Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Kes Langgar Maut Pemotong Rumput Thailand, Rayu Sumbangan Dikecam Pula

16-8-2019 11:00 AM Komen: 128
Beberapa hari ini rancak dibincangkan isu sebuah Myvi terbabas dan rempuh pemotong rumput di Rattaphum, Thailand. Dalam kejadian itu, lima pemotong rumput maut dan seorang lagi parah dirempuh sebuah kenderaan dipandu rakyat Malaysia seorang wanita berusia 30 tahun.

Kredit Foto - Ihsan Pembaca Layar Facebook

Adik pemandu Myvi tersebut menerusi hantaran Facebooknya merayu sumbangan ikhlas untuk membantu kakaknya membayar wang jaminan berjumlah RM60 000 berkongsi  kejadian sebenar yang menimpa kakaknya. Dalam kejadian malang itu, kakaknya sedang memandu dalam kelajuan normal sebelum terlanggar 'sesuatu' dan menyebabkan steering automatic lock dan hilang kawalan seterusnya merempuh mangsa-mangsa yang sedang berehat di tepi jalan.

 

Bawangrangers Malaysia memang lebih cekap dan pantas dari FBI dan CIA. Hasil siasatan mereka mendapati bahawa pemandu mempunyai banyak rekod kesalahan trafik. Antaranya PANDU LAJU dan langgar arahan lalulintas

Penemuan tersebut seterusnya mematahkan 'hujah' adik pemandu tersebut dan mereka terus komen 'menghentam'  di hantaran FB yang asalnya dimuat naik untuk memohon bantuan kewangan membayar wang jaminan kakaknya. 



Memetik laporan Bangkok Post, pemandu tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak melebihi 20,000 baht (RM2,721) jika disabitkan kesalahan dan dikehendaki membayar wang ikat jamin RM27 000. 

Pemandu itu juga perlu membayar wang pampasan sebanyak 50,000 Baht (RM6,764) kepada setiap keluarga mangsa dengan jumlah keseluruhan bernilai 250,000 Baht (RM33,823), selain dikenakan denda 200 Baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

Apa pun takziah untuk mangsa dan bertabahlah keluarga pemandu Myvi itu. Slogan kelajuan itu membunuh memang benar dan semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Hati-hati semasa memandu dan ingatlah orang tersayang. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 128
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote jfq 19-8-2019 04:06 PM
Company mana yg contribute 14k?

Lain-lain Komen

Quote Mfzg89 16-8-2019 11:08 AM
Dengar kata pemandu tu xde lesen..baru nak kesian tapi hmm .berani giler msuk drive negara org tanpa lesen.. segaja cari masalah..
Quote Pink_Purple 16-8-2019 11:19 AM
biar ;a dia duduk dalam penjara siam 10 tahun pun xpe..
Quote fushimi 16-8-2019 11:25 AM
kenapa kes pakcik kat krabi dulu lagi mahal dia kena bayar compare dengan pempuan ni

pakcik tu langgar seorang tapi pempuan ni 5 sekali dia sapu
Quote mata_kucing 16-8-2019 11:30 AM
Pergi Thailand dh byk kali,  awal thn masuk hatyai,  org sana dh benci malaysian.  dh  jd kes bodoh mcmni,  lagi la org benci.  Malaysian dibenci sana sini sbb sikap.
Quote awanysss 16-8-2019 11:40 AM
pengajaran dik.. malaysian tak semua baik2 nak menyumbang (walaupun ramai yg suka sedekah).. yg ni mcm bala carik sendiri.. takde lesen drive kat negara org. rekod trafik teruk.. papepun, semoga dimudahkan urusan ye..
Quote natrahn 16-8-2019 11:40 AM
fushimi replied at 16-8-2019 11:25 AM
kenapa kes pakcik kat krabi dulu lagi mahal dia kena bayar compare dengan pempuan ni

pakcik tu la ...

kes pakcik tu motorist langgar pejalan kaki kan... Mengikut undang-undang di negara berkenaan, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki. Lagipun famili pejalan kaki tu yang tuntut pampasan sampai rm550k kemudian rayu dapat kurang rm200k..


Kes Myvi ni dorang mintak sikit je kot
Quote haryatie 16-8-2019 11:46 AM
ada bca dia xde lesen kan
berani2 g merata xde lesen tu..
malas la nak derma
Quote adila39 16-8-2019 11:48 AM
ni semua masalah punca dari sikap. Sikap rakyat kita suka ambil lewa. Take things for granted. ah xpe its ok.. aaalaa x de apalah. Dah terjadi barulah nyesal.
Quote fushimi 16-8-2019 11:49 AM
natrahn replied at 16-8-2019 11:40 AM
kes pakcik tu motorist langgar pejalan kaki kan... Mengikut undang-undang di negara berkenaan, pen ...

patutnya setiap family tu mintak banyak sikit


Quote kaseh80 16-8-2019 11:49 AM
Semuanya nak minta derma dari rakyat marhaen dan netizen

Rskyat narhaen ni byk commitment dah tau takde lesen yg gatal
Pegi drive kat negara org tu buat apa? Takde rasa tanggungjawab langsung
Quote natrahn 16-8-2019 11:51 AM
fushimi replied at 16-8-2019 11:49 AM
patutnya setiap family tu mintak banyak sikit

kan... berapa je dpt... mungkin yang meninggal tu ketua keluarga...apa la nasib dorang pasni...
Quote makton 16-8-2019 11:54 AM
ayat mohon sumbangan pun kemain bongkak.. elok la kau dah deactivate acc fb tu. kang tak pasal2 aku pegi mencarut kat fb kau.
Quote moonbymoon 16-8-2019 11:56 AM
Simpati pada keluarga mangsa yang terlibat. Yang melanggar tu pulak tak ada rasa bersalah langsung ke langgar orang sampai mati 5 orang. Siap cakap 'Alhamdulillah kami selamat' lagi.
Quote jofizo 16-8-2019 12:07 PM
fushimi replied at 16-8-2019 11:25 AM
kenapa kes pakcik kat krabi dulu lagi mahal dia kena bayar compare dengan pempuan ni

pakcik tu la ...

nih denda oleh kerajaan thai, famili belum buat tuntutan lagi
Quote fliphair8 16-8-2019 12:14 PM
aku tetap rasa cikki ni bersalah thru and thru, tapi aku heran malaysia ni, nak cross border tu mmg tak check lesen, status saman etc ke? takkan setakat immigration passport je ye?
Quote noorhairiahma 16-8-2019 12:17 PM
mata_kucing replied at 16-8-2019 11:30 AM
Pergi Thailand dh byk kali,  awal thn masuk hatyai,  org sana dh benci malaysian.  dh  jd kes bodoh  ...

tak semua Malaysian berperangai macam tu.

tapi i tak salahkan orang thailand pun if mereka tak suka kita. sebab tu pergi mana2, kena bawak imej Malaysia. bukan bawak perangai bodoh sombong.

nila setitik, habis susu sebelanga.


Quote prizadane 16-8-2019 12:17 PM
Baiklah iols derma directly pada family mangsa, bukan pada driver. Driver ni bukannya orang susah pun...
Quote VirusDetected 16-8-2019 12:20 PM
sendiri wat onar sendiri tanggung la...
nk merayu kt rakyat malaysia asal lak...
ko berpoya2 kat sna lupa diri kan..elok la tu...
Quote Artemesiaa 16-8-2019 12:26 PM
Tak ada lesen memandu dah ada bayak saman kesalahan lalu lintas dengan tak ada insurannya akibatkan banyak kehilanyan nyawa siapa nak yang kesian

Lihat semua komen(128)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.126601s Gzip On
To Top