Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Isu Khat Jawi- Warganet Dakwa Akhbar Cina Salah Terjemah Istilah Jawi

Oleh: HakirRahman|13-8-2019 10:13 AM Komen: 8
Sejak minggu lepas, isu pengenalan Jawi mencetuskan kekecohan di negara kita. Isu yang sepatutnya isu pendidikan bahasa dan seni kebangsaan tiba-tiba bertukar menjadi isu perkauman yang membuatkan ramai orang tidak senang duduk. 

Kementerian Pendidikan pada mulanya ingin menambah pengajaran khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia pelajar sekolah rendah Tahun 4. Sukatan ini hanyalah sebanyak enam muka surat terdiri daripada tampal dan tiru sahaja. Untuk memperkenalkan seni ini kepada semua pelajar. Barulah Malaysia! 

Ramai je pelajar Cina di universiti belajar Jawi! Foto: Google

Tetapi, usaha itu mendapat penentangan banyak pihak sampai bergolak kerajaan kerana perbezaan pendirian menteri terlibat. 

Seorang netizen di Twitter baru-baru ini mendakwa semua kekecohan ini berpunca daripada "salah terjemahan" akhbar Cina yang melaporkan perkara itu. 

Salah terjemah sampai kecoh! Foto: Twitter

Menurutnya, Jawi diterjemahkan dengan perkataan "wen", istilah yang sering digunakan merujuk kepada bahasa. Misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, semua ini diterjemahkan sebagai "wen". 

Salah terjemahan ini menyebabkan orang Cina menganggap anak-anak mereka akan dibebankan supaya belajar satu lagi bahasa! Yang jelas sekali tidak tepat. Tak boleh salahkan mereka juga, ramai orang Melayu sendiri ingat pada mulanya Jawi yang hendak diajar sebenarnya subjek baharu. 

Jawi satu seni budaya Melayu Malaysia, tiada kaitan dengan agama. Foto: Google

Pengguna Twitter itu juga mempersoalkan sama ada perkara itu benar-benar "salah terjemahan" atau ada agenda sendiri. 

Ada agenda sendiri ke? Foto: Twitter

Sebenarnya, bagus juga kan belajar Jawi di sekolah. Bukan setakat pelajar bukan Melayu dapat faedah kenal seni dan budaya negara, pelajar Melayu pun sekarang sebenarnya ramai yang tergagap-gagap lagi hendak menulis dan mengeja Jawi. 

Lagipun, sekarang dikurangkan kepada tiga muka surat sahaja dan Kabinet sudah umumkan ia tidak masuk peperiksaan dan jadi pilihan untuk mengajar. Okaylah tu kan? 

Anda boleh membaca dan menulis Jawi? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote EncikRhoma 14-8-2019 11:49 AM
ada jugak yang bodoh ingat tulisan jawi ni sejenis bahasa. Ada sesetengah tu pulak ingat tulisan jawi ada kaitan dengan agama Islam. Dah lama duduk Malaysia pun tak tau apa itu tulisan jawi

Lain-lain Komen

Quote umbut 13-8-2019 10:17 AM
Tiada paksaan.. Yg menggelupur knp.. Nak belajar, xnak udah..
Quote ruffboyz 13-8-2019 08:59 PM
apa yg berkaitan melayu mmg depan akan tentang punya..
Quote arnauld 13-8-2019 09:21 PM
Dah bnyk sngt wrong translation Ni ketuanan melayu ditranslate ke Malay supremacy instead of Malay rights, kebodohan translator atau sengaja bodoh Ni yg membuatkan huru Hara dlm masyarakat
Quote jejaka_hensem 13-8-2019 11:44 PM
ni macam orang dulu2 la.
bila dengar je anak nak masuk sekolah orang putih,terus bantah tak bagi si anak masuk sekolah tu sebab takut anak murtad
Quote diggerr 13-8-2019 11:47 PM
Bagi kata 2 jer dkt dorang ni
Quote mbhcsf 14-8-2019 12:10 AM
Edited by mbhcsf at 14-8-2019 12:11 AM

so lain kali nak pesan ...as rakyat Malaysia yg dah dok kat sini selama at least 4 dekad,  kan senang kalau  boleh kuasai asas BM boleh baca sumber asal terus , tak payah akhbar bhs lain pi terjemah , kekadang meaning tu dah hilang dalam terjemahan, kan  dah faham lain



Quote Bedah.Cun 14-8-2019 10:02 AM
Wen lah zi lah, kimak lah ngkaw tue sume cina terbuang jer. Dah berambus dari China pun mengada2 nak show off konon cina sangat, fark you largh
Quote EncikRhoma 14-8-2019 11:49 AM
ada jugak yang bodoh ingat tulisan jawi ni sejenis bahasa. Ada sesetengah tu pulak ingat tulisan jawi ada kaitan dengan agama Islam. Dah lama duduk Malaysia pun tak tau apa itu tulisan jawi

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.129069s Gzip On
To Top