Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Apakah Punca Kentut Berbau Busuk?

10-9-2019 10:51 AM|fnz| Komen: 10

Gambar sekadar hiasan

Kentut merupakan sebatian gas dalam saluran pencernaan yang merupakan hasil sampingan proses pencernaan dan dibebaskan melalui dubur.

Ia dibebaskan dengan tekanan yang kuat atau perlahan, tanpa bunyi atau berbunyi yang keluar melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur secara sengaja atau tidak sengaja. Ini akan membebaskan gas dari rektum bahagian bawah.

Tidak mustahil ramai yang lebih rela jatuh pengsan daripada menghidu bau kentut orang lain, apatah lagi kalau terperangkap dalam kereta atau pun lif.

Tidak kurang juga ada di antara kita yang kadang-kadang sampai merah padam muka semata-mata untuk menahan kentut kerana bimbang baunya akan tersebar dan mendatangkan masalah lain pula.

Foto: news.au
Bunyi kentut yang perlahan menghasilkan bau yang lebih kuat. Adakah anda percaya dengan kenyataan ini?

Sebenarnya, bau kentut tiada kaitan dengan bunyi kentut yang kuat atau perlahan. Bau kentut bergantung kepada jenis makanan yang kita makan.

Merujuk kepada perkongsian Sinar, apabila mengambil pemakanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging, bau kentut lebih busuk berbanding dengan pengambilan sayur-sayuran.

Hal ini kerana di dalam daging, terdapat protein yang mengandungi sulfur lalu mengeluarkan gas berbau apabila diuraikan.

Oleh sebab itu, kentut haiwan karnivor lebih busuk berbanding haiwan herbivor seperti gajah.

Secara purata, manusia kentut sebanyak 4 kali sehari. Oleh itu, kentut bukan perkara yang memalukan, sebaliknya orang yang tidak kentut lebih daripada 10 kali sehari adalah orang yang pelik.

Foto : Sinar

Apabila menelan makanan, air atau air liur, udara turut masuk ke dalam tubuh akan terkumpul di dalam sistem pencernaan.

Udara yang memasuki tubuh badan perlu dikeluarkan kembali melalui sendawa atau pun kentut.

Kentut tidak berbahaya, tetapi jika anda sengaja kentut di depan orang, itu memang sengaja mencari bahaya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
0
0
Komen: 10
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : "Nak Muntah" - Challenge Terbaru Masukkan Boba Pearl Dalam Lubang Hidung

Komen Terbaru

Quote Psfzi 14-11-2019 01:06 PM
Sendawa lg busuk kot

Lain-lain Komen

Quote tupaiterbang 10-9-2019 12:18 PM
tanya haziq samada azmin punya kentut bau macam mana
Quote meisapoya 10-9-2019 01:21 PM
Kentut busuk tanda nak berak
Quote Gomea 10-9-2019 01:50 PM
Aku tak suka kalau orang sendawa. Mesti nak termuntah. Bau lagik busuk dari kentut
Quote CikB 10-9-2019 04:47 PM
mkn telur lagi semerbak bau dia
Quote Nokiaman 10-9-2019 07:44 PM
Pernah kentut sampai tercirit....nak kata apa...
Quote Jemahjemah 11-9-2019 01:36 AM
Gomea: Aku tak suka kalau orang sendawa. Mesti nak termuntah. Bau lagik busuk dari kentut


Sama la ! Ya ampunnn. Penah sorang uncle ni lalu depan aku. Selumber badak je dia sendawa kuat bunyi. Kuat jugak bau ya ampunnn. Tak beragk betol {:laugh
Quote puanbintang 17-9-2019 03:05 PM
dah makan memacam and tak hengat dunia memangla kentut bau busuk...
Quote Anonymous23 14-10-2019 10:22 AM
  • Human nature, nothing to care about



Quote prego 30-10-2019 08:46 PM
mak iols selalu cakap, kalo kentut busuk tu tanda nak kena pi yakkkk dulu, dah buang yakk tu hilang lahh bau benda alah tu
Quote Psfzi 14-11-2019 01:06 PM
Sendawa lg busuk kot

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top