Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Fesyen Raja Permaisuri Agong Trending, Jadi Ikutan Ramai

30-8-2019 10:31 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 12

Tidak seperti kerabat Diraja di negara barat, fesyen golongan bangsawan di negara kita sebelum ini jarang menjadi ikutan ramai. 

Antara wanita yang pernah menjadi sebutan di Barat termasuklah Puteri Diana, Grace Kelly, Permaisuri Rania, Kate Middelton dan yang terbaru Meghan Markel. 


Kredit foto: Instagram Rizalman

Mereka sering menggayakan fesyen yang akhirnya sinonim dengan diri masing-masing.


Kredit foto: Twitter / Carian Google

Bagaimanapun, susulan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad banyak mata-mata kini tertumpu kepada fesyen yang dikenakan oleh Raja Permaisuri Agong yang terbaru, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Kredit foto: Twitter

Tampil berbaju kurung dan bertudung litup, Raja Permaisuri Agong sering mendapat pujian dalam berbusana. Rupanya, fesyen-fesyen yang dikenakan Baginda direka pereka fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim yang sudah menjadi pilihan Tuanku Azizah selama 15 tahun.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Terbaru, fesyen Baginda telah menjadi pilihan sekumpulan pelajar dari SMK Seksyen 24 (2) ketika mengadakan sesi fotografi untuk gambar kelas mereka. 

Memuat naik beberapa keping gambar, Sarah Misha (@sarahmiisha) berkata, "Tahun ini inspirasi fesyen kami adalah Raja Permaisuri Agong yang tersayang".

Status itu menjadi trending dan mendapat lebih 8,000 tanda suka serta pelbagai komen positif daripada netizen.

"Cantiknya fesyen korang semua," kata seorang netizen.

Malah, ada beberapa lagi yang turut bertanyakan bagaimana fesyen tersebut digayakan termasuklah pemakaian pin.


Kredit foto: Twitter

Lebih membanggakan, Raja Permaisuri Agong sendiri muncul di thread memberikan respon. 

"Canteknya!" komen baginda.


Kredit foto: Twitter

Respon Raja Permaisuri Agong tersebut menggembirakan kumpulan pelajar tersebut yang teruja dan memuat naik beberapa keping gambar lagi untuk tatapan baginda.


Kredit foto: Twitter

Nampaknya, selain sering dipuji sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat, Raja Permaisuri Agong bakal menjadi trend setter terbaru dalam fesyen terutama sekali pakaian tradisional. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Previous : Tutorial Tudung Putri Dalam Sweet Dreams, Ramai Yang Cuba 'Tiru'!

Next       : 'Wow, Sadonya!' - Kimberly Legget Dari Ratu Cantik Malaysia Ke Atlet Bina Badan

Komen Terbaru

Quote stania83 17-9-2019 11:41 PM
tatau baju mana satu RPA pesan kat Rizalman design tu RPA sorang je boleh pakai.

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 30-8-2019 12:10 PM
Classy baju kurung dia tapi semak sedikitlah

Sesuai dengan umur dan status
Quote Artemesiaa 30-8-2019 12:17 PM
Kurung tradisi nampak cantik dan sopan dipakai
Quote sarah82 30-8-2019 12:26 PM
Baju kurung RPA Agong cantik.. Sbb RPA la aku beli baju kurung pahang balik..
Quote munchkin 30-8-2019 03:40 PM
I suka style dia. Simple and yet very elegant!!!
Quote Elanor5959 3-9-2019 01:01 AM
Suka tgk aksi dia comel je
Quote Sazida 3-9-2019 02:26 AM
RPA Agong pakai elok jer nampak cantik. Entah kenapa tiba kt bebudak twitter terus nampak buruk pd mata aku. Mybe xsesuai utk umur2 muda mcm dorang kot. And mybe jgk bdk2 Twitter tu try hard nk up.  guna word inspirasi supaya xnmpk copy paste.
Quote Nurul8001 3-9-2019 09:54 AM
Sazida replied at 3-9-2019 02:26 AM
RPA Agong pakai elok jer nampak cantik. Entah kenapa tiba kt bebudak twitter terus nampak buruk pd m ...

RPA pakai lawa. Kemas je.
Saya rasa tang bahu tu kena tajam atau keras, baru terletak cantik. Kalo baju kat bhgn bahu lembek, selendang tak jatuh elok. Atau, jenis kain untuk buat baju tu main peranan agaknya.
Quote Biabetik 3-9-2019 10:49 AM
Ni klu pegi cuci pinggan mangkuk time raya abis kena minyak satu badan. Dok merebang2 pesennya
Quote Melorqe 4-9-2019 04:30 PM
kalau untuk remaja aku prefer kalu depa letakkan je kat bahu sebelah dan sebelah lg kat siku
kalau utk veteren mcm aku sesuai la pesen ni.
Quote puanbintang 17-9-2019 02:42 PM
RPA ni cantik and lembut je tengok dia....suka sangat gaya - gaya dia...keibuan sangat nampaknya
Quote Perk77 17-9-2019 10:40 PM
Bagusnya kalau Pakai yg agak tebal bleh tutup kebentukkan dada Tu...Aku suka kalau makcik2 kakak2 adik2 berbaju kurung melayu or riau..mcm zeti Aziz Dan mak dia ...good for RPA kembalikan fesyen ni semula
Quote stania83 17-9-2019 11:41 PM
tatau baju mana satu RPA pesan kat Rizalman design tu RPA sorang je boleh pakai.

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.102904s Gzip On
    To Top