Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Utusan Gagal Bayar Gaji - Pekerja Terpaksa Hutang Ah Long, Gadai Barang Kemas

Oleh: Tukang Tulis|10-8-2019 09:59 AM Komen: 59
Bangunan Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
Kredit foto: Carian Google

Sebahagian daripada 769 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad terpaksa berhutang keliling pinggang termasuk dengan ah long dan menggadai barang kemas untuk menyara kehidupan akibat kegagalan syarikat akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia itu membayar gaji mereka sejak lebih dua bulan lalu.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew dalam sidang media di Kuala Lumpur pada 9 Ogos.

Memetik laporan Malaysia Gazette, agak menyedihkan kerana ada di antara mereka yang tidak lagi mampu membeli susu untuk anak-anak yang lebih kecil dan terpaksa menggantikannya dengan air sirap.

"Ahli kami kini berhutang keliling pinggang kerana tiada gaji untuk membayar pinjaman peribadi, rumah dan kenderaan. Malah ada juga yang berhutang ah long sampaikan bergadai bergolok barang kemas sendiri untuk memberikan makan anak-anak.

"Paling sedih, hendak mengisi petrol kenderaan untuk keluar bekerja pun sudah tidak mampu apatah lagi untuk melakukan tugasan membuat liputan. Lebih menyukarkan keadaan apabila terdapat pasangan suami isteri yang bekerja di Utusan," katanya.


Chin Sung Chew (tengah) dalam sidang media di Pejabat NUJ, Kuala Lumpur
Kredit foto: Malaysiakini

Walau bagaimanapun, jelas Sung Chew, NUJ tidak mempunyai maklumat tentang jumlah kakitangan Utusan Melayu yang terpaksa meminjam dengan ah long serta jumlah pinjaman mereka.

Beliau memberitahu, Utusan Melayu turut memotong gaji yang dibayar sebelum ini untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), cukai pendapatan, pinjaman bank, insurans, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Tabung Haji dan pelbagai yuran lain, tetapi caruman tidak dimasukkan.

Bayaran gaji yang terakhir diterima adalah pada Jun lalu bagi kakitangan bukan eksekutif manakala kakitangan eksekutif hanya menerima sebahagian gaji berjumlah RM2,000 untuk bulan tersebut.

NUJ Utusan Melayu (NUJ-UM) telah berusaha menghubungi Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, namun beliau yang dikatakan sedang mengerjakan haji di Mekah tidak memberi sebarang maklum balas.


Abd Aziz Sheikh Fadzir
Kredit foto: Malaysiakini

Sekiranya Utusan Melayu gagal menjelaskan gaji yang tertunggak, ahli-ahli NUJ-UM merancang untuk mengadakan piket di hadapan pintu masuk bangunan korporat syarikat itu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini.

Difahamkan, bayaran ansuran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada lebih 800 bekas kakitangan Utusan Melayu juga tertunggak sejak dua bulan lalu.

Susah juga bila 'jeneral' lari dari medan perang ketika askar-askar kehabisan peluru dan bekalan lain untuk meneruskan perjuangan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
6
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 58
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote annehuda 13-8-2019 02:08 PM
time krisis mcm ni bos bleh plak pegi haji. takut bos die tu nak lari je, pegi tak kembali

Lain-lain Komen

Quote pokaibanktokyo 10-8-2019 10:10 AM
Elleh. Bukan pekerja utusan saja. Semua pekerja akhbar seluruh dunia berhutang along
Quote xy_daen 10-8-2019 10:18 AM
Company secoet pun xreti manage...nak manage negara....
Quote Kurex 10-8-2019 10:27 AM
Bukan sekarang barang penuh 2 troli baru rm100 ke???betul tak mahacai?
Quote Boomibulat 10-8-2019 10:27 AM
Berpuluh thn bisnes takkan utusan xde langsung duit..
Quote Boomibulat 10-8-2019 10:39 AM
Edited by Boomibulat at 10-8-2019 10:44 AM
Kurex replied at 10-8-2019 10:27 AM
Bukan sekarang barang penuh 2 troli baru rm100 ke???betul tak mahacai?


Mmg betul..
Quote EmaAsmadi 10-8-2019 10:51 AM
Aziz relax je pegi haji
Quote shernazz 10-8-2019 10:52 AM
Boomibulat replied at 10-8-2019 10:39 AM
Mmg betul..

Hahaha
Siot
Tgelak aku ngah makan neh..
Hahahahahhaa
Quote shernazz 10-8-2019 10:55 AM
Jiran kat umah mak iols ada sorang oekerja utusan..
Dia buat apa tau?
Petang dia pegi buat part time jual burger..
Time lunch buat grab food ke foodpanda tah..
Bini amek.order buat kueh..

Kesian memang kesian..tapi.kita nak hadapi hidup ni bukan semua org senang...jadi..kena cari alternatif lain..

Dan.dia mmg xbalik kampong beraya..jenjalan pon kat stadium..sungai...

Tapi iols kagum..sebab xsemua tegar hadapi ni..
Quote shernazz 10-8-2019 10:56 AM
Ada juga jiran mak iols vss utusan...ramai juga pekerja utusan n kosmo kat area taman mak iols..
Yang vss tu maybe dpt banyak kot..jadi dia berniaga kecik kecik..
Quote piep 10-8-2019 10:57 AM
kesian nya.. rasa isu ni dah lama dah.. vss pon tak dapat, kerja da susah carik zaman skrg
Quote Boomibulat 10-8-2019 11:03 AM
EmaAsmadi replied at 10-8-2019 10:51 AM
Aziz relax je pegi haji

Lebih afdol selesaikan masalah company dulu..
Quote CatMiow 10-8-2019 11:22 AM
Aduhai kesiannya...
Ramai mana la sekarang baca akhbar..

Paling tegar beli hanya company atau pejabat kerajaan je.
Quote Xim 10-8-2019 11:38 AM
ye ke x laku sokabo ? kalau dah ptg2 asal nak beli utusan je mst habis . tp sokabo lain elok je ade baki  . aikk
Quote Xim 10-8-2019 11:40 AM
Kurex replied at 10-8-2019 10:27 AM
Bukan sekarang barang penuh 2 troli baru rm100 ke???betul tak mahacai?

tu la . konon2 dh xde gst brg murah ler . sekali ade sst harga makin naik ade la .
Quote moonbug 10-8-2019 11:49 AM
Bukan senang nak cari kerja lain sekarang ni
Quote Nana_Man 10-8-2019 12:01 PM
Boomibulat replied at 10-8-2019 11:03 AM
Lebih afdol selesaikan masalah company dulu..

Betul tu.. pekerja tak ckp duit smpi nk beli susu pun tak mampu. Dia relax2 jer gi haji.
Quote Nana_Man 10-8-2019 12:02 PM
moonbug replied at 10-8-2019 11:49 AM
Bukan senang nak cari kerja lain sekarang ni

Betul.. yg masih ada kerja, pandai2 lah simpan duit..
Quote miracle_forever 10-8-2019 12:04 PM
Boomibulat replied at 10-8-2019 10:39 AM
Mmg betul..

wakakkkkaka! mana lagi satu trolley? ni baru spend rm50 je ni.
Quote miracle_forever 10-8-2019 12:05 PM
shernazz replied at 10-8-2019 10:55 AM
Jiran kat umah mak iols ada sorang oekerja utusan..
Dia buat apa tau?
Petang dia pegi buat part ti ...

kesiannya.. at least dorang usaha jugak. xde sampi berhutang kan. semoga dipermudahkan urusan family ni

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.253769s Gzip On
To Top