Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Hutan Hujan Tropika Tertua Dunia - Royal Belum Masih Kekal Dara

17-9-2019 11:00 AM|Oleh: natrahn| Komen: 45

Hutan Kekal Dara - Taman Negara Royal Belum merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia dan mempunyai keluasan 117,500 hektar dengan usia lebih 130 juta serta bersempadan dengan Thailand di utara dan Kelantan di timur.


Kredit foto: Google

Royal Belum telah diwartakan sebagai kawasan dilindungi oleh Kerajaan Perak pada Mei 2017 dan diuruskan Perbadanan Taman Negeri Perak. 

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi air terjun di 12 lokasi menarik, aktiviti merentasi hutan, berkhemah, berkayak, berakit, melihat spesis burung enggang, menghayati kehidupan fauna dan flora.

Memetik laporan Sinar Harian, aktiviti memerhati burung semasa musim burung merupakan salah satu tarikan di Royal Belum seperti yang dimaklumkan oleh renjer Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohd Yusri Abdullah Sani. 



Kredit foto : Perak Today - Burung Enggang merupakan burung yang paling menarik perhatian peminat burung di Royal Belum

Semasa musim memerhati burung dari bulan Julai hingga September, jurugambar alam semula jadi dari seluruh pelosok dunia akan berkumpul di Royal Belum untuk memastikan mereka mendapat gambar paling cantik. 

Tasik Temenggor merupakan tarikan untuk pemancing yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan menangkap spesies ikan seperti 'hampala' dan ikan gergasi berkepala ular atau ikan lumpur. 


Kredit foto : Majalah Pancing - Ikan haruan turut ada di Tasik Temenggor, Royal Belum


Kredit Foto - Orang Perak - Tasik Temenggor, tasik kedua terbesar di Malaysia

Bagi sesiapa yang ingin bermalam di Tasik Temenggor, bolehlah menyewa 'rumah bot' dan merasai suasana malam yang sunyi dan udara nyaman tasik yang begitu mengasyikkan.


Kredit foto : Google - Antara perkhidmatan rumah bot di Royal Belum

Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, orang asli dari kumpulan etnik Jahai turut mendiami hutan Royal Belum. Mereka tinggal di tebing Sungai Klewang, di mana sungai tersebut dijadikan sumber air dan makanan serta jalan perhubungan untuk ke dunia luar. 



Kredit Foto : Google - Perkampungan orang asli di Sungai Klewang, Kg. Klewang, Royal Belum

Tarikan lain di Royal Belum adalah seperti menjejak bunga Rafflesia, merentasi hutan ke Santuari Ikan Sungai Ruok dan bermandi-manda bersama spesis ikan di air terjun sungai berkenaan. 


Kredit foto : Harian Metro - Rafflesia bunga terbesar di dunia hidup subur di sini

Kredit foto : BH Online - Aktiviti mandi bersama ikan di Sungai Rouk

Ini termasuk dapat melihat hidupan liar mahupun melawat Salt Licks yang menjanjikan keseronokan tersendiri.


Kredit foto : Google - Salt Licks tempat haiwan menjilat garam mineral

Royal Belum sememangnya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar untuk dilakukan di samping memberi ketenangan jiwa buat anda kerana dikelilingi hutan tebal dan jauh dari kesibukan bandar.

Apa tunggu lagi, segeralah merancang percutian anda ke Royal Belum untuk merasai sendiri panorama hutan penuh kehijauan, pemandangan indah, damai dengan bebas menghirup udara segar yang menyamankan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 45
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : Cantiknya Masjid Lapan Kubah Di Terengganu, Macam Di Rusia!

Komen Terbaru

Quote diss69 10-11-2019 07:02 PM
Akk minat tmpt2 cam gini, tp suami xberminat.. Xpe laa akk nengok gmbr2 or video pon dh menyeronokkan..

Lain-lain Komen

Quote sarah82 17-9-2019 11:08 AM
Mcm teringin nak pi
Quote GigaMom 17-9-2019 11:15 AM
Baru baca thread cek dara guna 2 jari lepas baca dr amalina komplen ttg llki mlyu yg taksub dara
Ni hutan pun nak tekan kn dara juga
Penting sgt dara tu
Apa bahasa melayu ni dh xdak perkataan lain
Quote natrahn 17-9-2019 11:40 AM
GigaMom replied at 17-9-2019 11:15 AM
Baru baca thread cek dara guna 2 jari lepas baca dr amalina komplen ttg llki mlyu yg taksub dara
Ni ...

hihi..nak perkataan ringkas...kita tukar virgin lah ( gurau )
Quote Boomibulat 17-9-2019 11:41 AM
Cmana org asli blh ada kat sana ye..
Quote ketambangkang 17-9-2019 11:44 AM
tmpt haiwan menjilat garam mineral tu camne kaedah dia?
Quote natrahn 17-9-2019 11:44 AM
Boomibulat replied at 17-9-2019 11:41 AM
Cmana org asli blh ada kat sana ye..

dorang dok ulang alik melalui sungai klawang tu bila nak ke pekan Gerik
Quote Artemesiaa 17-9-2019 11:47 AM
Moga keasliannya terus dikekalkan
Quote natrahn 17-9-2019 11:51 AM
ketambangkang replied at 17-9-2019 11:44 AM
tmpt haiwan menjilat garam mineral tu camne kaedah dia?

Sira (salt-lick) merupakan titisan mata air mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi oleh haiwan liar untuk mencuci mulut selepas mengunyah makanan.

Sira garam atau jenut ini adalah tempat di mana binatang-binatang liar seperti harimau, tapir, rusa dan sebagainya datang untuk menjilat garam-garam mineral yang terdapat di sekitar jenut / sira ini untuk menambah atau mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink yang amat penting dalam diet pemakanan binatang liar tesebut, seperti manusialah memerlukan vitamin A, B, C zat besi, kalsium cuba bezanya kita boleh dapat semua khasiat tersebut daripada makanan yang kita makan.
Binatang-binatang datang jilat takungan/batu yang ada sira kat kawasan tu ( rujuk gambar)

Salt Lick




Quote ketambangkang 17-9-2019 12:35 PM
natrahn replied at 17-9-2019 11:51 AM
Sira (salt-lick) merupakan titisan mata air mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi o ...

oo mcm tu..hebatnya kejadian Allah..mekasih nat
Quote epuepy 17-9-2019 12:48 PM
Oh. Terbayang sejuk sungai ble berendam. Soo refresh. Masuk hutan ni mcm terapi. Tgok pokok hijau, kuar balik rasa release beban {:shy{:full
Quote KIM.K 17-9-2019 01:36 PM
Pokok medang berbelas pemeluk ada kat sini
Quote puanbintang 17-9-2019 03:03 PM
bestnya tempatnya....semoga sentiasa terpelihara
Quote BebeQ 17-9-2019 03:12 PM
Tertunia tu apa tuan tanah?
Quote natrahn 17-9-2019 03:36 PM
BebeQ replied at 17-9-2019 03:12 PM
Tertunia tu apa tuan tanah?

ya ampun.... tertua = tertunia... sape ada power lebih tolong edit tajuk hhuu
Quote Romba 17-9-2019 04:27 PM
Aduhhh.. teringinnye nak pergi.
Quote Perawankota 17-9-2019 05:53 PM
Nak Sgt p sini...
Quote natrahn 17-9-2019 09:29 PM
ketambangkang replied at 17-9-2019 12:35 PM
oo mcm tu..hebatnya kejadian Allah..mekasih nat

sama-sama. jom ke royal belum... saya pun teringin nak pergi...asyik lalu tasik banding je
Quote Nokiaman 17-9-2019 09:32 PM
maaf , tumpang tanya..
Mana dapat pengesahan..
Hutan Tropika Tertua Didunia nie?
Camne depa tau ni paling tua..?
Guna konsep apa?
Quote natrahn 17-9-2019 09:49 PM
Nokiaman replied at 17-9-2019 09:32 PM
maaf , tumpang tanya..
Mana dapat pengesahan..
Hutan Tropika Tertua Didunia nie?

Unesco ...

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084200s Gzip On
To Top