Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Hadir Mesyuarat Sebab Anwar Tak Layan Permintaan - Zuraida

29-8-2019 11:43 AM Komen: 15
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan punca beberapa pimpinan parti tidak menghadiri mesyuarat parti.

Menurut BERNAMA, antara punca tindakan mereka itu disebabkan permintaan yang tidak dilayan Presiden parti berkenaan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, tiga pucuk surat yang dihantar kepada Anwar semuanya tidak mendapat maklum balas yang diharapkan.


Kredit foto: BH Online

"Untuk peringkat awal cukup saya katakan ada beberapa perkara yang kita buat permintaan pada presiden (Anwar) yang setakat ini beliau belum tunaikan.

"Ia adalah untuk bertemu presiden. Permintaan itu untuk kita berdamai dan selesaikan beberapa perkara...ia pertemuan presiden bersama anggota Majlis Pimpinan Pusat yang dipilih dalam pemilihan parti," katanya.

Tambahnya, kesemua surat itu dihantar ke pejabat presiden dan hanya surat pertama dijawab yang menyatakan Anwar ke Makkah.

Berikutan itu, mereka menghantar surat kedua disusuli surat ketiga pada Isnin lalu, namun hingga kini belum mendapat mendapat maklum balas Anwar.

Selain Zuraida, Pengerusi PKR Selangor yang juga Menteri Besar Amirudin Shari antara pimpinan yang tidak hadir ke beberapa mesyuarat parti termasuk Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada Ahad lalu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote zjen 31-8-2019 07:19 PM
uols hanya keluar PKR baru ada jalan,  next PRU bang non takan kasi chan

bang non pon kene keluar PH,   pisah dgn DAP dam Atok baru ada jalan

Lain-lain Komen

Quote sarah82 29-8-2019 11:55 AM
Angpa ni.. Byk sungguh bergaduh.. Jadi aku sebagai rakyat yg baik lagi berhemah.. Aku tambah stop popcorn, kuaci dan keropok.. Wakakaka.. Ni movie lama tapi versi kerajaan gitu.
Quote eizarz 29-8-2019 01:00 PM
kenapa nak pakai surat..tak boleh email ka...
Quote cmf_almondpecan 29-8-2019 01:11 PM
Oo itu ke puncanya. Sebelum ni, setiap kali ditanya kenapa tak gi meeting, dia jawab sbb sibuk dan ada majlis lain yg sgt penting.
Quote dess402 29-8-2019 01:44 PM
kesian mak lampir  ..  permohonan tak di layan .


Quote sidewinder 29-8-2019 01:46 PM
bg surat memang laa x layan.....post kat whatapps gerup laa.....geng2 PKR ni mesti ada .....kemonnnn bg surat2 ni zaman dulu
Quote abas8888 29-8-2019 03:00 PM
huk aloh...gi ajelah meeting tu..pastu berdamailah kat dalam meeting tu..aiyoo..kincing olang memang kena hari2 ka??? hahaha..
Quote dess402 29-8-2019 03:06 PM
rasa macam takde pun tak apa ..


Quote noraidil_06 29-8-2019 07:05 PM
eizarz: kenapa nak pakai surat..tak boleh email ka...

Wasap pun mahkamah terima dah
Quote Jagendas 29-8-2019 07:51 PM
dah left group wasap la ni
Quote anastasia7 29-8-2019 08:16 PM
eizarz replied at 29-8-2019 01:00 PM
kenapa nak pakai surat..tak boleh email ka...

Baru nak tanya juga.
Quote wirazam 29-8-2019 09:42 PM
apa nih...belum apa2 dah nak left2 group waka waka
Quote nono86 29-8-2019 10:04 PM
Bersara aje lah makcik oiii.. Tak pun tubuh parti sendirik
Quote Malaysia.Doom 30-8-2019 12:01 AM
Bang Non tu patut disingkirkan biar boleh masuk dlm kubur bersama Mahathir...lepas bergaduh la engko Dua ekor dlm kubur
Quote Atata 31-8-2019 06:00 AM
buruk2 BN takde plk bergaduh depan rakyat gni
Quote zjen 31-8-2019 07:19 PM
uols hanya keluar PKR baru ada jalan,  next PRU bang non takan kasi chan

bang non pon kene keluar PH,   pisah dgn DAP dam Atok baru ada jalan

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.778475s Gzip On
To Top