Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Demi Tuhan Aku Bersaksi Penuh Pengajaran' - Dr Kamilin Jamilin

Oleh: natrahn|11-8-2019 09:33 AM Komen: 9

Demi Tuhan Aku Bersaksi Penuh Pengajaran

Sebagai sebahagian usaha 'meluruskan' dan mengurangkan mudarat pada tahap minimum usai kontroversi telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi yang kononnya memburukkan institusi tahfiz, telemovie ini dipertontonkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli al-Bakri, PU Hafiz (Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor), Ustaz Ahmad Shukri (CEO PPZ MAIWP) dan Ustaz Dailami (Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan) yang disertai wakil produksi dan RTM.


Kredit Foto - Instagram Fadzil Zahari

Menerusi hantaran Facebook Dr Kamilin Jamilin, sarjana hadis itu menyimpulkan telefilem ini penuh pengajaran dan tiada sedikitpun babak yang menjolok mata dan tidak menutup aurat.


Loading FB Post...


"Namun, cerita Demi Tuhan Aku Bersaksi ini saya dapati sangat banyak nilai positif dan pengajarannya dan langsung tidak kelihatan menjatuhkan imej institusi tahfiz. Bahkan, tiada pendedahan aurat langsung atau pergaulan bebas seingat saya.

"Seandainya masyarakat Malaysia perlu menonton cerita, cerita yang penuh pengajaran sebeginilah yang diperlukan. Bukan cerita cinta bunga, kahwin pengarah syarikat atau rapu-rapu bagai."


Menurut Dr Kamilin lagi, Yana Shamsuddin selaku sebahagian daripada penerbit telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang hangat dikritik dan menjadi mangsa sikap melatah melulu segelintir masyarakat kelihatan sebak ketika menonton telelefilem tersebut. 

Siapa tahu, mungkin mengenangkan tohmahan yang menimpanya.




Semoga dengan ulasan positif Dr Kamilin Jamilin dan lain-lain agamawan tadi memberikan sinar harapan agar telefilem ini dapat ditayangkan seperti dijadualkan.  

Sama-samalah kita tunggu hari tayangannya. Semoga kita semua mendapat pengajaran dari telefilem ini kelak. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote eddlisa_uyuk 14-8-2019 10:08 AM
MAAF, saya move thread nih ke bod drama
sbb ini telemovie yaa

Lain-lain Komen

Quote Kurex 11-8-2019 10:37 AM
Tak habis2 lagi pasal drama ni..
Quote LemakPetai 11-8-2019 12:38 PM
Drama selepas drama ? Hmmm
Quote diggerr 11-8-2019 04:37 PM
Ni drama sebelum drama. Haha
Quote RatuDunia94 11-8-2019 05:16 PM
Marketingggg
Quote awanysss 13-8-2019 10:32 AM
belum tgk lg. nanti dah ade kat youtube tolong bg link
Quote natrahn 13-8-2019 10:38 AM
awanysss replied at 13-8-2019 10:32 AM
belum tgk lg. nanti dah ade kat youtube tolong bg link

ni tayangan rtm awak
Quote awanysss 13-8-2019 10:42 AM

kalau kat rtm takde yg upload kat youtube ke? dorang block eh?
Quote natrahn 13-8-2019 10:44 AM
awanysss replied at 13-8-2019 10:42 AM
kalau kat rtm takde yg upload kat youtube ke? dorang block eh?

tak sure pulak... sooner or later ada la nanti tu upload.. hehehe
Quote eddlisa_uyuk 14-8-2019 10:08 AM
MAAF, saya move thread nih ke bod drama
sbb ini telemovie yaa

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.336066s Gzip On
To Top