Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mimpi Tebang Pokok Ketika Penggal Kepala Anak Saudara

29-8-2019 05:18 PM Komen: 14
Bahana mabuk, lelaki Filipina tidak sedar terpenggal kepala anak saudara lelakinya yang sedang tidur.

The Sun melaporkan, Roger Paje, 48, mendakwa dia mengigau dan menyangkakan sedang menebang pokok kelapa.

Selain itu, Paje juga dikatakan turut memotong tangan Eduardo Rosquitos, 30, yang bekerja sebagai buruh binaan.


Foto: Manila Bulletin News

Menurut polis, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan di rumah bapa saudaranya itu di perkampungan Bool East di Pulau Biliran pada Ahad lalu.

Saksi, Edgardo Canete memberitahu dia terdengar bunyi gergaji rantai dan terkejut apabila mendapati kepala Rosquitos sudah terputus dari tubuhnya.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, Canete kemudian keluar dari rumah itu dengan terjun melalui tingkap.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga individu itu dikatakan mengambil minuman keras kira-kira jam 8 pagi pada hari sama dan Rosquitos terbunuh kira-kira lima jam kemudian selepas mereka tertidur.

Paje ditahan sebaik anggota polis tiba di lokasi kejadian dan akan didakwa atas kesalahan membunuh.

Dia bagaimanapun mendakwa sedang bermimpi menebang pokok kelapa ketika kejadian berlaku, lapor Philipine Star.

Sementara itu, Canete memaklumkan kepada polis bahawa Paje menutup mata ketika melakukan perbuatan itu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote girlfridayz 30-8-2019 09:10 AM
Maybe keje dia memang menebang camtu, so dalam half awake tu badan dia dah terbiasa dengan rutin nak operate gergaji tu.. cuma fikiran je tak berapa nak betul. Maka jadila chainsaw massacre.. ngeee.

Lain-lain Komen

Quote sarah82 29-8-2019 05:32 PM
Glup.. RIP.. mesti truma gila ahli keluarga yg jumpa mayat anak dia.
Quote sapeka 29-8-2019 05:44 PM
Arak memang merbahayakan
Quote moonbug 29-8-2019 05:50 PM
Pagi-pagi dah mabuk
Quote Artemesiaa 29-8-2019 06:43 PM
Orang tengah mabuk ni amat membahayakan
Quote Itzy 29-8-2019 07:08 PM
Dalam islam ada hadis arak ni hanya sikit saja manfaatnya dan lebih banyak kehurukan. Sebab tu arak diharamkan oleh Allah. Larangan tu turun lepas ada sorang lelaki zaman nabi muhammad telah minum arak lepas tu dia mabuk dan pergi solat. Masa solat tu dia haram tak paham apa dia baca dan lupa ayat suci Quran yang dia baca dalam solat kesan mabuk teruk. Sembahyang pun jadi tunggang langgang. Lepas kejadian tu lah turun ayat bahawa arak diharamkan oleh Allah. Selain tu dosa arak ni lebih besar dari membunuh menurut islam. Keran lepas minum arak bila mabuk dia akan merogol lepas tu membunuh. Dan kes ni salah satu contoh mengapa arak adalahdosa paling besar. Dalam drama korea selalu tunjuk seorang lelaki dan wanita yang mabuk lepas gi club lepas tu tak sengaja buat seks bersama. Tu mereka nak suruh kita buat pengajaran lah. Tapi dalam islam dah lama ada nasihat dan larangan pasal arak ni memabukkan dan sangat berbahaya.
Quote Foxey 29-8-2019 07:12 PM
Dalam tidur mimpi semua tu, camana leh bangun cari gergaji rantai tu eh? Takkan gergaji tu pun letak dalam bilik tidur?
Quote Dewa19XKangen 29-8-2019 07:51 PM
arak dadah dekat malaya nie bagus minum.. lalu one way langgar budak basikal langgar orang.. semua yang kandas ujian pertama.. mesti lepas tuk ujian kali kedua dan akhirnya bebas dari hukuman..
Quote Carcosa 29-8-2019 09:13 PM
Seramnyaaaa. Me'ols mati2 ingatkan dia pakai kapak ke, parang ke. Rupanya mesin pemotong tu. Maknanya dia sleepwalking lah ya? Teliti betul ya sleepwalking dia, sbb dpt ambil mesin tu, hidupkan, then ngam2 potong kepala mangsa. Harap2 mangsa tak sempat rasa sakit. Ala2 mati dlm tidur gitu
Quote stars83 29-8-2019 10:13 PM
Lbh kurg macam mimpi kencing kat tandas,bangun2 tgk seluar basah,tilam banjir...ekekeke!
Quote batmana 29-8-2019 11:04 PM
patutla puak2 liberal hingin sgt nk buat pesta arak setiap tahun
lepas mabuk leh bunuh free2 aja org lain

pstu guna alasan mabuk..
Quote CatMiow 30-8-2019 03:19 AM
Teruk gila mabuknya,  sampai nak tebang pokok kelapa.
Quote Malaysia.Doom 30-8-2019 03:26 AM
stars83 replied at 29-8-2019 10:13 PM
Lbh kurg macam mimpi kencing kat tandas,bangun2 tgk seluar basah,tilam banjir...ekekeke!

Quote Pink_Purple 30-8-2019 06:30 AM
mabuk dijadikan alasan,,pg2 dh mabuk..dah la miskin..
Quote girlfridayz 30-8-2019 09:10 AM
Maybe keje dia memang menebang camtu, so dalam half awake tu badan dia dah terbiasa dengan rutin nak operate gergaji tu.. cuma fikiran je tak berapa nak betul. Maka jadila chainsaw massacre.. ngeee.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.304728s Gzip On
To Top