Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Murid Sekolah Rendah Makan Sarapan Percuma Mulai 2020

Tukang Tulis|28-8-2019 10:50 AM Komen: 23
Murid-murid sekolah rendah di seluruh negara akan menikmati sarapan percuma mulai 2020 (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook
Kos yang ditanggung ibu bapa untuk perbelanjaan anak-anak di sekolah rendah dapat dijimatkan ekoran langkah Kementerian Pendidikan menyediakan sarapan percuma mulai tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melalui laman Facebook beliau pada 26 Ogos.

Beliau memberitahu, Kementerian Pendidikan amat mengambil berat tentang aspek pemakanan murid serta sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan perut murid-murid diisi dengan makanan berkhasiat.

"Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. 

"Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma," jelasnya.

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan selama ini lebih bertumpu kepada murid-murid dari keluarga kurang berkemampuan (gambar hiasan). Kredit foto: Astro Awani
Pengumuman itu disambut baik oleh para netizen kerana ia bukan sahaja mengurangkan kos belanja sekolah anak-anak, malah menjimatkan masa yang digunakan untuk menyediakan bekalan makanan pada waktu pagi.

Kredit foto: Facebook
Tidak kurang juga yang mencadangkan penambahbaikan seperti memperluaskan program sarapan percuma ke sekolah menengah dan mengkaji semula waktu rehat yang dikatakan terlalu pendek sehingga menyebabkan murid-murid tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjamu selera.

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Mungkin lebih berkesan sekiranya cadangan-cadangan penambahbaikan dikemukakan terus kepada pihak sekolah yang terlibat secara langsung dari segi pelaksanaan memandangkan Kementerian Pendidikan hanya bertindak sebagai pembuat dasar. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote DARSITA 30-8-2019 10:36 PM

Budak sekarang bawa duit lets say $5 sehari so seminggu dah $25 sebulan? setahun?

Ni kalau ada satu anak kalau dua tiga anak?

Dah duit belanja ni agak agak mak ayah boleh buat tabungan or buat belanja benda lain pulak?

Lain-lain Komen

Quote hussaini4675 28-8-2019 10:50 AM
Murid-murid sekolah rendah di seluruh negara akan menikmati sarapan percuma mulai 2020 (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook


Kos yang ditanggung ibu bapa untuk perbelanjaan anak-anak di sekolah rendah dapat dijimatkan ekoran langkah Kementerian Pendidikan menyediakan sarapan percuma mulai tahun depan.


Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melalui laman Facebook beliau pada 26 Ogos.


Beliau memberitahu, Kementerian Pendidikan amat mengambil berat tentang aspek pemakanan murid serta sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan perut murid-murid diisi dengan makanan berkhasiat.


"Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara.


"Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma," jelasnya.


Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan selama ini lebih bertumpu kepada murid-murid dari keluarga kurang berkemampuan (gambar hiasan). Kredit foto: Astro Awani


Pengumuman itu disambut baik oleh para netizen kerana ia bukan sahaja mengurangkan kos belanja sekolah anak-anak, malah menjimatkan masa yang digunakan untuk menyediakan bekalan makanan pada waktu pagi.


Kredit foto: Facebook


Tidak kurang juga yang mencadangkan penambahbaikan seperti memperluaskan program sarapan percuma ke sekolah menengah dan mengkaji semula waktu rehat yang dikatakan terlalu pendek sehingga menyebabkan murid-murid tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjamu selera.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook


Mungkin lebih berkesan sekiranya cadangan-cadangan penambahbaikan dikemukakan terus kepada pihak sekolah yang terlibat secara langsung dari segi pelaksanaan memandangkan Kementerian Pendidikan hanya bertindak sebagai pembuat dasar. - CARI
Quote RatuDunia94 28-8-2019 11:01 AM
Harap org kantin x masak sambil lewa lah sbb free kan.. budak makan ke tak duit tetap dapat.. lain lah kena beli.. hmm..
Quote supermum 28-8-2019 11:09 AM
Good idea. Breakfast simple je mcm wholemeal bread dgn susu pun ok. Heavy sangat kang mengantuk pulak hehehe
Quote MayaDelaRosa 28-8-2019 11:35 AM
Sarapan utk pagi..Murid sekolah petang xde free ke..
Quote chicozinn 28-8-2019 11:39 AM
supermum replied at 28-8-2019 11:09 AM
Good idea. Breakfast simple je mcm wholemeal bread dgn susu pun ok. Heavy sangat kang mengantuk pula ...

setuju..kalu bagi sandwich ngan susu pun da ok sgat da xpayah nak heavy smpai kena masak2 sume..

Quote nononcrux 28-8-2019 11:41 AM
supermum replied at 28-8-2019 11:09 AM
Good idea. Breakfast simple je mcm wholemeal bread dgn susu pun ok. Heavy sangat kang mengantuk pula ...

betul tu.. pagi2 makan nasi berat betul mata nak bukak nanti jadi isu plak..haha
biar la menu tu ala2 ringkas je.. jnji isi perut..
Quote Artemesiaa 28-8-2019 11:42 AM
MayaDelaRosa replied at 28-8-2019 11:35 AM
Sarapan utk pagi..Murid sekolah petang xde free ke..

Ada je untuk sesi pagi dan petang
Quote Artemesiaa 28-8-2019 11:43 AM
Factor penjagaan quality dan tahan kebersihan harus sentiasa diutamakan untuk elak kes keracunan makanan
Quote Malaysia.Doom 28-8-2019 11:46 AM
Makin Membiak la Melayu PPRT dan Ketuanan macam @Modngengade
Quote smartaleck07 28-8-2019 11:56 AM
hopefully implementationnya nanti effective.. kalau tak, cikgu2 akan mengamok.. huhu
Quote EmaAsmadi 28-8-2019 12:53 PM
Akhirnya maslee ada keluarkan idea bernas
Quote lostfaith 28-8-2019 02:49 PM
Jangan uturn sudah....budak sekolah ada berapa juta orang..300 hari setahun lebih kurang persekolahan......
Quote Melorqe 28-8-2019 02:50 PM
baik buat poll la kat sekolah2 .
kalau dah murid pun 700 orang 1 seisi, kalau 50% tak mau sarapan pagi dah jadi membazir
bagi kat yang betul2 nak makan.
Quote waz 28-8-2019 03:04 PM
bukan nak buruk sangka...
tp kalu benda ni buat kat mesia macam2 bole jadi..
mak pak komplen mknn tak khasiat la... low standard la...
ramai yg spesis bg betis nak peha...
blom masuk supplier yg masak cincai nak untung....
ujung2 jadi kes politik... aku rasalaaaa
Quote hussaini4675 28-8-2019 03:15 PM
Syukur alhamdulillah
Quote apam 28-8-2019 03:28 PM
Terbaik dari menteri mazlee malik untuk rakyat. Prestasi yang membamggakan
Quote akusukaq 28-8-2019 05:53 PM
Edited by akusukaq at 28-8-2019 06:03 PM

kene la pantau dr masa kemasa mutu makanan yg diberi.kalu setakat nasi goren , mihun , mee , kuetiow kicap je apa la khasiat nya
Quote R2D2 28-8-2019 06:36 PM
Kiranya parents sekarang bagi duit poket anak setiap hari RM4
Quote ninja9 28-8-2019 08:52 PM
Aku rasa untuk kawal mutu dan lebih jimat kenapa tidak setup terus dapur sekolah dan pekerja yang bekerja disekolah dibawah kementerian pelajaran sama spt di jepun yang forumer tepek videonya arit tu.

aku tak percaya pembekal2 ini semua konsisten dan sebab mereka ini peniaga keuntungan menjadi keutamaan. ada kemungkinan kualiti akan menurun drastik sekiranya kurang pemantauan atau pemantau itu tutup mata sebab dah dapat duit kopi.

idea bagus tetapi pelaksanaannya membimbangkan.. kemungkinan sebahagian besar peruntukan itu tak sampai kepada pelajar


aku percaya management, kualiti dan value makanan yang pelajar dpt dari  dapur sekolah spt ini yang tidak mementingkan keuntungan adalah lebih baik.


Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.282721s Gzip On
To Top