Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Aug
26

Cipta Logo CARI Dan Menang Wang Tunai RM1,000

26-8-2019 11:30 AM| Komen: 6

Wow! CARI Sudah Berusia 23 Tahun!

Bersempena ulang tahun ke-23 CARI.com.my pada tahun ini, kami mengajak anda serlahkan kreativiti untuk menghasilkan logo CARI yang baharu!

Mana tahu rekaan logo anda akan menang dan dijadikan logo rasmi CARI yang baharu!

Menerusi peraduan ini, pemenang utama akan memenangi wang tunai RM1,000!

Manakala, pemenang untuk Logo Paling Popular yang diundi sepenuhnya oleh user CARI bakal mendapat wang tunai RM300.



Bagaimana untuk sertai?

- Peraduan berlangsung dari 26 Ogos hingga 30 September 2019
- Logo CARI haruslah memiliki imej korporat dan serius
- Logo wajib ada perkataan 'CARI' 
- Logo baharu haruslah tidak berbeza sepenuhnya dengan logo semasa untuk elak kekeliruan user CARI

Spesifikasi logo

- Logo haruslah dihantar dalam format PNG
- Dimensi yang diperlukan adalah 800px tinggi ATAU 800px lebar
- Fail yang dihantar haruslah boleh diakses menggunakan Adobe Illustrator

Terma dan syarat

- Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah pada 30 September 2019
- Hantarkan penyertaan ke alamat emel contest@cari.com.my bersama maklumat peribadi anda
- Dengan menghantar penyertaan tersebut, peserta setuju untuk memberikan hak eksklusif dan hakcikpta kepada CARI untuk apa jua kegunaan 
- Pemenang boleh menyimpan logo untuk kegunaan portfolio anda

- Isikan butiran peribadi seperti berikut:
  -Nama seperti dalam MyKad/ Passport
  -Nombor MyKad/ Passport
  -Nombor telefon

- Nama pemenang akan diumumkan pada 15 Oktober 2019
- Hadiah wang tunai akan dikreditkan 15 hari selepas pemenang diumumkan
- Pihak CARI berhak memanjangkan tempoh peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak
- Pihak CARI berhak mengubahsuai mekanisme peraduan, menarik balik atau menghentikan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu
- Pihak CARI sendiri yang akan memilih pemenang utama secara mutlak

Hadiah dan pemenang

- Satu pemenang utama akan dipilih secara mutlak oleh pihak CARI dan akan memenangi wang tunai RM1,000
- Manakala, satu pemenang Logo Paling Popular akan dipilih menerusi undian oleh user CARI dan akan memenangi wang tunai RM300
- Hanya pemenang utama yang akan digunakan sebagai logo CARI yang baharu

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote prizadane 27-8-2019 11:23 PM
Fuh..tua dah cari ni. Iols baru umur 8 tahun.

Lain-lain Komen

Quote syadq 26-8-2019 11:44 AM
Buat logo guna power point je saya reti
Quote RatuDunia94 26-8-2019 12:29 PM
Lukis kat kertas pastu pos boleh tak?
Quote KIM.K 26-8-2019 08:10 PM
Waaaaaaa..chuols taktau ke iols bertapa berbulan2 taw nak siapkan satu grafik berkualiti..sekarang tasty nak join contest lak uhu
Quote AmirulFirdausR 27-8-2019 05:27 PM
Kalau Designer macam saya ni sehari kena buat 5 logo pun takde hal. Harap boleh menang seribu nak guna utk Bayar yuran pengajian
Quote beta_carotene 27-8-2019 10:19 PM
RatuDunia94 replied at 26-8-2019 11:29 AM
Lukis kat kertas pastu pos boleh tak?

hadiah nya menyedihkan sis.. takpayah lah susah2 pos
Quote prizadane 27-8-2019 11:23 PM
Fuh..tua dah cari ni. Iols baru umur 8 tahun.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.074798s Gzip On
To Top