Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Isu Bahan Bacaan Lucah Guna Tulisan Jawi Fitnah MCA, UMNO - Wong Shu Qi

Oleh: Tukang Tulis|13-8-2019 10:28 AM Komen: 30
Wong Shu Qi ketika menjelaskan tentang bahan bacaan pornografi dalam tulisan jawi. Kredit foto: Facebook

Setelah teruk dikecam banyak pihak kerana mendakwa tulisan jawi pernah digunakan dalam bahan bacaan pornografi pada masa dahulu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menuduh pemimpin-pemimpin MCA dan UMNO memetik ucapannya di luar konteks.

Pemimpin DAP itu melalui laman Facebook miliknya menjelaskan, sesi penerangannya tentang isu tulisan jawi dalam majlis dialog bersama Persatuan Tiong Hwa Kluang dan wakil-wakil 27 persatuan masyarakat Cina di Kluang pada 9 Ogos lalu telah dirakam oleh seorang pemimpin MCA tanpa kebenarannya.

Rakaman tersebut seterusnya dimuat naik ke dalam akaun media sosial milik Naib Pengerusi Pemuda MCA Kluang, Joan Ng dengan komen dalam bahasa Cina yang bermaksud 'Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi menyokong Tulisan Jawi.'

Walau bagaimanapun, rakaman itu kemudian dipadamkan selepas tentera siber UMNO memetik sebahagian rakaman itu untuk memfitnahnya menghina tulisan jawi.

Sesi penerangan tentang isu tulisan jawi oleh Shu Qi bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Cina di Kluang. Kredit foto: Facebook

Seperti yang dijelaskan oleh Shu Qi, beliau menggunakan tiga slaid untuk menerangkan bahawa tulisan jawi digunakan sebagai sistem tulisan bahasa Melayu secara am sebelum 1956.

"Dalam slaid pertama, saya menerangkan bahawa tulisan jawi adalah tulisan untuk Bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi diperkenalkan. Justeru, tulisan Jawi pernah digunakan untuk mengarang kitab agama Kristian pada abad ke-19.

"Slaid kedua pula memberikan contoh bahan-bahan bacaan lain yang menggunakan tulisan Jawi, termasuk bahan bacaan pornografi.

"Dalam slaid ketiga, saya telah menerangkan bahawa walaupun ada penganut agama Buddha yang menulis kaligrafi bahasa Cina bagi mempersembahkan manuskrip agama Buddha, namun, hampir tiada orang yang akan beranggapan bahawa kaligrafi Cina adalah untuk kegunaan agama Buddha sahaja," katanya.

Berdasarkan rakaman video yang tular dalam media sosial sejak 11 Ogos, Shu Qi didakwa berkata, "Ini adalah buku-buku lucah yang diterbitkan dalam tulisan jawi pada masa dulu. OK (tertawa). Kita lihat sahaja dan lupakan ya. Kalau ekstremis-ekstremis Islam nampak ini, mereka takkan benarkan kita guna tulisan jawi kerana jawi digunakan untuk menulis benda-benda macam ini, menghina agama kita!"


Walaupun Shu Qi berniat untuk menjelaskan tentang penggunaan tulisan jawi, contoh yang diberikannya dalam slaid kedua adalah tidak sesuai dan boleh mencetuskan prejudis terhadap salah satu warisan budaya orang Melayu itu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:51 PM
Lu manyak bangang la amoi

Lain-lain Komen

Quote shi_jewel 13-8-2019 10:32 AM
orang melayu tahu ke kewujudan porn dalam bentuk tulisan jawi? tetiba dia yg gigih mengorek sejarah lama porn. satu lagi, puak2 dap ni ramai gundik2...
Quote delsmomm 13-8-2019 10:45 AM
mcm2 kontrobesi tulisan khat...adoiii..
Quote EmaAsmadi 13-8-2019 11:14 AM
Dasar kapir laknatullah
Quote hussaini4675 13-8-2019 12:19 PM
Dah kantoi, selamba je tuduh orang lain fitnah dia. Pakatan Haprak!
Quote pyropura 13-8-2019 12:23 PM
Kan MP ni bagi contoh nak yakinkan Cina yang Jawi tu bukan benda agama? Napa dikutok dia??
Quote pyropura 13-8-2019 12:26 PM
shi_jewel replied at 13-8-2019 10:32 AM
orang melayu tahu ke kewujudan porn dalam bentuk tulisan jawi? tetiba dia yg gigih mengorek sejarah  ...

Yg tak tau keujudan majalah porn Jawi tu bermakna dia sendiri tak tahu banyak pasal dunia Melayu. Cemana boleh tak tau bende tu memang dah lama tersebar from time to time.
Quote sitiselangor 13-8-2019 12:28 PM
kalau tak nak tertipu, apa saja sepet dapiggy cakap, jgn percaya
Quote pyropura 13-8-2019 12:29 PM
delsmomm replied at 13-8-2019 10:45 AM
mcm2 kontrobesi tulisan khat...adoiii..

Tu lah akibatnya bila kita klaim ciptaan orang lain (Arab) sebagai warisan kita. Tak berkat
Quote sitiselangor 13-8-2019 12:30 PM
pyropura replied at 13-8-2019 12:29 PM
Tu lah akibatnya bila kita klaim ciptaan orang lain (Arab) sebagai warisan kita. Tak berkat

tapi warisan dna bodoh mak kau, tarak siapa nak claim




Quote pyropura 13-8-2019 12:32 PM
EmaAsmadi replied at 13-8-2019 11:14 AM
Dasar kapir laknatullah

Yg buat majalah porn jawi tu melayu sendiri nenek moyang kita. Takkan nak di laknat juga
Quote pyropura 13-8-2019 12:35 PM
sitiselangor replied at 13-8-2019 12:28 PM
kalau tak nak tertipu, apa saja sepet dapiggy cakap, jgn percaya

Majalah porn jawi tu memang penah ujud. Masa tu parti yg ada Umno dan Pas aje. Nak tudoh PKR ka?
Quote sitiselangor 13-8-2019 12:38 PM
pyropura replied at 13-8-2019 12:35 PM
Majalah porn jawi tu memang penah ujud. Masa tu parti yg ada Umno dan Pas aje. Nak tudoh PKR ka? : ...

bodoh sial mak kau

majalah porn semua tulisan pun ada la sial kau anak haram kau


Quote shi_jewel 13-8-2019 01:14 PM
pyropura replied at 13-8-2019 12:26 PM
Yg tak tau keujudan majalah porn Jawi tu bermakna dia sendiri tak tahu banyak pasal dunia Melayu.  ...

yang baik kita ambil, yang tak baik kita tinggalkan.
gigih betul dap mengorek semua tentang melayu umpama mengocak air yg tengah keruh sekarang. pastu play victim.
Quote dino 13-8-2019 01:56 PM
pyropura replied at 13-8-2019 12:32 PM
Yg buat majalah porn jawi tu melayu sendiri nenek moyang kita. Takkan nak di laknat juga

tulis rumi tamadun melayu.., ni la akibat spesis tak tahu sejarah
Quote pyropura 13-8-2019 02:02 PM
shi_jewel replied at 13-8-2019 01:14 PM
yang baik kita ambil, yang tak baik kita tinggalkan.
gigih betul dap mengorek semua  ...

Reality is reality. Lagi pun tujuan MP ni korek porn jawi tu tujuan nya baik, nak yakinkan Cina terima pelajaran khat tu
Quote Skuau 13-8-2019 03:37 PM
pyropura replied at 13-8-2019 12:23 PM
Kan MP ni bagi contoh nak yakinkan Cina yang Jawi tu bukan benda agama? Napa dikutok dia??

"KITA TALAK TIPU...KITA PANDAI meniaga"-Apek.
Quote lipans 13-8-2019 03:47 PM
punya la banyak buku, catatan, kitab lama dalam tulisan jawi... buku lucah juga yg diaorang rujuk.
Quote Malaysia.Doom 13-8-2019 03:54 PM
EmaAsmadi replied at 13-8-2019 11:14 AM
Dasar kapir laknatullah

Dia nak terangkan YG tulisan Jawi NI satu YG universal bukan untuk belajar Agama...so dia katalah YG Kitab Kristian pun pernah ditulisan dlm Jawi, beberapa dongeng dari Hindu Pon ditulis dalam Jawi....termasuk la porn

Tapi lain pulak' jadi Nye...sebab ye lah Melayu Kan jensi sensetif Dan syumul.
Quote Malaysia.Doom 13-8-2019 03:55 PM
pyropura replied at 13-8-2019 12:26 PM
Yg tak tau keujudan majalah porn Jawi tu bermakna dia sendiri tak tahu banyak pasal dunia Melayu.  ...

That's Melayu dah advance la kannn.tak la Kuno sangat. ..sepatutnya kena bangga diorg sangat open benda camni

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.232557s Gzip On
To Top