Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Artis Senior Hidup Melarat Di Hujung Usia Dan Karier - Delimawati

1-9-2019 08:15 AM|natrahn| Komen: 54

Dilema survival artis veteran - Nasib artis lama di negara ini jauh berbeza dengan apa yang ditekankan penggiat industri Hollywood. Semakin tua, mereka semakin dihargai dengan bayaran yang tidak pernah menyusut malah sering diberikan watak utama/penting. 

Berbeza di Malaysia, semakin tua seorang artis, khidmat mereka seolah dilupakan. Malah jika ada tawaran diberi, sekadar menjadi tempelan muncul beberapa babak atau paling kerap diberi watak menjadi orang gaji atau hantu.

Bagi mereka yang bergantung sepenuhnya terhadap bayaran lakonan untuk menyara keluarga, susah untuk meneruskan kehidupan. Ada dalam kalangan artis veteran suatu ketika dahulu popular tetapi kini hidup susah berikutan tiada pendapatan tetap.


Pelakon senior Delimawati berasa sedih mengenangkan nasib segelintir rakan seperjuangannya yang berdepan kesukaran hidup ketika dihujung karier mereka.

"Kadang tu nak belanja pun tak ada duit, kita kasihan... jadi kita minta jaga kebajikan kami, ni nak duduk rumah pun tak ada, " katanya memetik laporan dari mStar.

Sebagai pelakon senior, mereka tidak menuntut dibayar dengan harga yang tinggi. Cukuplah ianya berbaloi dan setimpal dengan kerja yang mereka lakukan. Malah mereka tidak pernah 'demand' dan mutu kerja pelakon senior bukanlah cincai-cincai atau lebih kurang sahaja.

Artis lama seperti mutiara walaupun tidak digilap ia tetap bersinar dan berharga. Tetapi itulah dunia hiburan, ada naik dan turunnya juga. Artis veretan ini akan diingati dan diberi penghargaan apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Delimawati terkejut tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular

Dalam perkembangan lain, pelakon yang berasal dari Perak yang popular dengan watak sebagai 'Hantu Kak Limah' akan bersaing dengan empat lagi pelakon popular iaitu Erra Fazira, Hannah Delisha, Mira Filzah dan Uqasha Senrose kerana turut tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32).

Beliau bersyukur kerana turut tercalon dan mengharapkan kemenangan. Selamat Maju Jaya Delimawati.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 54
Komen

Previous : Sering Dituduh Kononnya Gila, Tasha Shilla Kembali Aktif Dalam Industri

Next       : Noki K-Clique Suka Gadis Bertudung, Tak Ada Perasaan Dengan Emma Maembong

Komen Terbaru

Quote am2020 8-9-2019 03:45 AM
masa tgh meletup...tgh mencanak x ingat dunia..dah tua..dah x laku..baru tersedar..dah terlambat..byk artis malaysia cam tu..x heran pon ...

Lain-lain Komen

Quote che-cikL 1-9-2019 09:43 AM
"Kadang tu nak belanja pun tak ada duit, kita kasihan... jadi kita minta jaga kebajikan kami, ni nak duduk rumah pun tak ada, " katanya memetik laporan dari mStar.

Pasal jaga kebajikan  tu setuju lah.. tapi pasal rumah tu tak setuju. Rumah tu masa muda kena usaha menyimpan, bukannya persatuan nak kena fikir kat mana rumah nak bagi artis veteran duduk.
Quote harkktuih 1-9-2019 10:23 AM
Maaflah yer, korang sendiri yang tak beringat time berduit. Jangan salahkan market yang katanya tak hargai retis senja2 ni. Kejadah nak jaga kebajikan korang plak time dah tua? Ko ingat jadi retis ni tanggungjawab masyarakat nak jaga ko sampai tua?
Quote tagas 1-9-2019 10:35 AM
mudah nye jadik retis

da mcm mengemis kalo tua idop susah n melarat

konon acah byk jasa dgn hiburkan org

time lebat joli katak tak hingat doniah
Quote emera 1-9-2019 10:41 AM
Masing2 masa muda berlagak tak ingat... dah tua, mengemis mintak orang jaga... simpan la duit tu, bukan berjoli tayang menayang. Beli rumah dulu, tak mewah tak apa. Ni memasing tak nak kalah.. dah tua menrempat mengemis.
Quote hzln 1-9-2019 11:09 AM
Kurang2nya retis tua tu mmg betul2 susah, nampak valid juga la nak mengemis mintak simpati pun
Ni yg muda2 ni pun
Sama juga mengemis
Mengemis mintak sponsor
Takda rasa malu langsung
Nak menda2 bayarrrrr la, ni org yg bertatih cari makan buat bisnes kecik2 yg nak kena sponsor dia
Mmg layak dikasi pelempang saja manusia gini


Quote September14 1-9-2019 11:29 AM
Artis2 senior yg melarat ni jnis yg single xde ank ke... klu x mesti ank dah tlg kn atleast kehidupan biasa2 mcm netizens.. ke melarat artis ni ala2 x mmpu duk kondo.. kira duk pprt dah kira melarat?
Quote wookiehoney 1-9-2019 11:35 AM
semoga kak limah menang

ehh


tapi apa pun, yg senior masa muda beringatlah
kenalah menyimpan beil aset

yg muda skrg tgk contoh teladan retis2 lama. jgn tau joli katak aje
Quote shernazz 1-9-2019 11:51 AM
Bagi link.utk kak limah diundi uolsss..
Quote gummiebear 1-9-2019 11:58 AM
shernazz replied at 1-9-2019 11:51 AM
Bagi link.utk kak limah diundi uolsss..

Nah chuols

https://www.abpbh.com.my/undian/am/pelakon-filem-wanita-popular

Gigih yachh iols mengundi kak limah
Quote shernazz 1-9-2019 12:00 PM
gummiebear replied at 1-9-2019 11:58 AM
Nah chuols

https://www.abpbh.com.my/undian/am/pelakon-filem-wanita-popular

Hahaha
Melawan arus sikit
Asik retis muda je kan menang
Quote gummiebear 1-9-2019 12:21 PM
shernazz replied at 1-9-2019 12:00 PM
Hahaha
Melawan arus sikit
Asik retis muda je kan menang

Haha kann.. bagi lah can kak limah pulak merasa
Quote beta_carotene 1-9-2019 12:52 PM
kak limah mmg berlakon best
tp ingatkah uols kak limah dulu pernah masuk jel? mmg berliku2 hidup kak limah ni
x sangka boleh jadi popular di hujung usia.. gitcheww
Quote bluebutter 1-9-2019 01:03 PM
beta_carotene replied at 1-9-2019 12:52 PM
kak limah mmg berlakon best
tp ingatkah uols kak limah dulu pernah masuk jel? mmg berliku2 hidup ka ...

Case ape tu minyak beta carotene hehehe
Quote bluebutter 1-9-2019 01:03 PM
beta_carotene replied at 1-9-2019 12:52 PM
kak limah mmg berlakon best
tp ingatkah uols kak limah dulu pernah masuk jel? mmg berliku2 hidup ka ...

Case ape tu minyak beta carotene hehehe
Quote RatuDunia94 1-9-2019 04:40 PM
Its about time produser flem malaysia menerbitkan filem utk watak utama utk pelakon2 veteran.. cthnya PASKAL or POLIS EVO versi veteran pencen..
Quote natrahn 1-9-2019 05:06 PM
RatuDunia94 replied at 1-9-2019 04:40 PM
Its about time produser flem malaysia menerbitkan filem utk watak utama utk pelakon2 veteran.. cthny ...

setuju...asyik cerita org muda je...
Quote syidasaleh 1-9-2019 05:25 PM
hzln replied at 1-9-2019 11:09 AM
Kurang2nya retis tua tu mmg betul2 susah, nampak valid juga la nak mengemis mintak simpati pun
Ni y ...

Betul u. Yang muda2 gigih mintak sponsor tu macam mana la msa tua nnt. Nak apa2 tak nak usaha. Main mintak je. Lain la mmg sponsor yang mencari.
Back to the topic, bayaran tu kan ikut zaman. Zaman 80an punya rate jgn la banding dgn zaman now. Tp zaman tu kalau dah start menyimpan kat asb tak ke dpt untung byk. Kalau joli sakan tak dapek la menolong
Quote blackpaper 1-9-2019 05:49 PM
hisss artis malaysia ni...tua muda manjang nak mengemisssss......ada duit bejoli sakan...
Quote Quinharley 1-9-2019 06:15 PM
gigih aku undi hantu kak limah ni.

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.144072s Gzip On
To Top