Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jom 'Ber-English Style' Dengan Brownies Lemon, Rasa Masam Tapi Menyegarkan!

20-8-2019 10:51 AM|Oleh: natrahn| Komen: 16

Sesekali tukar selera. Brownies Coklat dah biasa sangat kita buat. Kali ini, apa kata kita cuba resepi Brownies Lemon. 

Boleh guna keseluruhan lemon dan pastikan lemon tersebut benar-benar segar. Bahan-bahan boleh diadun menggunakan mesin pengisar atau whisk sahaja kerana adunan brownies tidak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek.




Brownies Lemon

BAHAN-BAHANNYA

A. Untuk Adunan Brownies
  • 1 cawan unsalted butter 
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar parutan kulit lemon (lemon zest)
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 1/2 cawan tepung pelbagai guna ( all purpose flour)
  • 1 sudu kecil baking powder

B. Bahan Lemon Glaze
  • 1 1/2 cawan gula icing
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar parutan kulit lemon ( lemon zest)


ARAHAN PENYEDIAAN

A. Cara-cara membuat brownies

1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah Celsius dan alas loyang dengan kertas (parchment paper)

2. Campur tepung dan serbuk penaik (baking powder) dan gaul sebati.




3. Dalam bekas lain, masukkan unsalted butter, gula, jus lemon dan parutan kulit lemon - pukul sebati.




4. Masukkan telur satu persatu, kacau sebati.




5. Tuang pada adunan tepung di langkah 1 dan gaul sebati.




6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 25-28 minit atau sehingga brownies tidak melekat pada lidi/pencungkil gigi pada suhu 160 darjah Celsius menggunakan api atas bawah. Pastikan tidak terlebih masak.




Usai masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


B. Cara-cara membuat Lemon Glaze

1. Campurkan gula halus, jus lemon dan parutan kulit lemon, gaul sebati.
2. Tuang glaze pada brownies tadi dan sapu rata. Sejukkan.



Untuk hasil  yang lebih baik, biarkan semalaman sebelum menikmatinya. 

Brownies lemon - rasanya yang masam dan haruman lemon yang menyegarkan sangat sesuai dinikmati bersama teh 'O' suam/panas. English Style sangat!. Selamat mencuba!





* Semasa parut kulit lemon, pastikan ambil bahagian kulit yang kuning sahaja. Jangan parut hingga ke isi lemon sebab bahagian tersebut agak pedar/pahit. - CARI

Kredit resepi: Kitchen Fun With My Sons

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 16
Komen

Previous : Kuih Seri Muka Kuih Talam Tradisi Rupanya Mudah Dibuat!

Next       : Kari Kambing Pekat Tanpa Santan, Rasanya Tetap Memukau Tak Cukup Sepinggan Nasi

Komen Terbaru

Quote ItisDD 24-9-2019 11:18 AM
Tengok resepi ni bersemangat nak try.

Tp tulah ntah bila gaknya

Lain-lain Komen

Quote rosasen 20-8-2019 11:39 AM
wow boleh cuba ni
Quote grizz 20-8-2019 12:37 PM
sedap ke..bleh try ni..
Quote cewekbopot 20-8-2019 01:20 PM
lemoniesss..
Quote chicozinn 20-8-2019 04:39 PM
sesuai utk summer (summer kehhh kat malaysia??) mood cmni..
Quote natrahn 20-8-2019 05:18 PM
chicozinn replied at 20-8-2019 04:39 PM
sesuai utk summer (summer kehhh kat malaysia??) mood cmni..

hehehe..malaysia summer , rainy n jerebu hihi
Quote diggerr 20-8-2019 07:43 PM
Boleh dicuba
Quote Lengkong 20-8-2019 08:36 PM
Tq bagi resepi






Quote Belanga_Tefal 21-8-2019 01:18 AM
Boleh try nih...
Quote any42 4-9-2019 09:55 AM
wah semua bhan dh ad la dlm peti. mcm sedap je mkn ptg2. bleh try ni. but i nk mkn dgn cream cheese. thnkyou share resepiiii.  
Quote CikB 10-9-2019 05:05 PM
tq for the recipe
Quote mata.kail 10-9-2019 08:46 PM
memang mudah kalau rajin buat...hehehe
tapi x menjadi juga kalau x biasa buat...
Quote natrahn 11-9-2019 11:04 AM
mata.kail replied at 10-9-2019 08:46 PM
memang mudah kalau rajin buat...hehehe
tapi x menjadi juga kalau x biasa buat...

hihi  tapi bole cuba...setiap perkara ada kali pertama
Quote mata.kail 11-9-2019 01:04 PM
natrahn replied at 11-9-2019 11:04 AM
hihi  tapi bole cuba...setiap perkara ada kali pertama

Ya betul
Quote Gomea 15-9-2019 05:23 PM
Terima kasih utk resepi. Nmpk mcam sedap
Quote puanbintang 17-9-2019 03:00 PM
sukanya makan brownies tapi sejenis yang tak rajin nak membuat la pulak.....ntah bila nak try yang ni..
Quote ItisDD 24-9-2019 11:18 AM
Tengok resepi ni bersemangat nak try.

Tp tulah ntah bila gaknya

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092018s Gzip On
To Top