warna putih, bersih je

Hahahaha.. Sy suka seragam GGK.. Ensem pulak dgn lipat baju ke lengan

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
1.005415s Gzip On
To Top