Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Uniknya! 6 Tradisi Menyambut Hari Raya Haji Yang Menarik Di Indonesia

10-8-2019 10:58 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 19

Umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut Hari Raya Haji pada 11 Ogos ini iaitu pada Ahad. Seperti kebiasaan, tradisi sambutan Hari Raya Haji di Malaysia termasuklah solat Aidiladha, bermaaf-maafan, bersedekah dan ziarah-mengziarahi. 

Tetapi, di negara jiran kita Indonesia, terdapat pelbagai cara unik diamalkan sesetengah umat Islam untuk merayakan Hari Raya Haji. Menurut portal Idntimes.com, terdapat beberapa cara sambutan tradisi yang diamalkan di negara jiran, termasuklah:

1. Mendandan Lembu Korban


Kredit foto: wartabromo

Cara unik mendandan dan menghiasi lembu yang akan dikorbankan ini dilakukan masyarakat Islam di Daerah Pasuruan, Jawa Timur. Lembu itu akan dimandikan dahulu, kemudian didandan dan dihiasi dengan bunga-bungaan, kemudian dipakaikan dengan kain putih. 

Lembu itu kemudiannya diarak sekeliling kampung sebelum diserahkan kepada pihak masjid untuk dikorbankan.


2. Grebeg Gunungan (Tumpukan Hasil Pertanian)


Kredit foto: idntimes

Tradisi Grebeg Gunungan ialah membentuk tumpukan hasil tanaman menyerupai gunung sebelum diarak ke masjid berdekatan. Tradisi ini diamalkan 
turun-temurun di Keraton oleh warga Yogyakarta. 

Setelah tiba di masjid, bacaan doa akan dilakukan dan penduduk akan berebut hasil tanaman tersebut. Dikatakan, sesiapa yang berjaya mengambil tumpukan itu akan beroleh rezeki.


3. Apitan (Mengarak Hasil Bumi)


Kredit foto: idntimes.com

Tradisi yang hampir sama seperti di Yogyakarta, tetapi apitan merupakan perarakan hasil bumi di atas dulang dan diakhiri dengan doa. Setelah itu, hasil bumi tersebut akan direbutkan sebagai sedekah dan tanda syukur. 

Tradisi ini diamalkan penduduk Semarang.


4. Menggendong Haiwan Korban


Kredit foto: idntimes.com

Di Maluku Tengah, warga Ambon mempunyai tradisi unik melaksanakan ibadah korban. Sebelum haiwan seperti kambing disembelih, ia akan digendong oleh pemimpin-pemimpin adat dan agama dengan kain dan diarak ke arah masjid dengan alunan doa dan selawat. 


5. Meugang (Sedekah Daging Korban)


Kredit foto: idntimes.com

Menyerupai tradisi korban di Malaysia, orang Aceh akan berkongsi daging dan makanan lain dengan keluarga, sahabat handai dan disedekahkan kepada fakir miskin dua hari sebelum Hari Raya Haji. 

Tradisi ini dipanggil Meugang, di mana penduduk menunjukkan rasa syukur selepas 11 bulan mencari nafkah.


6. Menjemur Tilam (Mepe Kasur)


Kredit foto: adira.co

Masyarakat Banyuwangi pula terutamanya yang tinggal di Desa Using akan menjemur tilam menjelang Hari Raya Haji. Mereka percaya amalan ini akan menjauhkan sebarang hal buruk daripada menimpa. 

Biasanya diamalkan ketika cuaca cerah.


Demikian uniknya sambutan Hari Raya Haji oleh beberapa komuniti di Indonesia yang telah diamalkan turun-temurun. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 19
Komen

Previous : Berenang Bersama Ikan Di Umbul Ponggok, Indonesia

Next       : Filipina Tutup Pantai Boracay Selepas Pelancong China Berak Merata

Komen Terbaru

Quote miemiecha 20-8-2019 03:45 PM
XLEH BAYANGKAN ...
di buatnya nk qorban UNTA,
nk dokong camnehhh

Lain-lain Komen

Quote natrahn 10-8-2019 11:16 AM
Lain tempat, lain cara sambutannya.. memang unik
Quote najib888 10-8-2019 05:57 PM
Ok. Setakat adat saja ok lah.
Kalau disandarkan kpd agama, jadi khurafat.. syirik..
Yg last tu.. jatuh khurafat dah
Quote eedoraa 10-8-2019 06:02 PM
iols pernah ke bali masa raya haji 3 tahun lepas, malam raya ada perarakan keta berhias sepanjang jalan kat town kuta tu ikut kariah memasing sekali dgn takbir, meriah betul.
Quote mangobubble 10-8-2019 07:20 PM
Macam best plak tgk tilam nya yg empuk tu...
Quote auntyjems 11-8-2019 12:44 AM
mangobubble: Macam best plak tgk tilam nya yg empuk tu...


Hahaaaaha!! Aah gebuss
Quote diggerr 11-8-2019 04:38 PM
Lain padang lain belalang ye dokk
Quote ReginaBeauty 12-8-2019 09:26 AM
Unik dan agak kelakar pon ada
Quote Sang_Pencinta 12-8-2019 09:27 AM
Yg gendong kambing tu lawak

Kalau lembu mcm mana??
Quote kualibesi 13-8-2019 10:39 AM
kepercayaan masing masing kan.. sis hari raya xberjalan sgt. anak peel
Quote ketambangkang 13-8-2019 11:17 AM
adat masing2..iols raya haji dok rmh ngadap tv je uols
Quote Sang_Pencinta 13-8-2019 03:51 PM
Yang no 2 tu mcm ala2 Spain punya budaya
Quote buragazz 13-8-2019 05:59 PM
Sang_Pencinta replied at 12-8-2019 09:27 AM
Yg gendong kambing tu lawak

Kalau lembu mcm mana??

Aku baru nak tanya benda yang sama..
Quote mangkukhayun 14-8-2019 09:24 AM
hat nombor 5 je ok ustazah rase..
sazahh rase budaya2 ni ada sikit asimilasi adat upacara agama hinduu..
done mode sazah .sekian
Quote tri-max 14-8-2019 04:40 PM
adat derang lebih kepada memeriahkan suasana kan
actually kalau kita view dari perspektif yg berbeza, nampak kemuafakatan kat situ
be humble, enjoy,
rasa seronok tgk adat mcm ni
Quote acikhan 14-8-2019 05:00 PM
Sang_Pencinta replied at 12-8-2019 09:27 AM
Yg gendong kambing tu lawak

Kalau lembu mcm mana??

Haku ikut vavi td... Hihi
Quote iznanaziz 15-8-2019 11:45 AM
Sang_Pencinta replied at 12-8-2019 09:27 AM
Yg gendong kambing tu lawak

Kalau lembu mcm mana??

kalau lembu, mampuih.
tak terkendong
Quote puanbintang 15-8-2019 02:41 PM
unik..dah adat masing-masing...
Quote lilbub 17-8-2019 04:35 PM
Sang_Pencinta replied at 12-8-2019 09:27 AM
Yg gendong kambing tu lawak

Kalau lembu mcm mana??

Dah mcm kendong baby je
Quote miemiecha 20-8-2019 03:45 PM
XLEH BAYANGKAN ...
di buatnya nk qorban UNTA,
nk dokong camnehhh

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.077362s Gzip On
To Top