Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Air Di Malaysia Tercemar Teruk Sampai Ikan Pun Jadi Gay!

HakirRahman|29-8-2019 11:35 AM Komen: 38
Selepas pencemaran sungai yang teruk yang berlaku di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini, orang ramai mula bimbang dengan keselamatan air yang digunakan mereka. 

Kebimbangan ini sebenarnya berasas, kerana memang banyak sumber air negara tercemar sampai produk penapis air sudah banyak digunakan orang di rumah mereka. 

Air Di Malaysia Tercemar Teruk Sampai Ikan Pun Jadi Gay!

Baru-baru ini, dilaporkan The Malaysian Insight, kenyataan Profesor Ahmad Zaharin Aris dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan hasil kajian yang mengejutkan. 

Profesor Ahmad Zaharin Anis mendedahkan ikan sudah jadi gay. Foto: Google

Dia mendapati banyak sumber air negara tercemar teruk sampai bahan kimia di dalamnya mengubah jantina/kecenderungan ikan. Pendek kata, ikan berubah jadi gay- jantan tertarik dengan jantan, betina dengan betina. Malah, ada ikan yang dilahirkan dengan organ berbeza, ikan jantan dengan organ pembiakan betina dan sebaliknya, macam ikan khunsa la! 

"Ia mengubah kecenderungan seksual ikan dengan mengacau hormonnya supaya jantan tertarik kepada jantan dan betina kepada betina. Pendek kata, ikan gay dan lesbian," katanya. 

Ikan pun jadi gay. Foto: Google

Perubahan jantina ikan ini disebabkan bahan kimia "pengacau endokrin" (EDC) yang mengubah hormon ikan dan memberi kesan kepada sistem pembiakan mereka. 

Paling bahaya, EDC yang berada dalam tubuh ikan tidak dileraikan bila dimakan manusia, sebaliknya terkumpul dan dalam jangka masa panjang memberi kesan kepada kesihatan manusia yang memakannya. 

Sistem Endokrin manusia. Foto: Google

Antara kesan kesihatan yang boleh timbul adalah peningkatan risiko kanser, masalah sistem pembiakaan orang dewasa dan menyebabkan kanak-kanak bantut. 

EDC ini terhasil dari beberapa sumber seperti industri ubat-ubatan dan kosmetik seperti deodoran, pencuci muka dan ubat-ubatan. Jadi, bila kita guna produk yang mempunyai EDC ini, ia akan mengalir masuk ke dalam sumber air kita. 

Industri kosmetik berbahaya! Foto: Google

Bagaimanapun, kata Profesor Ahmad, tahap penerimaan badan individu berbeza, tetapi dia menasihatkan supaya pengguna mengurangkan pengambilan ikan untuk kesihatan masa depan. 

"Jika anda kerap makan ikan, anda perlu kurangkan. Seorang dewasa seberat 80kg hanya boleh makan dengan selamat sekilo ikan tetapi kanak-kanak tidak boleh sebanyak itu. Semua orang ada tahap penerimaan berbeza." katanya.

Fuh, ikan pun jadi gay. Anda suka makan ikan? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote -Suri- 3-9-2019 12:51 AM
So pasni senang la yg gay2 tu nak justify

Lain-lain Komen

Quote Kurex 29-8-2019 11:37 AM
Adakah aku dah tercemar?
Quote RatuDunia94 29-8-2019 11:38 AM
Ayoooo... so gay lesbian bukan disebabkan hawa nafsu semata khennn... see ikan pon boleh songsang..
Quote Artemesiaa 29-8-2019 11:45 AM
Ooo gosh
Quote bulan_gerhana 29-8-2019 11:49 AM
hui,,, makan ikan pun dah x selamat... dulu ade article kata makan ayam ari2 pun x selamat.. abih nak makan apo..?? ubi kayu je ka??? tulur ja ka??
Quote sarah82 29-8-2019 11:58 AM
Nanti asdan masuk dan komen suruh angpa makan daun dan buah. Dia saja boleh makan telur
Quote tagas 29-8-2019 12:00 PM
mkn apa pon tabley skang ni

suma beracun & memudaratkan
Quote mdhelmi 29-8-2019 12:02 PM
bulan_gerhana replied at 29-8-2019 11:49 AM
hui,,, makan ikan pun dah x selamat... dulu ade article kata makan ayam ari2 pun x selamat.. abih na ...

makan rasuah
Quote abangbikerz 29-8-2019 12:04 PM
Suruhlah ikan2 tu baca quran dan puasa insyallah tak jadi gay
Quote Mfzg89 29-8-2019 12:05 PM
sajat dah ada geng..
Quote Boomibulat 29-8-2019 12:10 PM
So LGBT bkn jarum halus yahudi dan nasoro la..terjadi secara alamiah gitu
Quote Skuau 29-8-2019 12:16 PM
bulan_gerhana replied at 29-8-2019 11:49 AM
hui,,, makan ikan pun dah x selamat... dulu ade article kata makan ayam ari2 pun x selamat.. abih na ...

'Makan hati'....jer la....
Quote ninja9 29-8-2019 12:17 PM
Bolehkah jd asas untuk kata antara faktor penyebab lgbt  ni semua adalah kerana perubahan kimia dlm badan dan tidak semata2 faktor persekitaran
Quote haryatie 29-8-2019 12:21 PM
apa yg bleh dimkan
da semua tercemar
nak makan hati...hati pun dah hancur
Quote matchstick 29-8-2019 12:28 PM
Nt ikan pun nk buat himpunan menuntut hak kesamarataan utk spesis lgbt. Bila semua ikan pergi perhimpunan kesian nelayan xdak ikan nk ditangkap
Quote ziezot 29-8-2019 12:46 PM
Patutla ramai sgt lesbian gay la ni... Logik la kot ramai confuse jantina. Kite duk pakai bende kimia ni hari2
Quote ajinomotonosuga 29-8-2019 12:48 PM
RatuDunia94 replied at 29-8-2019 11:38 AM
Ayoooo... so gay lesbian bukan disebabkan hawa nafsu semata khennn... see ikan pon boleh songsang..

Nko nii..manusia gay lesbo sb nafsu

Ikannnn sebab dna dah kacau..toksik gitu

Manusia klo toksik bioloji pun takat sakit fisikal tp MINDA dia tak kaco pun

Ikan mna pose..mna leh tahan lapaq..tak sambut raya pose..tadak bank..tadak kwsp..tadak kpop n nasyiddddd ..tu ikan

Darah kotor sb toksik..takat sikit body bleh tolerate n buang..tp klo bnyk lelama kenser

Ko mkn garam ..cooking salt..mende nii guris ur blood vein..jadi nipis..n bleh bocor..explode so body ko AUTOMATIC mcm apa tuhan cipta ..anto CHOLESTEROL..tutup..cover..simen

Lama lama saluran tu sendat..srmpit..darah tersekat..jantung pammmm kuat lai nk suh darah jalan..pe jadi? Darah tinggi..pitam..serangan jantung..stroke!!

Ko bleh amalkan BEKAM..buang darah kotor yg byk toksik n asidic..darah kne alkaline skitttt ok..so jaga ur SALT INTAKE

Sugar buat body asidic..bila asidic kenser build up..mudah sakit..body kne alkaline skit

Our FOODS are our best MEDICINE..body ada SELF HEALING mekanisma.

Quote bulan_gerhana 29-8-2019 01:03 PM

aha.... kang idup x berkat pulak... hik hik hik
Quote bulan_gerhana 29-8-2019 01:05 PM
Skuau replied at 29-8-2019 12:16 PM
'Makan hati'....jer la....

hahah makan hati pulak..

kang mental pulak... mereng
Quote JunkMail 29-8-2019 01:19 PM
Adakah ini propaganda nak suruh kita jadi vegetarian???

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.326708s Gzip On
To Top