Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Sering Dituduh Kononnya Gila, Tasha Shilla Kembali Aktif Dalam Industri

13-9-2019 12:09 PM|natrahn| Komen: 96

Membuka lembaran hidup baharu selepas bebas daripada depresi, Tasha memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadi kepada umum.

Kredit Foto : Instagram Tasha Shilla

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama 'Gemilang', Tasha Shila, kini lebih berhati-hati untuk berkongsi isi hati, malah sedaya mungkin cuba mengelak daripada terlalu terbuka meluahkan kisah peribadi. 

"Dahulu, saya teruja dan ghairah berkongsi apa sahaja perkara, termasuk hal peribadi. Mungkin kerana usia masih muda, saya tidak berfikir panjang, sedangkan tanpa saya sedari, tindakan itu sebenarnya memakan diri."



"Sekarang saya lebih selesa hanya berkongsi perkara berkaitan kerjaya. Selebihnya, biar saya simpan sendiri. Cara itu membuatkan saya lebih bahagia,” kata pelakon yang kini menyerlah menerusi drama, Kau Yang Pertama siaran slot Akasia di TV3 memetik laporan dari Berita Harian.

Menyifatkan dirinya semakin matang, Tasha berkata, keputusan tersebut diambil kerana enggan lagi terpalit dengan kontroversi negatif.

Pengalaman berdepan kemurungan juga membuatkan dia lebih berhati-hati memilih kawan.

“Apa yang berlaku membuka mata saya untuk mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Ketika saya jatuh dan sakit, keluarga menjadi nadi yang menguatkan semangat saya untuk kembali bangkit meneruskan hidup."

Tasha bersama kedua ibu bapanya

Dedahnya, sepanjang melalui proses rawatan tidak ramai kenalan yang tampil membantu, sebaliknya masing-masing semakin menjauhkan diri.

Tasha yang suatu masa dahulu pernah menyandang gelaran antara pelakon pilihan untuk watak heroin  sehingga  pernah memenangi trofi Artis Baharu Wanita Popular, pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011.

Seiring dengan perubahan positif kehidupannya, Tasha membuat keputusan untuk kembali berlakon dan memeriahkan industri seni. Selamat maju jaya Tasha Shilla. Percayalah. Setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 96
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : Anak Perempuan Nana Mahazan Diejek Selekeh Lagi, Muka Macam Binatang

Komen Terbaru

Quote nellyberry 20-9-2019 05:39 PM
Dia ni betul pelakon.
Bila dia belakon jadi jahat mmg rasa benci sangat kat dia.
Harap ambik iktibar la dari kisah silam.
Jual bakat je, tak payah jual produk.
Dah ramai sangat artis sekarang tapi ramai yg jual produk dari bakat.

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 13-9-2019 01:01 PM
suka tgk dia berlakun cerita apa tah dgn fahrin ahmad tuh (fahrin tuh gangster tp tasha xtau)....
Quote Boomibulat 13-9-2019 01:04 PM
msdummy.2018 replied at 13-9-2019 01:01 PM
suka tgk dia berlakun cerita apa tah dgn fahrin ahmad tuh (fahrin tuh gangster tp tasha xtau)....


Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..
Quote minahmanja 13-9-2019 01:47 PM
Boomibulat replied at 13-9-2019 01:04 PM
Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..

ahahhahahahaa... tersembur air aku weiii
Quote chenta_dewi 13-9-2019 02:18 PM
Boomibulat replied at 13-9-2019 01:04 PM
Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..

Kah kah..myempat kelako
Quote Cable 13-9-2019 02:28 PM
Boomibulat replied at 13-9-2019 05:04 AM
Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..

x lwk pn...x tau ckp x tau
Quote dekmieDandy 13-9-2019 03:13 PM
juling
Quote chicozinn 13-9-2019 03:30 PM
Boomibulat replied at 13-9-2019 01:04 PM
Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..

ahahahhahahaha..bangkai tol..
Quote didinfriends 13-9-2019 03:38 PM
Puting dah buat alignment ke belum?
Quote cikatilia 13-9-2019 03:39 PM
msdummy.2018 replied at 13-9-2019 01:01 PM
suka tgk dia berlakun cerita apa tah dgn fahrin ahmad tuh (fahrin tuh gangster tp tasha xtau)....

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abang_Samseng_Jemur_Kain


Quote Tukul.Besi 13-9-2019 03:41 PM
(')(.)

Quote jalfa 13-9-2019 03:41 PM
Aku suka tengok dia berlakon...ok bye
Quote siput_gondang 13-9-2019 03:45 PM
Aku suka ja tgk dia berlakon. Ada feels. Dh matang ni jgn buat hal plak ye tasha.
Quote Gomea 13-9-2019 03:49 PM
Boomibulat replied at 13-9-2019 01:04 PM
Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..

Hampeh ko. Hahahaha
Quote BlueRose99 13-9-2019 03:51 PM
Suka tengok lakonan dia.. Akasia TV3 pukul 7.00pm.. 'Kau Yang Pertama'..
Quote natrahn 13-9-2019 04:13 PM
Boomibulat replied at 13-9-2019 01:04 PM
Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..

antara cara nak ilang stress baca komen kat forum ni ha... hilang anxiety hahahaha
Quote natrahn 13-9-2019 04:14 PM
didinfriends replied at 13-9-2019 03:38 PM
Puting dah buat alignment ke belum?

la..alignment dia lari? sungguh ka??
Quote ikanmasin 13-9-2019 04:19 PM
Boomibulat replied at 13-9-2019 01:04 PM
Tajuk dia 'Suamiku gangster isteri tak tahu'..

terketawa akk ingatkan sungguhla tajuk ko bagi tu betul
Quote kopiah 13-9-2019 04:33 PM
as pelakon..better tak perlu nak up sangat pasal hal diri....insyaallah
Quote epis 13-9-2019 05:26 PM
Saya mmg dari dulu suka lakonan dia, bermula gemilang, ramadan terakhir, bunga april, dan mcm2 lagi la.. cuma masa kontroversi dia tu mmg teruk2, keadaan dia pon x terurus dgn rebel dok pki baju tyg sana sini... lately ni nmpk la dia nk bina blk career dlm industri..

Lihat semua komen(96)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.137972s Gzip On
To Top