Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun Gantung Diri Kerana Kecewa Orang Diminatinya Sudah Berpunya

21-8-2019 12:17 PM Komen: 18
Kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri kerana kecewa gadis diminatinya sudah mempunyai kekasih.

Memetik The Sun, rakan-rakannya menyangka Harry Storey, 13, hanya bergurau apabila menyuarakan hasratnya hendak membunuh diri.

Dalam prosiding inkues, Sarjan Detektif Lou Heffernan-Glover mendakwa hasil pemeriksaan di dalam bilik mangsa bagaimanapun tidak menemui sebarang nota yang boleh mengaitkan motifnya membunuh diri.


Kredit foto: The Sun

Namun, dalam beberapa pesanan WhatsApp kepada rakan-rakannya, Harry meluahkan kekecewaannya apabila salah seorang rakan baik perempuan yang diminatinya memberitahu sudah memiliki teman lelaki sebelum menyatakan hasrat ingin membunuh diri.

Bapa mangsa, Andrew Storey yang baru pulang ke rumah mereka di Chilton, Oxfordshire terkejut apabila mendapati keadaan anaknya tergantung dan cuba memberi bantuan pernafasan.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital pada 1 Mac lalu, namun disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Kematian Harry mengejutkan seluruh ahli keluarganya kerana mangsa dikatakan seorang yang periang dan tidak memiliki masalah kesihatan mental. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Kari Kambing Pekat Tanpa Santan, Rasanya Tetap Memukau Tak Cukup Sepinggan Nasi
Jimat! Baiki Bahagian Leher Kemeja T Anda Seperti Pakar
"Kak Zaza Paling Menyerlah!"- Ramai Tonton Kau Yang Pertama Kerana Elly Mazlein?
Bonda Rozita Kecil Hati Dengan Video Sajat Bergelek Sakan Lagu Baru Alif Syukri
McDonald's Cawangan Bukit Bintang Tukar Nama, On Tak On?
Dego Ride Diharamkan, Gojek Bakal Diperkenalkan - Kerajaan Lebihkan Syarikat Asing?
'Dia Pegang Kaki Kemudian...' - Pesakit Kulit Dakwa Diraba Doktor Popular Bangsar
"Cuba Elak Sentuh Pelakon Wanita, Bukan Tak Akan Sentuh Langsung" - Fikry Ibrahim
Syamsul Yusof Tak Datang Majlis Akikah Anak, Gaduh Dengan Puteri Sarah Ke?
Tikam Teman Lelaki Sebab Diejek Terlalu Gemuk Untuk Makan Aiskrim
Kareena Kapoor Dikritik Muat Naik Foto Tanpa Mekap
Wow! Baru 20 Hari Berpantang, Isteri Ammar Alfian Dah Pergi Gym
"Dia Dalam Pemantauan Kami" - Himpunan Siswazah Kelantan Masih Tak Puas Hati Dengan Caprice
"Zakir Naik Bagi Masalah Pada Kita" - Anwar
Tun M, 'Ceraikan' DAP Sebelum Terlambat - Annuar Musa
Teksi Tolak Gojek, Takut Saingan Atau Bela Nasib Anak Muda Yang Terhina?
Anak Dara Afdlin Shauki Mula Berlakon, Boleh Tahan Hot
Tak Sampai Hati Ada Yang Terluka, Lelaki Nikah Dua Kekasih Serentak
Gempar! Neelofa Dijangkiti Influenza A
Zul Ariffin Gelak Sahaja Selepas Makan Pelempang Mira Filzah, Netizen Pula...
Krisis Air Lembah Klang: Kegiatan Mengorek Pasir Didakwa Punca Pencemaran Diesel
Wanita Bunuh, Kerat Buah Zakar Bekas Menantu Kerana Hutang
"Jangan Salahkan Kita Je, Hentikan 'Blame Game'" - Ahmad Maslan
Dua Lelaki Buat Gempar Bergaduh Tepi Tol Kena Hukum
Panik Salah Laluan, Wanita Pandu Lawan Arus
Budak 8 Tahun Kritikal Dibakar Pembuli

Komen Terbaru

Quote gummiebear 23-8-2019 06:40 PM
Kemain hensem dekk kenapa la pegi bunuh diri pulak. Sorang tu je ke pompuan di sekolah chuols aduhai

RIP dek

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 21-8-2019 12:26 PM
Dik hidup uols utk prempuan semata ke dik? Ayoo dunia terlalu luas utk diexplore instead of perempuan sahaja..
Quote CiliPadiSedap 21-8-2019 12:49 PM
ni tips nak bercinta ye :

> bila kita suka seseorang , maksudnya ada orang lg sempurna daripada yang kita suka itu
> masa bercinta kentut pun bau wangi maksudnya cinta itu buta
> masa nikah minyak wangi bau kentut maksudnya nikah itu tanggungjawab
> kalau rasa terluka akibat putus cinta redhakan dan maafkan sebab bunga bukan sekuntum kumbang bukan se ekor , hantu kopek hanya sis vokuru
> cinta ni perlukan modal duit, kalau spender pun mak ayah belikan mohon terjun lombong jgn timbul2 lagi.


Quote kikuri 21-8-2019 12:55 PM
kat dunia ni dah pupus ke pompuan dek oiiii... bunga bukan sekuntum... rip jelah
Quote Artemesiaa 21-8-2019 01:06 PM
Perbuatan yang sia2 nak2 dia usia sebegitu muda
Quote Kurex 21-8-2019 01:13 PM
Sayangnya.. Muka hensem
Quote awanysss 21-8-2019 05:06 PM
kesian adik.. kalau umur 20 nnti lg ramai cecantik ade.. tp tak sempat.
Quote Foxey 21-8-2019 05:56 PM
Budak lagi, sia2kan hidup kerana seorang perempuan. Padahal ramai lagi perempuan dalam dunia ni
Quote diggerr 21-8-2019 09:13 PM
Move on je laa dik non oii
Quote Carcosa 21-8-2019 09:14 PM
Dik, nanti bila budak perempuan tu dah adult, cuba kau visit dia blk, dik. Time tu, mungkin kau akan kesal bunuh diri, sbb mungkin budak tu dah tak Selawa yg kau sangka {:full Apa2 pun, RIP jelah ye dik ya
Quote armin 21-8-2019 09:31 PM
Gambar tu ke budaknya? Besar nanti mesti handsome ramai awek tergila2. Why laaa
Quote Nurul8001 21-8-2019 09:35 PM
CiliPadiSedap replied at 21-8-2019 12:49 PM
ni tips nak bercinta ye :

> bila kita suka seseorang , maksudnya ada orang lg sempurna daripada y ...

cinta ni perlukan modal duit, kalau spender pun mak ayah belikan mohon terjun lombong jgn timbul2 lagi.



Mungkin, ada kawan2 dia yg nasihat serupa ini. Tu yg dia bunuh diri. Nak cari lombong tak jumpa, jadi dia gantung diri
Quote HannahMontana 21-8-2019 09:38 PM
Aku teringat kisah seorang ni mausk wad sebab aku tolak cinta dia.

Itu kira nya aku langsung tak beri harapan ,langsung tidak melayan .

Bayangkan kalau kita melayan .

Ini aku buat serius ,lagi serius dia jadi nya.

Sekarang aku kerja ground ,aku tak perlu jumpa dia lagi.
Quote CiliPadiSedap 21-8-2019 09:39 PM
Nurul8001 replied at 21-8-2019 09:35 PM
cinta ni perlukan modal duit, kalau spender pun mak ayah belikan mohon terjun lombong jgn timbul2 ...

urm sis vokuru masih tengah gali lombong, kaka suruh gali perigi habis dia gali buat lombong.. kasihan sis vokuru.
Quote HannahMontana 21-8-2019 09:39 PM
Utk budak malang ini ,nak beri nasihat pun sudah terlambat.


Putus cinta mmg berat.

Seeloknya jangan beir hati kita kpd sesiapa pun sebab bila org yg kita sayang tinggalkan kita  ,kita rasa kosong sgt ,hati tu kosong dan berdneyut-denyut sakit.


Pedih tak terungkap dengan kata-kata.
Quote berusjamban 21-8-2019 09:58 PM
I hope that girl is not traumatized. Iols dulu ada la ciknek ni tergila2 sampai ugut bawak moto laju2 sbb iols menfriendzone kan heols. Sblm tu siap berikrar yg selagi iols xkawen dia xkan kawen, tgk2 dia kawen dulu
Quote ikanmasin 21-8-2019 10:43 PM
sedihnya ko sia2kan nyawa mu sbb bdk perempuan tu ada bf...
umur msh muda sesgt lg..
Quote nono86 23-8-2019 06:27 PM
Ruginye.. rupe dah hensem.
Quote gummiebear 23-8-2019 06:40 PM
Kemain hensem dekk kenapa la pegi bunuh diri pulak. Sorang tu je ke pompuan di sekolah chuols aduhai

RIP dek

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.225934s Gzip On
To Top