Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Sayangi Malaysiaku - Maksud Di Sebalik Jalur Gemilang Yang Perlu Anda Tahu

30-8-2019 10:21 AM Komen: 3

Selepas penyebaran gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik tular dalam media sosial, timbul pula dakwaan perbuatan itu merupakan sebahagian daripada usaha mencipta persepsi kononya wujud kempen untuk menghina bendera negara.

Kredit foto: Ihsan Pembaca Layar Facebook

Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Hamid Bador menyeru kepada semua pihak supaya jangan cepat melatah dan mengeksploitasi kes-kes sedemikian tanpa mendapatkan fakta sebenar memetik laporan Bernama.

Abdul Hamid berkata, perbuatan berkenaan bukan sesuatu yang dirancang untuk memberi mesej-mesej yang tertentu.

Saya tidak mahu beri amaran lagi kepada orang ramai (isu sensitiviti perkauman)...kami siasat, kami kenal pasti dan kami terus tangkap, katanya lagi.

Benda Malaysia adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Seperti yang diketahui umum, bendera Malaysia sudah lama wujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi pada 1957. Ia digunakan sejurus selepas negara ini menyambut kemerdekaannya. 

Sempena bulan kemerdekaan dan sejak tularnya isu bendera terbalik, TV Pertiwi menerusi akaun twitter mereka telah memuat naik infografik Jalur Gemilang untuk dikongsi netizen. 


Infografik ini mudah difahami dan diharap dapat  memupuk kembali rasa hormat kita pada bendera Malaysia dan juga menyemarakkan rasa cinta pada negara.

Kredit foto: TV Pertiwi

Bendera Malaysia juga patut dikibarkan setiap masa bukan setakat ketika menyambut bulan kemerdekaan. Setiap rakyat yang sayangkan negara sudah pasti akan mengibarkan bendera negara tanpa rasa segan silu. Sayangi Malaysiaku! Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 30-8-2019 03:23 PM
Eloklah diperingatkan buat yang terlupa

Lain-lain Komen

Quote diggerr 30-8-2019 02:38 PM
A good reminder
Quote natrahn 30-8-2019 03:15 PM

TQ..maklumla sekarang ni ramai tak tau..siap pasang bendera terbalik...rukun negara pun tak ingat...
Quote Artemesiaa 30-8-2019 03:23 PM
Eloklah diperingatkan buat yang terlupa

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.210115s Gzip On
To Top