Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Muda Dipuja, Tua Melarat"- Selain Shima, 69 Selebriti Turut Mohon Rumah PPR

31-8-2019 10:04 AM|HakirRahman| Komen: 96

Orang kata hidup kena sentiasa beringat sebab kita tak tahu pasang surutnya. Dunia hiburan juga tidak terkecuali. 

Disebabkan artis adalah kumpulan pekerja "freelancer", mereka sering terlupa untuk menyimpan untuk hari tua. Ada juga yang ditimpa pelbagai masalah kesihatan sehingga duit pun habis dibelanjakan untuk rawatan. Masa muda memang seronok, dipuja ramai, tetapi bila tua kalau tidak menyimpan, bakal merempat. 

Penyanyi terkenal era 90-an, Shima antara yang tidak begitu bernasib baik. Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu "Teringin" dan "Setelah Aku Kau Miliki" itu rupa-rupanya hidup susah selepas tidak lagi mengejar glamour. 

Shima terima kunci PPR. Foto: Google

Dilaporkan Berita Harian Online, Shima, 50, baru sahaja mendapat kunci rumah Projek Perumahan Rakyat dengan sewa bulanan RM255 selepas hidupnya bersama suami ditimpa malang. 

"Alhamdulillah, proses ini dipermudahkan dan saya rasa sangat bertuah. Ada yang kena menunggu bertahun-tahun. Walaupun belum tahu jumlah wang deposit, saya sangat bersyukur.

"Kalau boleh, kami mahu segera berpindah, tetapi sebelum itu kena cukupkan dahulu wang deposit. Tambahan pula, kami juga perlu membayar lori untuk memindahkan barang," katanya lagi.

Dulu dipuja, sekarang merempat. Foto: Google

Tetapi, rupa-rupanya Shima bukanlah satu-satunya artis yang tidak bernasib baik. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mendedahkan pihaknya menerima permohonan 69 selebriti untuk mendapatkan rumah PPR dibawah Inisiatif Perumahan Seni Harapan. 

Mereka yang berjaya, termasuklah Shima akan dipindahkan ke Lembah Subang 2 secara berperingkat. 

"Artis yang dicadangkan untuk mendapat insentif perumahan itu adalah rujukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) dan persatuan lain yang sememangnya layak memohon.

"Begitupun, 19 daripada permohonan itu terpaksa ditolak kerana mereka sudah memiliki rumah, manakala 50 lagi masih dalam proses pemilikan sebelum dapat dipindahkan ke Lembah Subang 2, secara berperingkat," kata Zuraida. 

Kampung artis veteran di PPR Lembah Subang 2. Foto: Google

Fuh, semua duduk satu tempat ni bolehlah berkerjasama hasilkan karya baru, mana tahu jadi "hit" boleh tolong kehidupan mereka yang susah. 

Kesian kan. Artis lama dulu tak pandai berniaga macam sekarang, harap-harapnya artis baru boleh tolong bantu. 

Hidup masing-masing, ada turun naik. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 96
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : "Bukan Dadah, Bukan Makhluk Halus"- Zynakal Sah Sakit Bipolar Mania

Komen Terbaru

Quote Keisha-Belle 14-9-2019 01:18 AM
Dulu masa popular enjoy memanjang. Tak pikir kemudian hari

Lain-lain Komen

Quote KIM.K 31-8-2019 10:46 AM
Bolehlah iols amik buat pengajaran..kena kuat kerja
Quote LadyCarefree 31-8-2019 10:46 AM
Retis skrng sbab ada medsos senang nk jual produk timbang kilo dn produk repak.

Siapa retis yg dah ada rumah tp tamak tu.

Dan adakah retis2 ni jalan pintas dpat rumah?
Quote namieamuro 31-8-2019 11:02 AM
retis mne dh ade rumah tp mohon jugak..
Quote MeghanK 31-8-2019 11:23 AM
masa popular masa banyak duit enjoy..dah sendu pakat merempat
Quote Kurex 31-8-2019 11:31 AM
Aku suka lagu luka dilukai, aku tetap aku
Quote Lengkong 31-8-2019 11:37 AM
Jadi pengajaran untuk kita jugak..bersedia untuk hari tua. Moga dipermudahkan urusan shima.


Quote unguaurora 31-8-2019 11:42 AM
Kena tmbh satu slogan lagi. "Muda x beringat, tua merempat".
Quote unguaurora 31-8-2019 11:44 AM
Kurex replied at 31-8-2019 11:31 AM
Aku suka lagu luka dilukai, aku tetap aku

Mcm x best plak baca komen chuols bila xde semoga... hahahha
Quote noraidil_06 31-8-2019 11:53 AM
Rasenye bkn x menyimpan. Dah abis, syima ni bkn kaki joli pun.
Quote PEPPERMAN 31-8-2019 12:01 PM
Harap artis muda ambil perhatian.
Time muda kau dipuja tu tak bermaksud orang masih nak puja bila kau tua. Be realistic, sebab orang ramai pun ada pilihan.
Jangan lah berharap bantuan seumur hidup
Quote luluaurora 31-8-2019 12:03 PM
hmmm kesiannya...
yela jd artis xde epf/kwsp...xde ambil insurans..xde saving..

pttnye diorg kena usaha saving..biar sikit xpe..tp konsistant...
Quote duricinta 31-8-2019 12:41 PM
Mgkn simpanan dh abis, dh brp lma dia x menyanyi kn...lgpn payment dlu bukan mcm skrg ni..
Quote sarah82 31-8-2019 12:54 PM
Shima kan sakit.. Dia ada bgtau duit habis sbb dia guna utk rawatan
Quote mizzmimi 31-8-2019 12:56 PM
Tajuk tu sepatutnya

Masa muda tak beringat, masa tua melarat

Barulah pantun.. Gitu
Quote mizzmimi 31-8-2019 01:00 PM
Dedulu baca urtv, sorang retis 80an letop juga, hobinya tukar2 kereta.. Masa featured kat urtv tu tengah pakai honda mayat.
Quote putericahaya999 31-8-2019 02:00 PM
mizzmimi replied at 31-8-2019 01:00 PM
Dedulu baca urtv, sorang retis 80an letop juga, hobinya tukar2 kereta.. Masa featured kat urtv tu te ...

Honda mayat tu camana
Quote mizzmimi 31-8-2019 02:04 PM
putericahaya999 replied at 31-8-2019 02:00 PM
Honda mayat tu camana

Prelude kot.. Yang 2 pintu tu
Quote mongoose_kidz 31-8-2019 02:10 PM
suhaimi saad..
anda layak memohon!!
please take note
Quote Kurex 31-8-2019 02:13 PM
unguaurora replied at 31-8-2019 11:44 AM
Mcm x best plak baca komen chuols bila xde semoga... hahahha

Takkan la nak semoga dekat pompuan

Lihat semua komen(96)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.487149s Gzip On
To Top