Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Britney Spears Dikecam Pamer Kasut Kulit Ular Bernilai RM25K

29-8-2019 12:45 PM|Sang_Pencinta| Komen: 15

Penyanyi Britney Spears, 37, menyebabkan kemarahan netizen apabila memuatnaik sepasang kasut mewah berjenama Louboutin di Instagramnya beru-baru ini. Semuanya berpunca daripada kapsyennya yang dituduh membazir, menunjuk-nunjuk dan mempromosikan barangan berasaskan kulit binatang.




Britney memuatnaik gambar kasut berwarna hijau itu dengan kapsyen "Empat tahun lalu saya beli sepasang kasut kulit ular jenama Christian Louboutin saya yang pertama berharga ASD6K (RM25K), tapi saya tidak pernah memakainya!" tulis Britney.


Tetapi nampaknya status Instagram itu menyebabkan kemarahan pelbagai pihak.


Kredit foto: Cosmopolitan

"Kamu boleh bagi saya kasut itu saya akan jual untuk membayar makanan semua fakir miskin selama setahun di kampung saya," kata seorang netizen.

"Jangan terlalu bangga menayangkan kemewahan apabila ramai orang tidak mampu untuk mencari makan. Apa kata kamu dermakan sahaja," ujar seorang lagi.

Kredit foto: Instagram


Tidak cukup dengan itu, terdapat juga golongan yang anti terhadap ekspolitasi haiwan yang turut mengecam Britney.

Kredit foto: Instagram


"Tahniah kerana menyumbang kepada kekejaman terhadap haiwan," sindir seorang netizen. "Sungguh memalukan, membunuh haiwan untuk kelihatan cantikkemudian berlagak dengan kemewahan, kulit ular bukan untuk pakaian," tambah seorang lagi pencinta haiwan.


Bagaimanapun Britney mengambil langkah tidak mengendahkan semua kecaman di ruangan komennya dan ini mengecewakan ramai peminatnya. Adakah peminat beliau terlalu sensitif atau Britney yang tidak memahami mereka? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Previous : Kumpulan Youtube Terkenal The Try Guy Bakal Adakan Persembahan Di Singapura

Next       : Semakin Tembam, Anggota BTS Suga Dikecam Media Korea Gagal Jadi Idol KPop

Komen Terbaru

Quote hyie 2-10-2019 02:28 AM
bila britney nak rilis album baru yach?

Lain-lain Komen

Quote arffa 29-8-2019 12:53 PM
Ingat netizen Malaysia je yang kisah artis membazir beli barang mahal, omputeh pun sama rupanya.
Quote -Suri- 29-8-2019 04:14 PM
Cantik kasut tu


Quote sehirkedi 29-8-2019 04:14 PM
Orang yg pakai kulit binatang ni sangat pentingkan diri, zalim dan hati batu. Dia ingat lambang kemewahan bila pakai kulit binatang padahal melambangkan kerakusan dan kezaliman mereka
Quote Artemesiaa 29-8-2019 05:02 PM
Netizen dimana2 sama je ada yang sokong dan ada yang tidak
Quote Noraniza_Iblis 29-8-2019 05:52 PM
ehh kesahhh laa die nk show off ke ape..
xde life ke netizen ni..
ko shopping body mist kt Victoria secret time promo rm20
sebotol pun..
dh geygeyhhh berstory, hapdet segala....
ni kan plak.. org kaya..yg lg mampu...
biar je laa deyolss
Quote CardiGans85 29-8-2019 08:07 PM
X berani pakai kulit ular ni..pernah la sentuh hbeg kulit ular, mmg lembut tp geli geleman la
Quote sue_0684 29-8-2019 08:46 PM
Noraniza_Iblis replied at 29-8-2019 05:52 PM
ehh kesahhh laa die nk show off ke ape..
xde life ke netizen ni..
ko shopping body mist kt Victori ...

kan. merempan x habis
komen uolss ni mengingatkan iols pi beli vs body mist last year kat jpo. rege rm70 kot dapat rm29 ringgit. beli sebotol. hahah. koser nk merempan.
Quote RatuDunia94 29-8-2019 10:05 PM
Entah2 mostly komen2 tu dtg dr ummah negara ke 3
Quote monsterwife 31-8-2019 10:01 AM
Aku takut ular. Rsnya kalau tengok kasut ni aku terus pecut lari
Quote electricopop 3-9-2019 11:38 AM
Dia pernah pakai kasut tu... She lupa kut. Haha. Plus duit dia berkepok kepok kut.
Quote meow_tompok 4-9-2019 12:25 PM
sehirkedi replied at 29-8-2019 04:14 PM
Orang yg pakai kulit binatang ni sangat pentingkan diri, zalim dan hati batu. Dia ingat lambang keme ...

aku paling setuju statement tak kisahlah kalau dah kaya, mmg mampu beli apa saja barang mewah
tapi original animal skin products .... its big no no


Quote royaldanish 8-9-2019 12:35 AM
Eeeuwww geli tgk kasut/bag kulit ular
Quote puanbintang 30-9-2019 12:36 PM
tapi cantik kasut tu cuma kalau nak pakai tu memang takla....
Quote mizruncing 30-9-2019 01:11 PM
eeii geli aku kulit2 binatang ni. handbag ke kasut ke. mmg x laa woiii. lantak la mahal ke ape. very the big no
Quote hyie 2-10-2019 02:28 AM
bila britney nak rilis album baru yach?

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
9.468104s Gzip On
To Top