Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Khabarnya Henry Golding Bakal Bintangi Filem Hollywood G.I Joe. Wah!

18-9-2019 10:40 AM|Akasha| Komen: 11

Pelakon kelahiran Malaysia dari Sarawak iaitu Henry Golding semakin dikenali apabila movie Crazy Rich Asian yang dibintanginya tahun lepas mendapat rating yang tinggi dalam persada filem Hollywood dan antarabangsa.

Kredit foto: E! News

Artis berusia 32 tahun yang kini tinggal di Los Angeles telah dilaporkan dipilih untuk membintangi watak Snake Eyes untuk filem francais G.I Joe. Menurut The Reporter Hollywood, Golding dikatakan sedang dalam rundingan untuk filem aksi itu, G.I. Joe spinoff terbitan Paramount dengan kerjasama Skydance dan AllSpark Pictures.


Tapi yang viral di twitter ada pula mengatakan Henry tidak sesuai membawakan watak ini kerana Henry merupakan anak kacukan Iban-Inggeris dan watak Snake pula merupakan orang kaukasian yang dibesarkan di Jepun. 


Snake Eyes adalah komando ninja yang  muncul pada tahun 1980-an sebagai sebahagian daripada Hasbro dan Marvel Comics, yang digelar G.I. Joe.

Berpakaian serba hitam, watak itu tidak pernah mendedahkan mukanya dan tidak pernah bercakap, tetapi berdiri di kalangan kumpulan tentera anti-pengganas menjadikan dirinya sebagai yang paling popular. Dia kadang-kadang melakukan misi solo dengan haiwan serigala peliharaannya Timber. 

Kredit foto: JoePedia

Musuh utamanya  adalah Storm  Shadow, yang juga merupakan abang kandung sendiri. Sebelum ini, Paramount telah menerbitkan 2 francais iaitu  G.I.  Joe: The Rise of Cobra pada 2009 dan G.I Joe 2013: Retaliation (2013) dengan pelakon Ray Park memegang watak  Snake Eyes dalam kedua-dua fiem itu.

Pelakon yang sedang melakar nama di Hollywood ini (Ray Park) juga dikatakan dia bakal membintangi filem James Bond 007 akan datang. Banyak filem blockbuster yang dibintanginya antaranya X-Men dan juga Star Wars. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : Kumpulan Youtube Terkenal The Try Guy Bakal Adakan Persembahan Di Singapura

Next       : Anti-Fan Rentap Rambut, Terbongkar Lucinta Luna Sebenarnya Botak?

Komen Terbaru

Quote jjzzz 15-10-2019 02:39 PM
baru je tgk cite a simple favor.not bad

Lain-lain Komen

Quote fliphair8 18-9-2019 10:55 AM
berlakon la cite ape pun, hakak dengan gembira menonton kamu yaaaa....hehehhehe
Quote sarah82 18-9-2019 11:11 AM
Makin laku dia kat Hollywood sana.. Latest movie dia The Last Christmas... Harap2 bukan ala2 Me Before You la filem baru ni.. Karang aku menangis bengkak mata
Quote Suchi 18-9-2019 11:12 AM
Tp badan dia cam tak menarik sgt dimata iols la , tgk dlm pilem crazy rich asian tu.Tinggi ok dah tp badan tu cam perlu sedap skit baru leh nak “semoga” bagai hihihi pastu gg dia cam gg budak2 huhu
Quote Kurex 18-9-2019 11:34 AM
Manis muka henry.. Semoga dapat berbalas whatsapp dgn henry sambil henry update gambar shape badan henry dekat kurex
Quote Artemesiaa 18-9-2019 12:55 PM
Makin laku sekarang ni
Quote RatuDunia94 18-9-2019 01:23 PM
Watak heols tu x tunjuk muka lgsung ke?
Baik letak je mana2 pelakon kalau gitu..
Quote annehuda 18-9-2019 02:50 PM
mane la peginye sikin skrang ni ye

dulu kemain kemaruk lg ngaku bercinta ngan henry golding sampai gaduh2 ngan warga carik
Quote apedehal 21-9-2019 04:09 AM
Bosannya bertopeng camana nk jamu mata..so yg rengsek sgt dia dpt watak tu sbb kacuk iban bkn kokesen yg dbesarkn kat jepun dah knp..luls
Quote jeligoreng 1-10-2019 04:02 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 11:11 AM
Makin laku dia kat Hollywood sana.. Latest movie dia The Last Christmas... Harap2 bukan ala2 Me Befo ...

Pelakon perempuannya dah sama kan chuols, i dua kali tengok Me Before You dua dua kali nangis. Hati tisu haha

Tak sabar nak tunggu The Last Christmas Nov ni kan keluar?
Quote sarah82 1-10-2019 04:06 PM
jeligoreng replied at 1-10-2019 04:02 PM
Pelakon perempuannya dah sama kan chuols, i dua kali tengok Me Before You dua dua kali nangis. Hat ...

Tu la.. I tak nak tgk.. I tgk part dia nak disuntik ubat bunuh diri pun.. I menangis sampai bengkak mata.. Tak nak tgk..
Quote jjzzz 15-10-2019 02:39 PM
baru je tgk cite a simple favor.not bad

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.080422s Gzip On
To Top