Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Bunyi Sedap, Tapi Bawa Maksud Syaitan"- Tip Pilih Nama Anak Islam

16-8-2019 10:36 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 31

Sesiapa yang bekerja terpaksa memanggil nama seperti cikgu atau jururawat, mesti pernah berbelit lidah hendak menyebut nama anak-anak zaman sekarang yang panjang dan berbelit-belit. 

Kadang-kadang, sampai tak cukup borang nak isi sebab nama panjang sangat. Sudah jadi trend pula beri nama anak panjang-panjang. 


Cikgu antara yang berbelit lidah nak panggil nama anak zaman sekarang
Foto: Google

Tetapi, tahukah anda kadang-kadang kita tersilap dalam memberikan nama anak? Sebab kadang-kadang, bunyinya memang sedap, tapi maksud sebenarnya tidak berapa baik atau tidak ada makna. 

Kasihan anak itu, bila dah besar nanti menjadi ejekan kawan-kawan dan doa menyebut nama pun tak berapa sedap. 

Seorang pengguna Twitter memberikan panduan supaya kita tidak tersilap memberikan nama anak, supaya bila nama anak dipanggil kelak ia menjadi doa yang baik-baik. 


Berilah nama yang baik untuk anak-anak
Foto: Twitter

Antara nasihatnya adalah tidak perlu meletak nama anak panjang-panjang kerana akan menyusahkan banyak pihak termasuk anak itu sendiri. 

Kesilapan yang sering dibuat orang Melayu juga adalah memberikan nama "Nur" kepada anak perempuan, sedangkan nama Arab itu selalunya diberikan kepada lelaki. 

Malah, ada juga ibu bapa yang memberikan maksud nama anaknya adalah pekerjaan. Seperti Masyitah yang sebenarnya bermaksud "tukang sikat rambut" atau "penjual kuih". Kan tidak berapa elok maksudnya tu. 


Masyitah maksudnya tukang sikat rambut!
Foto: Twitter

Sering kali juga nama panjang ini dipendekkan untuk memudahkan panggilan. Tetapi, bila dipendekkan ia berubah maksud misalnya Azani/Izani yang merupakan nama sabahat, tetapi bila dipendekkan jadi "Zani" yang maksudnya tak berapa baik. 


Nama bila dipendekkan boleh bawa maksud tidak baik
Foto: Twitter

Begitu juga dengan nama-nama tempat seperti Bukhari dan Nawawi. Jangan lepas ni ada yang namakan anak mereka Kelantani atau Johorani pula! 

Jadi, buat bakal ibu bapa selidiklah dan kajilah nama betul-betul terlebih dahulu. Sebab antara derhaka ibu bapa kepada anak adalah tidak memberikan nama yang baik. 

Apa nama yang paling berbelit pernah anda sebut? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
4
Komen: 31
Komen

Previous : Anak Orang Miskin Yang Belajar Tinggi Susah Dapat Kerja

Next       : Kondom Perisa Rendang Dah Ada, Khas Untuk Pasaran Di Malaysia!

Komen Terbaru

Quote faraway1 23-8-2019 09:23 PM
mizzmimi replied at 18-8-2019 11:06 AM
Orang indon rilek je beri nama guruh, petir, awan, bayu bunga matahari bagai. Nama anak ary malik tu ...

Orang Malaysia pun ada, cuma budak tu mix jerman.. Second name dia matahari.

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 16-8-2019 11:14 AM
vokuru  membawa maksud  tempayan bontot kuali
Quote awanysss 16-8-2019 11:42 AM
CiliPadiSedap replied at 16-8-2019 11:14 AM
vokuru  membawa maksud  tempayan bontot kuali

patut mcm puaka.. maksud pun dah tak baik
Quote stormcloud 16-8-2019 11:45 AM
Nur tu bunyi macam lebih sesuai dengan kaum Hawa
Quote stormcloud 16-8-2019 11:46 AM
Nur tu macam lebih sesuai dengan kaum Hawa
Quote ReginaBeauty 16-8-2019 11:58 AM
Tercari2 contoh nama yang bawa maksud syaitan itu.
Quote ChildrenOfBodom 16-8-2019 12:27 PM
so lahanat yg cakap nama tu elok nama ni tak elok tu nama dia maksud elok sgt ka ? ada org nama elok tapi perangai shaitan..
Quote ChildrenOfBodom 16-8-2019 12:30 PM
aku nak muntah dgn babi islamik perasan holier than thou dan tahu semua benda. pukimak pi mampos laa...
Quote diggerr 16-8-2019 12:43 PM
Pilih je yang simple
Quote cclina2 16-8-2019 02:33 PM
nama nabi tapi perangai macam  syaitoon acanaer tu..
Quote crazybeach 16-8-2019 03:04 PM
napa nama masyitah tu tak baik pulak. tukang sikat rambut dengan penjual kuih tu pekerjaan tak baik ke nok.
Quote rayriff 16-8-2019 03:25 PM
ChildrenOfBodom replied at 16-8-2019 12:30 PM
aku nak muntah dgn babi islamik perasan holier than thou dan tahu semua benda. pukimak pi mampos laa ...

yang ko emosi di hari yang mulia ni kenapa? lol
Quote aleesyasofia 16-8-2019 04:02 PM
tak kisahlah nk letak nama apa.. jnji mksdnya elok okaylah.. peragai pun kenalah elok.. kalau nama elok perangai nan hado xguna jgk..
Quote Loloq89 16-8-2019 04:10 PM
stormcloud replied at 16-8-2019 11:45 AM
Nur tu bunyi macam lebih sesuai dengan kaum Hawa

nur sajat?
Quote binipopeye 16-8-2019 05:00 PM
dah berapa ramai jupe... trend mak2 bagi nama nabi letak muhammad... tp perangai anak xkalah dgn syaiitoon nirojim.. dari kecik di bela oleh syaiton.. letak laaa nama terhebat pun.. kalo mak bapak pembawakan perangai syaitoon nnti anak pun mengikut laaa..
Quote buapakperut 16-8-2019 05:11 PM
anak2 aimy sohai nama kemain berbelit lidah tapi tak masuk sekolah.
Quote SecretLuv 16-8-2019 05:29 PM
crazybeach replied at 16-8-2019 03:04 PM
napa nama masyitah tu tak baik pulak. tukang sikat rambut dengan penjual kuih tu pekerjaan tak baik  ...

Tu la persoalan yg aku nk tanya. Jijik ke pekerjaan tu. Hmm
Quote kukukatablog 16-8-2019 11:31 PM
awat ramai benor forumer yg emo,
mestilah mak ayah nak letak nama yang baik untuk anak, depa pon x tau anak depa beso jadi apa...

Quote mbhcsf 17-8-2019 08:21 AM
Edited by mbhcsf at 17-8-2019 09:39 AM

kejap, i musykil dan i secara rendah hati inginkan penjelasan lanjut bab ini?

1. apa salahnya nama  berunsurkan pekerjaan

Mashitah - i tatau ejaan jawi dia apa , sedangkan character itu disebut dalam sirah

i mean apa hinanya seorang yg bermaksud penyisir  rambut ? of course kalau ditulis  bhs laras biase biase/ pasar  memanglah jadi ' tukang sikat rambut '  tapi kalau ditulis penyisir rambut , ada beza ke? so kat mana salah?

2 . i think it is about time - ada inisiatif untuk terbitkan kamus bhs arab berasaskan sumber yg  sahih  yg established dengan kata akar semua. sebab  nak elak kekeliruan atau confusion and error in knowledge ni, punca masalah.

i think kalau ada daftar kata nama nama yg ada penelitian dalam tulisan roman, dan jawi serta ada bhs arab dari kata akar then it is good

about time lah academics terbit buku buku yg public - based macam ni.

3. i mean but what is so wrong with  Masyitah ? if dalam jawi atau arabic spelling , mcm mane  dan sifat kata ni verb ke noun???

- ini nama seorang karektor srikandi  mulia

yes so what kalau nama berelemenkan pekerjaan yg halal - hukum haram ke? makruh ke? ada asas ke , if yes i mohon  maaf
isk -  beliau , bless her  - adalah saudara kita as sister in Islam zaman nabi Musa AS ,
bukan tukang sikat rambut ye  perkataan elok ialah
PENYISIR RAMBUT puteri firaun, kene siksa

apa salahnya?

kalau nama tempat  yg elok yg ada macam nama al ghazali semua tu , beliau punya nick name ialah asalnya tempat , so ? what is wrong ????adakah tercela?
nick name  Salman al Farisi? so what is wrong?okay how about ABU HURAIRAh - si bapa kucing ni nick name sapa bagi ?

now , please explain sat sebab ada konflik pemahaman sikit hehehhe

APA SALAHNYA ? i need and i am seeking explanation

because  pada saya  konsep nama ni perlukan  sapa yg berilmu yg konkrt nak bagi kalau tak keliru org

tapi nama kene elok dan dipangil penuh lah sebab ia doa juga
so yes itu saya faham...

tapi  the do's and donts ? tolong jelaskan sikit jgn dok tweet tweet separuh masak mcm ni , pada i ini amat tidak bertanggungjawab!!! because as a Muslim ketahuilah apa yg ditulis  anda bertanggungjwab.

dan  kena bertanggungjawab dengan apa yg ditulsi dan konsep maklumat yg disebarkan. kalau betul tak pe, kalau dia cetus kekeliruan  u know...well ..sapa nak bertanggungjawab?








Quote mbhcsf 17-8-2019 08:26 AM
sape ni twwet Islamik ni -  kalau qadir disebut kadir ini macam saranan pejabat mufti elok disertai tulisan jawi ejaan nama tu  sebba bantu sebut
kaf  - kadir
qof - qadir ...

it is about penulis tu kena  guna fikiran / akal sikit masa menulis. tanya ni ke ejaan yg dimaksudkan bunyinya dan selaras maknanya?

ayah mak masa mendaftar kena tahula ni

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.090078s Gzip On
    To Top