Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Warung Kopitiam Beruk

14-8-2019 10:50 AM|Oleh: Akulans| Komen: 7

Suatu pemandangan biasa apabila kita melihat orang minum dan melepak di kedai kopi. Lain pula cerita di kampung Melor Lama, Melor Kota Bharu Kelantan. 


Warung Kopitiam Beruk

Kedai kopi yang mendapat jolokan "Warung Kopitiam Beruk" ini sudah sinonim dengan masyarakat di sini sejak 10 tahun lalu, lapor BERNAMA.

Kedai kopi berkenaan menjadi tumpuan penternak beruk di kawasan sekitar untuk minum bersama beruk mereka.

Jangan terkejut jika anda melihat sekumpulan beruk bersarapan dengan nasi digaul bersama telur mentah, kuih dan minum susu atau air bergas sebelum memulakan 'kerja' memanjat pokok kelapa.

Kebiasaannya, haiwan ini makan sama seperti apa yang tuannya makan. 

"Kalau tuan makan nasi, ia pun makan nasi, kalau tuannya minum milo, ia akan mengikuti minum air yang sama," kata pemilik kopitiam tersebut, Rohaida Ibrahim, 40.


Kredit Foto : Hmetro

Lebih unik, seawal jam 7 pagi penternak beruk seolah-olah berjanji untuk bertemu, berkongsi maklumat dan masalah mengenai beruk di kedai makan tersebut.

Tempat itu dianggap 'legend' kerana di sinilah mereka berbincang mengenai beruk peliharaan dan perkara berkaitan dengan kerja-kerja memetik kelapa.

Selagi khidmat memetik kelapa menggunakan beruk masih mendapat permintaan, Warung Kopitiam Beruk masih menerima pelanggan tetap mereka, iaitu beruk dan manusia. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 7
Komen

Previous : Manusia Dan Haiwan Berkongsi 'Rumah'?

Next       : Kenapa Remote TV Berfungsi Balik Lepas Diketuk?

Komen Terbaru

Quote koondoor 15-8-2019 01:32 AM
Panjang taring nate nim. Seriau tengok.

Lain-lain Komen

Quote eLiaD 14-8-2019 10:57 AM
jgn sume jd berukss sudah
Quote diggerr 14-8-2019 11:11 AM
Comel pula tengok beruknya
Quote kucingitam 14-8-2019 11:12 AM
"Kalau tuan makan nasi, ia pun makan nasi, kalau tuannya minum milo, ia akan mengikuti minum air yang sama," kata pemilik kopitiam tersebut, Rohaida Ibrahim, 40.


udah tak tau mana satu tuan, mana satu beruk...hihih
Quote naz.wani 14-8-2019 11:28 AM
Beruk ni bukan spesies yg ganas2 ke. Aku takut kalau nampak menatang ni
Quote Pink_Purple 14-8-2019 11:40 AM
tenaga kerja legend..
Quote Sazida 15-8-2019 12:36 AM
Kalau pokok petai or buah kt umah nenek aku, mesti nenek aku akn upah beruk panjat pokok tu. Selalunya tuan beruk ni org2 tua. Time mood elok, elok la beruk tu panjat. Jgn kt ats pokok tu ada kerengga je. Kalau ade kerengga, cepat2 dia turun. Tuan dia suh panjat balik mmg jrg la dia buat. Kalau buat pun sekejap je then turun balik.
Quote koondoor 15-8-2019 01:32 AM
Panjang taring nate nim. Seriau tengok.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.087620s Gzip On
    To Top