Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jimat! Baiki Bahagian Leher Kemeja T Anda Seperti Pakar

21-8-2019 11:01 AM|Oleh: natrahn| Komen: 13

Kedut pada bahagian leher kemeja T anda mungkin tidak dapat dielakkan terutama apabila kemeja tersebut diperbuat dari kain jenis kapas.


Kredit Foto - Says

Jujurnya, sudah berapa kali anda terpaksa memakai kemeja T kegemaran hanya di rumah atau dijadikan alas kaki sahaja kerana keadaan leher baju tersebut sudah terlalu teruk berkedut seperti ropol?

Berikut mungkin cara untuk menyelamatkan bahagian leher kemeja T kegemaran anda seperti yang ditunjukkan pakar dobi dari Jepun ini.




Menurut laporan portal Taiwan, TEEPR seperti dipetik SAYS, seorang pakar dobi Nexcy telah berkongsi tip bagaimana mengekalkan keadaan kolar kemeja T seperti baru. 

Menurut beliau, bahagian leher kemeja T menjadi kedut atau rosak bukan kerana pemakaian berulang kali, tetapi ianya berlaku ketika dijemur untuk dikeringkan.



Jadi, untuk memperbaiki kolar kemeja T, anda perlu menyediakan:

1. 1 mangkuk kiub ais dan air sejuk
2. Seterika
3. Meja yang mempunyai permukaan rata untuk meletakkan kemeja T kesayangan anda.


Berikut adalah empat langkah untuk menyelamatkan kemeja T anda:

1. Lipat bahagian leher kemeja T anda secara bertindan (waves) dan rendam bahagian tersebut dalam kiub ais + air sejuk.





2. Perah lebihan air dan pastikan lipatan bahagian leher (waves) tersebut masih kekal. 




Kemudian, hamparkan kemeja T di atas permukaan rata dan gosok bahagian tersebut menggunakan tangan terlebih dahulu.





3. Seterika bahagian leher menghala ke arah atas.( rujuk gambar).

PENTING: Jangan seterika sampai bahagian leher kering. Memadai bahagian tersebut diseterika sehingga menjadi lembap sahaja.





4. Hamparkan baju yang telah digosok di bahagian leher tadi di atas meja permukaan rata untuk dikeringkan.





Selepas kering, leher kemeja T anda akan kelihatan seperti asal seperti semasa anda membelinya!




Mudah bukan? Jika anda berjaya, banyak juga kemeja T lama yang bakal diselamatkan. Semoga bermanfaat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : Google Cadang Pindah Kandungan Video Kanak-kanak Ke YouTube Kids

Next       : Kondom Perisa Rendang Dah Ada, Khas Untuk Pasaran Di Malaysia!

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 25-8-2019 01:59 AM
bintangct replied at 22-8-2019 12:40 AM
Sama la I dont care pon pasal leher baju ni tp my husband tak boleh.. dia marah kalo aku sidai t s ...

Mskkn hanger dr ats pun blh lh
Cuma kena mskkn penuh baru di sangkutkan di bhgn lengan dimulai dgn bhgn kanan

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 21-8-2019 11:35 AM
Good info..
Quote crazybeach 21-8-2019 11:39 AM
kalau lepas basuh keringkan dalam dryer dia berkedut tak
Quote gerbera.memopad 21-8-2019 12:32 PM
Aku pakai tudung so tak pernah kesah pasal ni semua
Quote Artemesiaa 21-8-2019 12:40 PM
Menarik tips nya
Quote Biabetik 21-8-2019 01:19 PM
Wah... Bagus tips ni
Quote awanearisu 21-8-2019 02:40 PM
Baru tahu. Bagus tips ni.
Quote natrahn 21-8-2019 02:45 PM
Edited by natrahn at 21-8-2019 02:54 PM
crazybeach replied at 21-8-2019 11:39 AM
kalau lepas basuh keringkan dalam dryer dia berkedut tak
lepas kedut try balik teknik tadi.. hehehe
Quote MFR_IN 21-8-2019 03:00 PM
nice life hack
Quote zulka 21-8-2019 04:56 PM
good info....
Quote diggerr 21-8-2019 09:16 PM
Good info..{:hooray
Quote bintangct 22-8-2019 12:40 AM
gerbera.memopad replied at 21-8-2019 12:32 PM
Aku pakai tudung so tak pernah kesah pasal ni semua

Sama la I dont care pon pasal leher baju ni tp my husband tak boleh.. dia marah kalo aku sidai t shirt dia kalo tarik baju leher tu nk masuk ke hanger.. jd terpaksa masuk dr bawah
Quote Foxey 24-8-2019 09:03 PM
Bagus perkongsian ni. Takde lah susah sangat dan bahan2 pun mudah csri. Thanks TT
Quote supernaturalee 25-8-2019 01:59 AM
bintangct replied at 22-8-2019 12:40 AM
Sama la I dont care pon pasal leher baju ni tp my husband tak boleh.. dia marah kalo aku sidai t s ...

Mskkn hanger dr ats pun blh lh
Cuma kena mskkn penuh baru di sangkutkan di bhgn lengan dimulai dgn bhgn kanan

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.076985s Gzip On
To Top