Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Fikry Ibrahim Simpati Nasib Pekerja Utusan, Rayu Orang Ramai Hulur Bantuan

13-8-2019 03:02 PM|Oleh: Tukang Tulis| Komen: 54

Fikry Ibrahim. Kredit foto: Instagram

Kesulitan yang dialami oleh seramai 769 pekerja Utusan Melayu (M) Berhad yang masih belum menerima gaji mendapat perhatian dan simpati banyak pihak termasuk selebriti tempatan.

Salah seorang daripada mereka ialah pelakon Fikry Ibrahim yang membintangi drama 'Encik Imam Ekspres' dan 'Kau Yang Pertama'.

Memetik laporan Harian Metro pada 12 Ogos, Fikry merayu kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada pekerja-pekerja Utusan Melayu terbabit dalam bentuk wang atau barangan keperluan harian seperti beras, telur, tepung dan susu formula bayi.

"Tiada istilah sebab mereka kawan maka saya mahu bantu. Bagi saya apabila seseorang hilang sumber rezeki pasti siapa pun akan tampil membantu," katanya.

Rozita Che Wan. Kredit foto: Instagram

Harian Metro turut melaporkan, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan atau Che Ta memuat naik status dalam Instagram Story bagi memohon orang ramai untuk membantu pekerja-pekerja Utusan Melayu.

Sementara itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJ-UM) dalam satu kenyataan memaklumkan, seorang aktivis sosial, Azmin Ishak menjadi individu pertama membantu pekerja-pekerja syarikat akhbar berkenaan dengan menyampaikan sumbangan susu formula bayi sebanyak 50 karton.

Sumbangan susu jenama Anmum Essential Perisa Kurma Step 3 untuk bayi berumur setahun ke atas tersebut adalah hasil tajaan Fontera Brands Malaysia Sdn. Bhd. 

"Setiap karton mengandungi lapan pek susu dan setiap satu seberat 1.15 kilogram" kata Azmin.

Azmin (kiri) menyerahkan sumbangan susu formula bayi kepada wakil-wakil NUJ-UM. Kredit foto: NUJ-UM

NUJ-UM memberitahu, sumbangan susu formula bayi itu akan diagihkan kepada pekerja-pekerja yang memerlukan. 

Pada 9 Ogos lalu, NUJ mengadakan sidang media tentang masalah gaji lewat dibayar yang dihadapi pekerja-pekerja Utusan Melayu sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang terpaksa berhutang dengan ah long, menggadai barang kemas serta tidak mampu memberi susu kepada anak-anak yang masih kecil.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke dalam akaun CIMB National Union of Journalists - 8000367100. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 54
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : Elyana Ambil Anak Angkat, Peminat Bimbang Tahap Kesihatannya

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:50 PM
Kau lagi mulia daripada ajis fadzir

Lain-lain Komen

Quote laksmanabentan 13-8-2019 03:06 PM
gaji lewat bayar berapa bulan da tu?

lepas ni mana2 pekerja yg lambat dibayar gaji
boleh ler up status dan mohon sumbangan rakyat Malaysia...
Rakyat Malaysia yg aman damai, kaya raya siap membantu....
Quote LadyCarefree 13-8-2019 03:14 PM
laksmanabentan: gaji lewat bayar berapa bulan da tu?lepas ni mana2 pekerja yg lambat dibayar gajiboleh ler up status dan mohon sumbangan rakyat Malaysia...Rakyat Mala ...


Khenzs? Ntah2 sebelum ni sakan shopping dn vacation sana sini xingat diri.
Quote hussaini4675 13-8-2019 03:28 PM
Utusan Gagal Bayar Gaji - Pekerja Terpaksa Hutang Ah Long , Gadai Barang Kemas - Semasa - CARI Infonet > https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=49110
Quote aemon 13-8-2019 03:33 PM
rest in peace utusan
Quote ReginaGeorge 13-8-2019 03:37 PM
Duk kat media ni takyah serabut majikan tak bayar gaji. Takyah cari rezeki lain.. Buat muka sedih, pastu post. Jangan lupa tag.
Quote fushimi 13-8-2019 03:59 PM
pekerja pekerja utusan ni ada kwsp tak

sepatutnya KWSP yang patut mainkan peranan  bila pencarum hilang puca pendapatan

aku dah sampai masa KWSP ubah syarat syarat pengeluaran yang pada aku sudah tak berapa relevan

KWSP sepatutnya benarkan pencarum melakukan pengeluaran secara bulanan mengikut gaji bulanan semasa pencarum

so bila pencarum sudah ada sumber pendapatan baru atau dapat kerja baru pihak KWSP boleh hentikan pengeluaran oleh pencarum

ni carum duit tapi tak boleh guna appoooooooooooooooooo

waktu ni KWSP sangat berguna oleh pencarum

Quote hussaini4675 13-8-2019 04:04 PM
fushimi: pekerja pekerja utusan ni ada kwsp taksepatutnya KWSP yang patut mainkan peranan  bila pencarum hilang puca pendapatanaku dah sampai masa KWSP ubah sy ...


Setuju.
Quote namieamuro 13-8-2019 04:05 PM
Edited by namieamuro at 13-8-2019 04:07 PM

pikri..mmg sedih ape jd kt pekeje utusan..tp yg alami nasib cenggini bkn dorg je okeh..nk hulur bantuan, support la biz part time dorg kalau dorg ade niage part time..atau tlg ajarin cara2 nk meniage ke ape

sumbangan cenggini bsifat sementara je..takkan tetiap bulan nk hulur bantuan..bantuan pulak ke acc general..yg alami masalah bkn sorg 2..

by the way,lain pulak gamba che ta dlm tu..kening terlebih lukis
Quote Fatyzana 13-8-2019 04:14 PM
Sepatutnya tak perlu minta bantuan lebih2 lagi siap bagi akaun number. Orang lain susah2 cari rezeki, berniaga. Elakkan ambil jalan mudah dengan meminta bantuan. Selagi ada upaya dan mampu, usaha dan tawakal kepada Allah.
Quote prettyuglybabe 13-8-2019 04:18 PM
fushimi replied at 13-8-2019 03:59 PM
pekerja pekerja utusan ni ada kwsp tak

sepatutnya KWSP yang patut mainkan peranan  bila pencarum  ...

patutnya socso yang lebih kena tanggungjawap..
tiap bulan bayar socso tolak gaji tu buat apa..
epf dah tentu-tentu tolak gaji, duit tu dapat kat pencarum balik bila tua nanti..

Quote aramcna 13-8-2019 04:21 PM
kena pi tanya socso, seingat aku ada yang pernah cakap ketika dia hilang kerja, dia claimed socso dan dapat
Quote Mfzg89 13-8-2019 04:47 PM
dah berbulan x bayor gaji masih tahan lagi g ulang alik keje situ?? kalau aku dah start moto buat food delivery / dispek online sementara dpt job tetap lain..hmm payah nak cakap..
Quote missinpiece 13-8-2019 04:50 PM
Moga dipermudahkan urusan mereka. Doa yg baik2 je ini bahagian mereka. Sedara meols baru sebulan dua x dapat gaji pun sedih hati tgk kesusahan dia. Mana nak settle komitmen, nak raya lagi
Quote tigerads 13-8-2019 05:10 PM
utusan sblm ni byk kena saman n kalah kah??

kena byr kepada pihak yg menang??

Quote giyomi 13-8-2019 05:50 PM
dari pada artis2sendu ni rayu org ramai, apa kata korg sendiri yg bantu apa yg bole sebab korg pon naik sebab akhbar, satu lagi sepatutnya desak pihak pengurusan bayar gaji bukan merayu orang ramai. kat luar sana ramai lagi yg memerlukan dan ramai gak yg hilang pekerjaan.
Quote ainashiqa 13-8-2019 05:53 PM
Semoga urusan staff utusan dipermudahkan.. Amin
Quote diggerr 13-8-2019 06:45 PM
Cari kerja alternatif laa
Quote riena3321 13-8-2019 07:16 PM
bln claim pampasan dgn perkeso.kena ada surat resign.aku pun dah 8bln xde keja. company cut staff. nk resize company katanya
Quote fadz84 13-8-2019 08:02 PM
laksmanabentan replied at 13-8-2019 03:06 PM
gaji lewat bayar berapa bulan da tu?

lepas ni mana2 pekerja yg lambat dibayar gaji

Mna nk cekau duit byr monthly commitment.. pening jgk kepala tu.. nk harap saving bape lma je blh cover.. huhu

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.122141s Gzip On
To Top