Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Batman Dibelasah Rakan, Taklah Hero Mana!

19-8-2019 10:12 AM|HakirRahman| Komen: 10

Masihkah anda ingat seorang pemuda warga Singapura yang bernama Batman bin Suparman? Dia pernah tular seluruh dunia pada 2008 kerana keunikan namanya.

Batman Suparman pernah tular seluruh dunia kerana namanya. Foto: Google

Batman yang kini berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidaklah hero mana seperti namanya. 

Pada 2013 lalu, dia pernah dipenjara selama dua tahun sembilan bulan kerana mencuri kad bank abangnya sendiri, memecah masuk pejabat untuk merompak dan menagih heroin. Alahai Batman! 

Nama superhero tapi penyangak rupanya. Foto: Google
Tetapi, pada 2019, dia pula jadi mangsa jenayah. SCMP melaporkan dia diserang rakan penghantar makanan "FoodPanda" kerana bergaduh. 

Rakannya itu, Eng Guan Hong, 40, mengenali Batman menerusi WhatsApp yang mengumpulkan semua penghantar makanan di Singapura. 

Eng memanggil Batman "bodoh" dalam WhatsApp sehingga menimbulkan kemarahannya. Mereka pun berjumpa la untuk menyelesaikan perselisihan faham itu. 

Batman kini bekerja sebagai penghantar makanan FoodPanda di Singapura. Foto: Twitter

Bila sudah berjumpa, apa lagi bergaduh teruklah keduanya. Eng memukul Batman dengan topi kaledar dan menggunakan pisau lipat untuk mengelar muka Batman sehingga cedera di hidung dan telinganya. 

Kata peguam Eng, pergaduhan itu berlaku kerana Batman menjengkelkan. Itu jer sebabnya? 

Eng dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun dan enam sebatan. 

Rupa-rupanya Batman taklah Batman mana pun kan...- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Previous : Demi Cinta, Lelaki Ini Sanggup Ceraikan Isteri Kerana Seorang 'Mak Nyah'

Next       : Lelaki OKU Sanggup Merangkak Ke Longkang Besar Selamatkan Kucing

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 15-9-2019 02:38 AM
baghal_bortuqal: eh aku pasan IC singapore ada pakai jawi la.btoi ka tu?

Ic baru singapore ada tulisan times news roman bold italic

Lain-lain Komen

Quote Betara_Indera 19-8-2019 10:18 AM
adoiii batman tak melawan ape pasal?.. bole tuntut gantirugi kow2 tak ni?
Quote Mfzg89 19-8-2019 12:25 PM
buat malu nama superhero je mamat ni..
Quote Artemesiaa 19-8-2019 01:09 PM
Elok tukar nama je kalau cam tu buat malu je guna nama superhero
Quote VirusDetected 19-8-2019 03:00 PM
Quote wajaman 19-8-2019 03:57 PM
DC tak saman dia ke pakai nama Batman?
Quote ikanmasin 19-8-2019 04:02 PM
batman hanya pd nama..
Quote baghal_bortuqal 19-8-2019 04:28 PM
eh aku pasan IC singapore ada pakai jawi la.

btoi ka tu?
Quote Foxey 19-8-2019 06:24 PM
Batman ni pun manusia biasa juga. Dia tiada kemahiran seni mempertahankan diri, tu yang kalah berlawan. Apapun, semoga Batman cepat sembuh dan boleh meneruskan pekerjaannya, jangan pula back to his old ways
Quote diggerr 19-8-2019 08:26 PM
Batman jadi meowman
Quote CiliPadiSedap 15-9-2019 02:38 AM
baghal_bortuqal: eh aku pasan IC singapore ada pakai jawi la.btoi ka tu?

Ic baru singapore ada tulisan times news roman bold italic

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.078412s Gzip On
    To Top